30 september." Doktor! Macam mana keadaan anak saya?! Dia akan selamatkan ?! " Min agak panik dengan kejadian yang baru berlaku.
Yoongi tiba tiba batuk teruk. Lebih teruk lagi, batuknya disusuli dengan darah yang membuak keluar. Min betul betul panik.
" Sabar, puan. Sila tunggu di luar wad. " Min berkeras namun Hyunsik yang turut ada di situ berkeras menariknya keluar.
" Kita keluar dulu, Min. Bagi doktor buat kerja mereka. " Hyunsik cuba memujuk.
" Tak nak! Anak aku, Hyunsik. " Min mula menangis. Yoongi yang terbaring lemah di atas katil itu juga sedang memandangnya sambil tersenyum cuba mengatakan yang dia akan baik baik sahaja.
" Yoongi akan pulih. Sekarang ikut aku keluar dulu. " Hyunsik lantas menarik Min keluar dari bilik wad. Orang yang lalu di lorong itu memandang ke arah Min yang nangis teresak esak.
" Janganlah nangis. "
" Macam mana aku nak tahan air mata aku ni? Dia anak aku. Kalau kena pada anak kau pun, kau akan jadi macam aku. " Rintih Min perlahan.
" Aku faham Min. Yoongi pun dah macam anak aku sendiri. Aku sayangkan dia macam aku sayang Jimin. Tapi janganlah tunjuk lemah pada dia. Tunjuk semangat yang kau nak dia pulih. " Ujar Hyunsik cuba beri semangat.
Min mengangguk mengerti apa yang didengarinya.
Pintu wad ditolak dan muncullah Dr.Baekhyun dan beberapa orang jururawat. Wajah Dr.Baekhyun agak serius.
" Puan Min, saya nasihatkan untuk mempercepatkan pembedahan. Keadaan anak puan semakin teruk. Antibodinya sangat leman nak lawan penyakitnya. Kami tak dapat lakukan pembedahan selagi puan tak tanda tangan untuk mengizinkan kami berbuat demikian. Saya pergi dulu. " Dr.Baekhyun bersalaman dengan Hyunsik sebelum berlalu masuk ke pejabatnya.
" Dengar tu Min? Aku dah kata, aku akan tolong kau. Biarlah sebanyak mana pun duit aku habis, asalkan dia sihat macam dulu. " ujar Hyunsik sambil tangannya memegang kedua belah bahu Min.
" Aku buntu lah, Hyunsik. "
Min tertunduk lemah.
***
2 oktober.
Jimin menyeka peluh yang mula membasahi dahinya. Tangannya mula lenguh akibat menyental pinggan mangkuk yang kotor dengan kuat. Sesekali dia berhenti.
" Cepat sikit, Jimin. Banyak nak guna pinggan ni. " laung salah seorang pekerja dan kembali kelam kabut membuat tugas.
Jimin tidak sikitpun mengeluh. Dia perlu kuat dan memikirkan keadaan Yoongi untuk dia lebih bersemangat mencari duit. Baginya setiap apa yang kita mahukan, kita akan berhadapan dengan banyak cabaran.
Demi Yoongi, dia akan bekerja keras.
Seusai membilas pinggan mangkuk yang sudah disabun, Jimin memasukkan ke dalam baldi kosong sebelum mengangkatnya ke dalam dapur. Dia kembali ke tempat tadi untuk mencuci pula pinggan mangkuk kotor yang baru tiba.
Saat berganti minit dan minit berganti jam, akhirnya masa bekerja tamat untuk hari itu. Jimin menukar bajunya dan bergegas pula menuju ke hospital.
Sesampai di wad, pintu ditolak dan dia menerobos masuk. Langkah nya diperlahankan setelah menyedari Yoongi sudah pun terlelap.
" Sahabat aku ni dah tidur rupanya ~ " Bisik Jimin sendiri dengan perlahan.
Tidak semena mena, mata Yoongi perlahan lahan terbuka. Jimin mengundurkan badannya sedikit bimbang Yoongi marah akan dirinya yang mungkin menganggu.
" Jimin ah.. " Sebaliknya tidak. Yoongi pantas melemparkan senyuman yang susah diukir untuk Jimin.
" Yoon-yoongi ah. Aku ganggu kau ke? " Soal Jimin dengan nada risau.
" Kalau kau ganggu, tak apa. Aku tak marah. Aku suka lagi ada. " Ujar Yoongi lemah dengan suara yang agak tersekat.
" Kau okay ke hari ini? Aku lupa nak tanya omma kau tentang kau hari ni sebab aku kan ker-- eh stayback kat sekolah sejak sejak ni. " Jimin berkata.
" Jadi kau dari sekolah? Malam malam macam ni? " Tanya Yoongi lagi.
Jimin hanya mengangguk mengiyakan soalan Yoongi tadi.
" Bahaya.. " Itu sahaja yang keluar dari mulut Yoongi.
" Janganlah risau. Kau jugak yang nak tengok aku belajar bersungguh sungguh kan? Tak apa, aku boleh jaga diri aki sendiri. Kau tahu aku bukan Jimin yang dulu. " Balas Jimin dengan senyuman di hujung kata.
Yoongi terdiam sejenak. Ada senyuman nipis di bibir pucatnya.
" Tapi aku rindukan Jimin yang dulu. " ujar Yoongi tiba tiba. Membuatkan Jimin sedikit terpana.
" Sebab masa tu aku rasa kau comel sangat. Kau selalu kejar aku walaupun aku tak layan kau. Hahah. Apa lah, aku teringatkan kisah lama lagi. " Yoongi tergelak. Namun ketawanya hanya dipaksa hadir. Demi menutup rasa sedih yang datang.
" Yoongi ah.. "
" Tak apa. Dengan cara ingat balik kisah tu, buat aku rasa terhibur jugak. Lagi lagi rambut belah tengah kau dulu. " Yoongi cuba untuk ketawa lagi.
Tetapi dalam hatinya sedih. Sedih apabila membayangkan yang dia tidak akan lama untuk bersama sahabat baiknya itu.
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fanfiction"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...