Kem Part 2- Sesat? Ehem

5.4K 330 9
                                    


    Dua Jam sebelum Jungle Trekking.


" Hakim, meh sini sekejap, saya dan beberapa guru serta facilitator ada beberapa perkara yang ingin disampaikan kepada kamu, personally " - Cikgu Maryam kemudian memanggil Hakim masuk ke dalam ruang rehat yang dikhaskan untuk para guru. Cikgu Maryam duduk di atas kerusi merah bersama sama 2 orang facy.

" Ada apa hajat Cikgu Maryam panggil saya ini? " kata Hakim dengan sopan.

Cikgu Maryam kemudian memandang kedua dua facy disebelahnya dan mengangguk. Kedua dua facy itu ialah Abang Romi dan Kakak Hana - selaku ketua dan penolong facy bagi program yang dijalankan. Cikgu Maryam kemudian memandang Hakim semula.

" Hakim, kami nak bagi kamu satu misi boleh tak?"

Hakim memandang Cikgu Maryam dengan pelik. Keningnya dikerutkan ' Aik dan macam dalam cerita James Bond bermisi bagai ini ' -getusnya.

" Boleh, insyallah kalau tiada apa apa masalah saya boleh terima misi itu "

" Kamu dahulu pernah jadi Pengakap kan masa dekat sekolah lama kamu ?"- Cikgu Maryam bertanya. Hakim hanya mengangguk perlahan ; masih memikirkan apa yang cuba Cikgu Maryam sampaikan.

" Jadi macam ini, kami, guru-guru dan facy telah sepakat untuk pilih kumpulan kamu sebagai kumpualan yang akan 'sesat' dalam hutan semasa jungle trekking nanti.- Let me explain first. Kamu dan kumpulan kamu bukannya sesat apa,  Maksud saya di sini, semasa kamu jungle trekking nanti, kamu akan berpura pura sesat dan hilang daripada pandangan ahli kumpulan kamu.- " Cikgu Maryam kemudian menjelaskan apa yang ingin disampaikan. Ini ialah salah satu plan program ini, memang sudah dirancang daripada awal . Objektifnya ialah mahu menguji sesuatu kumpulan itu apabila ditimpa musibah. Begitu juga dengan kumpulan yang lain, cuma mereka diuji dengan aktiviti lain. Cumanya kumpulan Hakim seramai 8 orang sahaja ini, kumpulan yang paling sedikit dapat 'ujian' semasa jungle trekking. Misi sebiginilah yang membuatkan sesuatu kem menjadi lebih seronok

Hakim hanya terdiam ' gila betul kem ini- kalau aku sesat betul2 macam mana? '- Kemudian Abang facy Romi menyambung-

" So, Hakim dengar sini baik baik, bila kamu hilang kami nak tengok sama ada ahli kumpulan kamu berusaha mencari kamu atau tidak? Dan bila mereka jumpa sahaja kamu,  bagaimana mahu kembali semula ke tapak kem. Itu semua di tangan kumpulan kamu sebenarnya. Saya pasti kamu tiada masalah untuk kembali ke tapak kem sebab semalam kamu sudah meronda kawasan hutan ini kan ?

Hakim mengangguk, bila teringat semula hari pertama sahaja dia sudah dipanggil untuk melihat kawasan hutan ini bersama beberapa orang facy. Patutlah diorang tak jawab bila dia tanya kenapa kena tengok hutan ini betul betul. Rupanya sebab nak 'main' permainan ini rupanya. ' Okay, kem ini memang gila. Serius gila. Nanti apa kejutan lagi yang diorang nak buat dekat orang lain pula? '- Hakim berkata di dalam hatinya.

" Jadi saya kena masuk hutan tu, buat buat sesat dan keluar balik dengan kumpulan saya? Macam mana kalau saya tidak jumpa jalan keluar? atau saya tak dapat nak sampai sebelum malam? "

Kakak Hana yang berada disebelah Cikgu Maryam hanya tersenyum, raut wajahnya seperti ini bukan masalah besar bagi mereka. " Kalau macam itu, awak dan kumpulan awak bermalam lah di hutan- jangan risau setakat ini hutan ini tiada binatang buas, Kalau ada memang kawasan ini tak boleh jadi tempat untuk kemlah jawapannya- "

" Jadi lebih baik sampai sebelum malam, ada bagusnya. Jadi Hakim, gunakan segala ilmu yang awak ada dan aplikasikan semasa di dalam hutan nanti. Saya tahu mungkin ada diantara ahli kumpulan kamu juga arif tentang survival dalam hutan. So , kamu okay atau tidak? " Abang Romi bertanya kepada Hakim dengan selamba. Macam diorang dah buat ini beberapa kali-

" Saya boleh jangan risau, cuma saya risaukan ahli kumpulan saya- Abang Romi, saya nak tanyaa, memang selalu eh buat macam ini? . Main sesat masuk keluar hutan ini?"

Abang Romi hanya tergelak. " Hahaha, ya Hakim kami dah buat ini selama beberapa tahun, jangan risau nanti saya tunjukkan arah jalan yang selamat untuk sampai ke tapak kem dan saya akan mklumkan lebih lagi apa yang kamu perlu suruh ahli kumpulan kamu lakukan semasa sesat dan beberapa tips untuk keselamatan. So Hakim, boleh atau tak?"

Hakim hanya tersenyum ' sounds like a good plan' . Rancangan yang bagus untuk buli Anastasia , dan yang paling penting dia mahu buat Angelina insaf akan kelakuannya yang kurang disenangi itu.


" Boleh takde hal. Saya rasa saya ada idea yang lebih menarik untuk aktiviti ini. Abang Rom dan Kakak Hana nak dengar? " Hakim bertanya sambil menguntumkan senyuman yang bermakna-

Its show time everybody!

=========


A/N : Comment dan vote ye! Thank you very much


Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now