Hidup lama,dunia baru

4.9K 318 19
                                    


" We were both young when I first saw you "- Taylor Swift


10A+. Itulah result yang Anastasia peroleh dalam peperiksaan tahunan SPM. Anastasia menangis didalam pelukan ibunya, bukan kerana semuanya A+ akan tetapi dia menangis kerana subjek addmathnya mendapat A+ . Siapa tak nangis bila addmath dapat A. Hahahaha

Hakim juga tidak kurang hebatnya, mendapat keputusan 11A+ . Subjek tambahan bahasa arab juga mendapat keputusan yang cemerlang. Kedua - dua mereka naik ke atas pentas dengan penuh rasa megah. Bukan rasa menunjuk-nunjuk, akan tetapi rasa bangga dengan diri sendiri. Bertungkus lumus belajar macam nak gila, akhir sekali dapat juga hasilnya. Siapa yang tak bangga dengan diri sendiri? Sudah semestinya tidak lupa untuk bersyukur kepada tuhan atas keputusan yang cemerlang ini.

Semua orang gembira di atas pentas Anastasia hanya memerhati, ada yang kecewa dan hanya mampu tersenyum kelat kerana keputusan yang kurang cemerlang. Mereka hanya tabah melihat rakan-rakan mereka yang cemerlang di atas pentas.

Usai sahaja majlis penyampaian keputusan SPM, Anastasia meminta izin ibunya untuk berjumpa dengan rakan sekelas- tangkap gambar sebagai kenang-kenangan. Ye lah semua nanti dah bawa haluan masing masing. Zaman sekolah pasti amat dirindui.

" Ella!! "- Anastasia melambai rakannya dengan penuh teruja.

" Annaaa! Weh tahniah, gempak gila kau Anastasia. "- ujar Ella sambil memeluk Anastasia dengan erat.

Kemudian rakan-rakan sekelas yang lain turut mengucapkan tahniah kepadanya - Jack, Samad , Jiman juga tidak putus-putus memberi ucapan tahniah .Selepas itu, semua orang berkumpul untuk sesi mengambil gambar kecuali... Hakim

" Sekejap, mana Hakim? -" Anastasia bertanya kepada Jack.

" Tadi aku nampak dia... sekejap biar aku carikan .. "- ujar Jack dan berlalu pergi. Mencari Hakim untuk Anastasia . Cewahh , apa pun Jack juga mengetahui bahawa Annastasia suka akan Hakim - cuma dia memilih untuk senyap sahaja.

" Hakim! Sini lah kita tangkap gambar sama-sama "- Jack menjerit kearah Hakim yang sibuk berbual dengan kedua ibu bapanya. Dia bergegas berjalan ke arah Jack.

" Tangkap gambar? Dekat mana? -"

" Tu depan dewan ni je. Jom lah - Anastasia dah tunggu itu "- Jack tersenyum sinis.

" Okay lah jom -" Hakim berkata dengan selamba.

Akhirnya semua orang sudah pun berdiri mengambil posisi masing-masing dan Hakim.. berdiri bersebelahan dengan Anastasia. Mereka berdua hanya memantulkan senyuman seikhlas mungkin.

" ..... and say cheeesee !!! "-

Click!.-

Satu memori indah sudah berjaya ditangkap . Satu memori yang tidak mungkin Anastasia dapat lupakan.

----- □■

" Hai Anastasia! , "- Ogy rakan sekelasnya menegur Anastasia yang sedang bermain buaian di taman kawasan perumahannya.

" Eh hai Ogyy!!! . Awak duduk dekat area rumah ini juga ke? " - ujar Anastasia . Dia tidak pernah pula lihat Ogy di sekitar kawasan ini.

" Hahaha , saya baru pindah . Memang lah awak tak nampak. Ni kenapa main buaian sorang-sorang ni? Tak takut ke? Bahaya tau -awak tu dah lah cantik . Nanti orang culik macam mana- " jelas Ogy kerisauan. Bukan apa semenjak dua menjak ini, Anastasia selalu mengelamun. Macam orang hilang arah. Tapi takdelah teruk sangat sampai ' makan tak kenyang, mandi tak basah ' tu.

" Orang nak culik saya? Sebelum diorang culik saya dah kung fu diorang dulu macam Jackie Chan! Haiyyahhh !! "- gurau Anastasia sambil menunjuk gaya orang berkungfu. Hahaha

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now