A/N :okay guys welcome to my story, well bab I ni cerita zaman sekolah dulu ye. Hope you enjoy it!!
(Yang lelaki dalam cover tu apa yg saya imaginekan tentang Hakim )
" Kita clash sebab awak tak belanja saya setiap hari. Sebab awak tidak menjaga keterampilan diri awak dan yang paling penting, awak couple dengan saya sebab awak nak popularity. Bukan hati saya ,so bye loser !! "
Anastasia membuat gaya dengan tangannya membuat bentuk L lalu di letakkan di lahirnya sambil menjelirkan lidah sedikit. Mata coklatnya dijulingkan sedikit. Hari ini sudah lelaki yang ke-25 semenjak dia menjadi 'playgirl' di sekolah selama 3 tahun. Baru awal bulan ,sudah 2 lelaki yang dia reject. Masuk tahun keempat ini, dia sudah berada di Tingkatan 5 . Tak insaf lagi minah ni. Itulah yang guru gurunya sering cakapkan.
Hampir semua warga di Sekolah Sri Menunggu ni sudah sedia maklum dengan perangai Anastasia ini. Dia bukan sahaja playgirl tetapi seorang gadis yang popular dengan sikap yang kelakar dan gila gila. Lagipun ,Anastasia ini tak pernah serius dalam.hubungan , itulah bila clash macam macam sebab yang tak munasabah dia bagi .; clash sebab muka berjerawat lah , pakai baju tak tie in lah, Tak pakai minyak wangi lah. Hah senang cerita semua benda dia nak jadikan alasan untuk dia clash. Macam semua tidak menepati cita rasanya. Semua orang dah lali, tetapi disebabkan kecantikan Anastasia yang rupanya memang seiras orang putih di UK sana , orang tetap nak couple dengan dia walau mereka tahu yang segalanya ialah permainan bagi Anastasia.
"ANASTASIA!! Cikgu Maryam panggil kau! Pergi bilik disiplin sekarang!! " Rakannya, Ella memanggilnya dari jauh. Hampir satu bangunan boleh dengar suara raksasa dia. Bayangkan komander kawad kaki jadi bestfriend tak terkejut bila selalu dengar suara dia. Anastasia mencebikkan bibirnya, hisshhh...dia ni memang nak malukan aku ke apa? Getus Anastasia dalam hatinya. Apahal pula lah guru disiplin panggil ini
Kemudian Anastasia membalas jeritan rakannya tadi . ; " KAU IKUT AKU PERGI BILIK DISIPLIN !! Kalau kita mati, kita mati sama sama !!" Anastasia menjerit sekuat hati, hah jangan terkejut yang Anastasia juga seorang komander kawad kaki Kadet Polis . Tak sampai dua bangunan dengar suara dia? Anastasia kemudian segera berjalan untuk menuju ke bilik disiplin di Blok A.
Namun,Anastasia tahu kenapa dia perlu ke bilik disiplin . Dia dah muak, tak lain tak bukan kena penalti sebab buat kecoh . Ye dok?
****
" Kamu ini bila nak berubah? Asyik asyik buat kecoh. Sedarlah sikit awak tu dah Form 5 jadilah diri tu sebagai teladan untuk junior. Ini tidak, selalu berkepit dengan lelaki. Itu saya memang tak faham.Tapi apa yang lagi saya tak faham macam mana kamu ini boleh genius sangat? Tahun lepas kamu yang dapat ranking no.1 dalam tingkatan .Ilmu sihir mana kamu guna ini? " bebel Cikgu Maryam, guru disiplin kepada Anastasia.Memang tidak dinafikan, Anastasia memang seorang yang pandai dan aktif dalam kokurikulum. Nampak je macam main main tetapi bila exam results bukan main gempak. Dia juga popular kerana kebijaksanaannya. Orang pun tak faham macam mana dia boleh jadi segenius tu. Genetic mungkin?
Anastasia kemudiannya menguap, silap silap 10 ekor lalat boleh masuk sebab besar sangat mulutnya semasa menguap. Muka pun jadi hodoh sekali, namun Anastasia tak kisah buat lah apa pun mukanya tetap akan cantik semula. Bebelan Cikgu Maryam bagai angin lalu. Endah tak endah je.
"ANASTASIA REYNA!! KAMU DENGAR TAK APA SAYA CAKAP? " bentak Cikgu Maryam sambil menhempas buku rekod disiplin ke atas mejanya.Bengang dengan sikapnya yang sebegitu rupa walaupun dia sedia maklum dengan perangai 'famous' Anastasia ini. Oleh sebab itu, Cikgu Maryam dan beberapa orang guru disiplin yang lain telah membuat plan untuk memperbaiki diri Anastasia ini.
" Anastasia, kamu tahu sebab apa saya panggil kamu ke sini?"
Anatasia meletakkan tangannya ke dagu. Berpura pura berfikir. -" Sebab cikgu nak saya menyanyi. Suara saya kan sedap macam suara Adele tu. 'Hello from the outside!!" Anastasia kemudian menyanyikan lagu Hello daripada Adele dengan suaranya yang sumbang mengalahkan katak.Tangannya digenggam lalu membuat gaya ditusuk ke jantung. Feeling katanya. Lagu Adele kot kena lah drama sikit. Mendengar suara anak muridnya itu membuatkab Cikgu Maryam menutup telinganya sebelum dia jadi pekak sepanjang zaman.
"Dah dah takpayah nyanyi. Let me get straight to the point. Disebabkan rekod disiplin yang kurang memuaskan, saya akan latih kamu untuk jadikan kamu kepada seorang yang lebih baik. Nak tahu apa yang guru guru cadangkan? Kami akan lantik kamu sebagai seorang pengawas sekolah...eh silap
Kami lantik kamu sebagai Penolong Ketua Pengawas bagi sesi 2016/2017. Kamu nak atau tidak bukan urusan saya yang pasti 2 minggu akan datang acara perlantikan pengawas akan dijalankan. Jadi saya harap kamu bersedia " kata Cikgu Maryam kepada Anastasia
Terbeliak biji mata Anastasia. Dia tidak menjangka itu yang akan dikatakan oleh guru disiplin bertudung litup itu.
" Jadi pengawas , WHAATTT !! ?"
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...