BFF 22

2.6K 381 46
                                    


Satu tin coca cola dihulurkan kepada Jimin yang pada mulanya termenung. Yoongi lantas melabuhkan duduk di sebelah lelaki sambil meneguk air tinnya buat seketika. Suasana sepi memandangkan tiada siapa membuka suara.

Yoongi mengangkat wajah lalu memandang Jimin.

" Yah, appa kau kerja apa? " Yoongi mula menanyakan soalan yang biasa dalam perbualan memandangkan tiada topik khas untuk dibualkan.

" Pejabat Kerajaan di Seoul. " Jimin menjawab seraya satu senyuman diselitkan di hujung.

Yoongi terangguk angguk. Cemburunya hadir apabila mengenangkan Jimin mempunyai appa yang berkerjaya dan dapat memberi bimbingan pada anak lelakinya. Sedangkan appanya hanyalah kaki judi, kaki arak dan tidak pernah menghulurkan sebarang kewangan untuk keluarganya. Kehidupannya sekarang bergantung sepenuhnya pada omma yang berkerja separuh masa di kedai runcit berdekatan.

" Erm, omma kau? Kerja di luar negara ke? Sebab aku tak pernah nampak. " Soalan Yoongi itu agak membuatkan Jimin tersentak. Lantas tersenyum paksa.

" Omma aku.. dia dah tak ada. Sudah masuk 13 tahun pemergian omma aku. "

Giliran Yoongi pula tersentak dengan jawapan tersebutnya.

" Err aku. aku tak sengaja. Aku tak tahu.. err mianhae. " Tergagap gagap Yoongi dibuatnya. Tidak senang duduk mengenangkan jawapan yang baru didengarinya tadi.

" Tak apa. aku pulak tak beritahu kau. "

Yoongi melemparkan senyumannya.

" Boleh aku tahu sebab omma kau pergi ?"

" Jom balik nak? A-aku penat . "

Yoongi terpinga pinga melihat kelakuan Jimin namun dia faham. Faham akan situasi Jimin yang tentunya sukar memberitahu sesiapa tentang ommanya. Langkah perlahan Jimin dikejari lalu bahu lelaki itu dipaut.

' Omma aku.. dibunuh.' Jimin bermonolog sendiri.

***

Yoongi mengangkat beberapa kotak yang berisi baju baju lama ke atas almari di dalam sebuah bilik stor belakang rumahnya. Baru sebentar tadi Min menyuruhnya mengemas di bilik tersebut dengan alasan nampak bersrabut.

Sesekali Yoongi terbersin akibat debu yang terbang bahagia apabila sesuatu barang lama ditepuk. Satu buku berwarna coklat terang menarik perhatiannya. Sekeping kertas yang terlekat di kulit buku itu ditarik perlahan. Tertulis perkataan ' We.'

Yoongi yang teruja apabila teringatkan itu adalah diari lama ommanya laju membuka helaian buku tersebut. Lantas sekeping gambar jatuh berdekatan dengan kakinya. Gambar yang menunjukkan tiga figura manusia itu diambil semula.

" Ni omma.. "

Yoongi hanya dapat mengecam wajah ommanya dan kurang pasti dengan seorang gadis di sebelah kanan Min dan seorang lelaki di sebelah kiri Min. Namun raut wajah lelaki itu sedikit sebanyak membuat fikiran Yoongi teringat seseorang.

" Ni bukan appa Jimin ke? "

Sekali lagi wajah itu diperhati. Memang ya itu adalah Appa kepada Jimin, Park Hyunsik. Okay, itu tak pelik lagi baginya , Yang pelik adalah bagaimana mereka boleh bergambar bersama.

Langkah diatur laju menuju ke arah ommanya yang sedang menggaul pes kimchi ke atas kubis panjang. Min agak terperanjat dengan kehadiran anaknya yang tiba-tiba.

" Ni. " Yoongi menghulurkan sekeping gambar tersebut dan Min lantas menanggalkan sarung tangan plastik dan menyambut gambar yang dihulur.

" Mana Yoongi jumpa ni? " Wajah Yoongi dipandang.

" Dalam bilik stor. Omma, ni appa kawan Yoongi tu kan? Park.. Park Hyunsik? " Jari telunjuk diluruskan dan wajah Hyunsik ditunjuknya.

Yoongi lihat ommanya seperti serba salah.

" Omma memang berkawan dengan appa dia ke? Siapa perempuan sebelah omma ni? " Tanya Yoongi bertalu talu.

Senyap.

Min hanya merenung sayu ke dalam gambar.

" Perempuan yang cantik ni, omma Jimin. "

Yoongi agak terperanjat. Adakah kehidupan mereka bersangkut paut dan itu menimbulkan tanda tanya dalam diri Yoongi.

" Jadi, omma tahulah kenapa omma Jimin pergi.. " Soal Yoongi berhati hati.

Min memandang anak mata anaknya. dalam.

" Ataupun.. peristiwa 13 tahun dulu.. "

Min tercengang. Kenapa Yoongi masih ingat ?

~

HUAAAAAAAAA sorry gais lama tak update. Huuuuuuu.

And author ad soalan,

Apa perasaan korang kalau orang yang korang minat sejak pandang pertama , rupanya dah berpunya dan orang tu kawan korang sendiri ? LOL.

BESTFRIEND. [YOONMIN]Where stories live. Discover now