Sebaik sahaja dua orang lelaki itu melangkah masuk ke kawasan sekolah, mereka menjadi perhatian. Mana taknya, dua pemandangan yang tidak pernah mereka lihat berlaku di hadapan mata mereka sekarang.
Satu, seorang lelaki yang mereka kenali dengan nama Yoongi sedang berjalan bergurau senda dengan lelaki yang dikenali sebagai Jimin.
Dua, senyuman lebar Yoongi.
Sesekali Jimin menampar bahu Yoongi kerana lelaki itu juga tahu bergurau. Sebaik sahaja pintu kelas dibuka, sekali lagi mereka menjadi perhatian. Warga kelas itu diam tanda ridak percaya dengan apa yang dilihat. Suasana hanya ditemani dengan gelak tawa Yoongi dan Jimin.
" Kau janji belikan aku bijirin berperisa beruang tu tau. Kalau tak , aku nak merajuk tiga minit, " Yoongi memperingatkan Jimin yang sudah tersengih mendengarnya.
" Okay, aku jan-- " Jimin yang ingin menghabiskan ayatnya terhenti apabila dia mula perasan yang mereka berdua menjadi perhatian dalam kelas itu.
" ..ji. " Jimin menyambung perlahan dan masih memerhatikan pelajar yang lain lalu memandang Yoongi semula.
Yoongi tersenyum nipis lalu membuat isyarat untuk duduk dan mengendahkan orang sekeliling. Jimin akur lalu melabuhkan duduknya di sebelah Yoongi.
Selang beberapa minit selepas itu, Guru mata pelajaran waktu itu masuk. Sir Seokjin yang mengajar subjek matematik itu meletakkan buku rujukan yang agak tebal ke atas meja. Sir Seokjin dikenali ramai kerana sangat suka berkemeja pink tetapi garang mengalahkan singa betina.
" Class, Attention! Annyeonghaseyo Sir. " Ketua kelas bangun dan menunduk hormat lalu diikuti oleh pelajar yang lain.
" Okay kelas, hari ni Min Yoongi hadir atau tidak? " Sir Seokjin memandang kesemua wajah anak muridnya.
" Saya, sir. " Yoongi mengangkat tangan dan meraih perhatian Sir Seokjin.
" Kamu dah okay? Atau masih sakit? " Soal Sir Seokjin prihatin terhadap anak muridnya. Kes Yoongi diculik dan dipukul sudah diketahui semua guru sekolah itu tetapi tidak semua murid tahu.
" Saya dah okay, Sir. Kamsahamnida. " Yoongi mengucapkan terima kasih kerana Sir Seokjin masih mengambil berat tentangnya. Namun, dia cuba melemparkan senyuma sekali, tetapi dia terasa amat kekok untuk tersenyum pada orang lain selain Jimin di sebelahnya.
" Baguslah. Sekarang kita boleh mulakan pembelajaran kita kan? Buka buku latihan kamu sekarang! " Arah Sir Seokjin lalu menulis sesuatu di papan tulis.
Yoongi turut mengeluarkan buku latihan matematiknya seperti pelajar lain. Matanya terarah pada satu meja kosong tidak jauh darinya tanpa sengaja.
" Jimin ah, Minhyuk tak datang sekolah ke? " Yoongi mencuit bahu Jimin yang fokus menyalin soalan pada buku latihannya.
" Entahlah. Sejak kau masuk hospital tu, dia tak datang sekolah sampailah hari ini. Kenapa tiba tiba kau tanya? " Jimin memandang ke arah Yoongi.
Lelaki itu hanya menjongket bahu. Entah mengapa dia tanya tentang ketidakhadiran Minhyuk pun dia tidak tahu. Lalu dia memfokuskan apa yang ditulis oleh Sir Seokjin di hadapan.
***
" Kau nampak senyuman dia? Arh eotteokhae! Aku tak tahu yang dia sehandsome tu! "
" Agaknya kalau aku letak love letter dalam loker dia, dia baca tak? "
" Malulah! dah lah dulu kita beria kutuk dia. kata dia bukan ideal type yang sesuai untuk perempuan lah, kata dia batu lah tak senyum langsung. Belagaklah apalah. "
Telinga Jimin menangkap perbualan beberapa orang pelajar perempuan sewaktu dia ingin mengambil bekal makanan yang tertinggal dalam begnya. Dia ke kelas keseorangan kerana Yoongi sudah ada di kantin menunggunya.
Jimin lantas melangkah masuk tanpa mnghiraukan sekumpulan pelajar perempuan itu bergosip.
Entah siapa yang mereka maksudkan pun dia tidak tahu." Eoh? eoh? Jimin ah! Yah! "
Jimin agak terkejut dengan serbuat tak diundang itu. Pelajar perempuan tersebut saling bertolakan ingin mengatakan sesuatu.
" Err Yoongi tu kan, dah sihat? " soal salah seorang darinya.
" Kenapa korang tanya pasal dia? " Jimin mula berasa pelik. Adakah kerana perwatakan Yoongi berubah sehinggakan situasi ini berlaku?
" Tak, erm kau kan dekat dengan dia. Eh macam mana kau boleh kawan dengan Yoongi? Aku nak nombor telefon dia boleh? " sinar pngharapan terpancar pada anak mata pelajar itu.
" Eh eh! aku nak ! kau janganlah mintak. Jimin! bagi aku bagi aku. "
Sedang empat pelajar perempuan itu bertengkar hanya kerana berebut nombor telefon Yoongi, Jimin mendapat satu idea.
" Sorry lah korang. Tapi, Yoongi dah berpunya. " kata Jimin sambil berusaha menyembunyikan senyumannya sekali gus menghentikan perbuatan empat pelajar itu.
" Err. err.. kami.. betulke.. err. " Tergagap mereka dibuatnya.
Jimin menghiraukan lalu berjalan semula ke kantin dengan dua bekal di tangannya.
Haha satu lagi mestilah untuk sahabat barunya.
Min Yoongi.
~
YOU ARE READING
BESTFRIEND. [YOONMIN]
Fanfiction"Kawan. Apa itu kawan?" Min Yoongi, membesar dalam Keluarga serba tak kena. Masalah kewangan yang sedia ada dihimpit pula dengan sikap bapanya yang tidak bertanggungjawab, berjudi, kaki pukul dan sebagainya. Trauma yang dihadapi oleh Min Yoongi memb...