" Appa mintak maaf sebab rahsiakan hal ni. " ujar Hyunsik saat disoal oleh Jimin tentang dia dan Yoongi." Tak apa, appa. "
" Syukurlah Jimin dah ingat semuanya. Appa bukan nak berahsia dengan Jimin tapi semuanya atas kebaikan Jimin jugak. Ingatan Jimin tak boleh pulih dengan cara memaksa, jadi appa putuskan untuk Jimin ingat sendiri. " terang Hyunsik lagi.
Jimin tersenyum. " Agaknya Yoongi akan maafkan Jimin tak? "
" Semestinya. Dia sahabat yang baik. Percayalah. "
Sekali lagi senyuman terukir di bibirnya.
***
" Yah Jimin, kenapa kau pakai macam ni pulak hari ni? " soalan Haewoo dan Minhwan yang berkali kali itu langsung tidak diendahkan Jimin. Malah hanya dibalas dengan senyuman yang penuh makna.
Jimin lantas berjalan tanpa menghiraukan beberapa pasang mata yang memandangnya pelik. Dia menuju terus hingga ke kelas.
Yoongi yang sedang menulis sesuatu di atas buku nota kecilnya agak terganggu dengan bayangan seseorang yang dari tadi asyik berdiri menghadapnya. Awalnya dia mahu menghiraukan tetapi figura tersebut masih tetap di tempatnya. Hilang sabar, Yoongi mengangkat muka.
Niat hendak memarahi empunya tubuh yang telah menganggu fokusnya, hilang serta merta. Wajah diganti dengan riak yang terkejut.
" Annyeonghaseyo! Park Jimin imnida! "
Ternganga mulut Yoongi melihat Jimin yang berpenampilan asalnya dahulu tersenyum lebar sambil membuat tanda peace di mukanya. Dengan cermin mata yang besar, serta seluar yang dipakai agak ke atas membuatkan seluarnya singkat. Dan paling Yoongi 'rindui' ialah rambut belah tengah Jimin.
" wae.. "
" Sekali lagi, saya Park Jimin. Awak Min Yoongi kan? " Jimin bersuara lagi lalu mengambil tempat di sebelahnya.
" Jimin ah.. " Entah mengapa Yoongi terasa mahu menangis.
Perlahan senyuman Jimin hilang dari bibirnya. Dia tertunduk lalu menghela nafas yang kedengaran berat. Wajah Yoongi dipandang dengan rasa bersalah.
" Mi.. mianhae. Yoongi ah. "
" Kau.. "
" Ya. Aku dah ingat semuanya. Kau, Min Yoongi sahabat pertama dan terakhir aku. Aku mintak maaf atas kelakuan aku pada kau selama ni. Mungkin kau terasa dan kecil hati.. "
" Aniya. Aku tak pernah salahkan kau. Aku tahu semuanya jadi ada sebabnya. Dan kau bukan sengaja layan aku macam tu. Dah memang kau hilang ingatan. Sekarang aku bersyukur sangat persahabatan kita kau masih dapat ingat. " pintas Yoongi seraya tersenyum.
Mahu sahaja Jimin menangis disitu tetapi dia perlu kuat.
" Betullah, kau memang sahabat yang baik. " ujar Jimin lalu menepuk bahu Yoongi.
" Aku janji lepas ni kalau ada apa apa halangan untuk kita bersahabat ni, aku takkan sesekali toleh ke belakang dan tinggalkan kau. Aku janji. " Jimin tersenyum lebar mendengar kata kata Yoongi itu.
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Фанфик"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...