" Jimin-ah ! "
Terus lebar senyuman Yoongi apabila kelibat Jimin dilihatnya dari jauh sebaik sahaja di membelok di satu lorong tadi. Jimin yang agak terperanjat segera menoleh kebelakang membelakangi Yoongi. Bau kuah dan sayur yang masih melekat di badannya sedikit sebanyak mendorong rasa malu untuk berhadapan lelaki itu.
" Uh? Jimin-ah, kau nak ke mana tu? " Jerit Yoongi sedikit pelik apabila tiba tiba sahaja Jimin seperti mahu mengelak berjumpa dengannya.
Jimin yang baru sahaja mahu melajukan langkah sedikir tergamam apabila tangan Yoongi sudah menyapa bahunya. Mahu tak mahu, muka ditebalkan menghadap lelaki berkulit putih itu.
" Kenapa kau macam nak lari dari aku je? Hehe kau buat-- "
" Eh jap. Bau apa ni? Kenapa dengan baju kau? Rambut kau berminyak ni pulak kenapa ?! "
Agak gelabah Yoongi melontarkan soalan. Jimin mengunci mulut dan hanya membiarkan tangan Yoongi menggosok rambutnya.
" Kenapa ni? Ada orang buli kau eh?! Bagitahu aku siapa? " Yoongi lantas membuat andaian sendiri. Serentak itu, wajah Jimin berubah riak.
" Tak! tak. Aku tergelincir di kantin tadi. Habis lauk yang aku bawak jatuh atas badan dan rambut aku. Tak ada siapa pun yang buli aku sebenarnya. " Bohong Jimin sedangkan andaian Yoongi tadi adalah tepat. Bukan apa, dia tidak mahu Yoongi bergaduh berpunca darinya.
" Oh. Kau ni, lain kali hati hatilah. Kalau kau ikut aku hantar buku latihan tadi tak apa. Boleh jugak kita ke kantin sama sama , dan aku boleh tengokkan kau. " Yoongi melemparkan satu senyuman di akhir kata.
" Oh em. oklah, aku nak ke tandas. Cucikan rambut dan baju aku. Kau balik ke kelas dulu. " Belum sempat Jimin membuka langkah, Yoongi terlebih dahulu bersuara.
" Aku nak ikut. aku akan cucikan rambut kau tu. Kajja ~ " Lengan seger dipaut di leher Jimin dan memaksa lelaki itu mengikuti langkahnya.
' aku tak tahu Yoongi sebaik ni. '
***
Dalam 20 minit menunggu, akhirnya Yoongi keluar dengan pakaian yang kemas tersarung di tubuhnya. Jimin agak terpegun dengan kekacakan Yoongi ( omaihearteu ) yang lengkap dengan t-shirt putih berkolar dan seluar jeans hitam. Rambut yang disikat menutup dahi menambahkan lagi kesempurnaan pada lelaki itu.
" Handsome kau Yoongi. Jeles aku dibuatnya. "
memang Jimin cemburu dengan Yoongi yang jauh berbeza darinya. Lihatlah, dia memakai kemeja bersaiz xxl kerana dia tidak tahu baju yang bagaimana sesuai untuknya dan seluar slack berwarna hitam. Jika mereka berdua mengorat seorang gadis, sudah tentu gadis itu akan memilih Yoongi berbanding dirinya.
" Macam mana pun kau, kau tetap sahabat aku. "
Luah Yoongi tiba tiba seakan tahu apa yang berada di dalam benak fikiran Jimin. Jimin tersenyum kelat lalu mengajak Yoongi untuk bergerak ke destinasi yang mereka rancang. Ramcangannya ialah untuk ke Taman Tema Disneyland di bandar bersama.
" Yoongi, Jimin. Jangan balik lewat sangat tau. " Min sempat melaung mengingatkan dua orang anak muda itu.
" Ne omma. "
" Ne, Ahjumma Min. "
Mereka akan ke sana dengan menaiki teksi, atas faktor masing masing masih tidak mahu belajar memandu. Selepas 30 minit perjalanan, mereka akhirnya tiba ke destinasi Yoongi seolah olah terpukau dengan suasana di Disneyland itu. Maklumlah, tak pernah pergi.
" Jom Yoongi. Tak sabar aku nak luangkan masa dengan kau. " Ajak Jimin seusai sahaja membayar tambang teksi.
Masa yang ada tidak disia siakan. Jimin seronok kerana akhirnya dia ada juga pengalaman meluangkan masa dengan seseorang yang bergelar sahabat. Masa yang diluangkan bersama Yoongi itu tidak akan dia lupa sampai bila bila.
Sedang asyik Yoongi membelek gula gula kapas bersaiz besar yang tergantung banyak di satu sudut, Jimin lantas mengeluarkan polaroid miliknya lalu menangkap gambar Yoongi yang tidak sedar dengan kelakuan Jimin itu. Jimin memandang sekeliling yang masih padat dengan orang ramai, lalu memandang ke hadapan semula dan dia mendapati Yoongi sudah tiada.
" Uh? Yoongi ah? Mana pulak dia ni. " Berpusing tubuh Jimin gara gara ingin mencari Yoongi dan dari mana datangnya, kedua dua belah bahunya dicengkam kuat.
" Hah , Yoongi! Aish aku ingat kau dah hilang. " Rungut Jimin apabila memandang ke belakang.
Yoongi hanya tersenyum sambil menghulurkan satu batang gula gula kapas berwarna merah jambu ke arah Jimin.
" Untuk aku ke? " Soal Jimin dungu, Sudah terang terang lagi Yoongi menghulurkan gula gula itu padanya.
" Taklah, untuk atuk kau. " Balas Yoongi sedikit keras. " Untuk kau lah. "
" Kau ni, kita tak bercinta tau! "
" Mahaguru mana cakap gula gula kapas cuma untuk orang yang bercinta ,belikan untuk pasangan dia ?" Soal Yoongi membuatkan Jimin terpinga pinga.
" Oh okay okay. Terima kasih heuheu. "
Jimin tersenyum lalu menyuapkan gula gula kapas tersebut dalam mulutnya . Jalan berseiringan dengan sahabatnya itu yang juga seronok mengunyah gula gula kapas.
" Yoongi ah, jom tangkap gambar. " Kata Jimin lalu menayangkan polaroidnya.
" Wah benda ni! Aku teringin nk tengok benda ni! Apa ni namanya? Aku boleh tengok benda ni dalam surat khabar yang omma aku beli setiap minggu. Nak pegang! "
Jimin agak terkejut melihat kelakuan Yoongi yang berubah apabila melihat polaroidnya, menghulur objek itu ke arah Yoongi.
" Benda ni keluar kertas kat bawah tu nanti kan? Kan? " Soal Yoongi lagi terlalu teruja.
" Ya. Nama benda ni Polaroid , kau nak cub-- "
Klik.
Yoongi telah menangkap gambar Jimin sebelum dia sempat menghabiskan ayat. Satu keping kad gambar keluar dari bawah objek itu membuatkan Yoongi ternganga kerana terlampau terpegun.
Kad gambar yang menunjukkan Jimin yang sedang cuba bercakap itu ditayangkan pada Jimin. Dia terkekeh ketawa melihat wajah Jimin yang spontan.
" Aku nak simpan gambar ni. " Kata Yoongi lalu menyimpan gambar itu kedalam poketnya.
Jimin hanya tersenyum lalu menahan seorang lelaki untuk menangkap gambar mereka.
Yoongi dan Jimin berdiri di satu sudut berlatar belakangkan satu arca replika berbentuk mickey mouse. Yoongi lantas memeluk leher Jimin dan menayangkan tanda peace sambil tersenyum lebar. Jimin yang pada mulanya terkejut dengan cengkaman di lehernya lantas melemparkan senyuman dan peace sign .
" Okay kamsahamnida! " Ucap Jimin kepada lelaki itu sebelum dia berlalu.
" Aku akan simpan gambar ni. " Kata Jimin lalu tersengih memandang gambar tersebut.
" Aku handsome tak dalam gambar tu? " Kepala Yoongi didekatkan pada gambar yang berada di tangan Jimin.
" Handsome dah! " Jimin tergelak kecil.
" Kalau kau sedih atau tengah marah, tengok gambar tu. Kehenseman aku boleh bahagiakan hidup kau. " Pesan Yoongi tiba tiba.
Walaupun Jimin tahu apa yang diperkatakan Yoongi itu mengarut, Jimin hanya tersengih. Gambar itu akan menjadi kenangan dalam hidupnya.
Satu hari nanti.
~
Mian korang semua ㅠ.ㅠ author dah lama tak update ㅠ.ㅠ maaf maaf readers ff author sekalia ㅠ.ㅠ
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fanfiction"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...