" Kenapa tak sampai sampai lagi ini? Penatlah. Dahlah air pun sikit ,kena kongsi pula tu. .Urghh" - rungut Angelina sambil berjalan. Aktiviti jungle trekking inilah yang paling tidak disukai oleh Angelina. Dahlah penat, kena redah hutan yang banyak gila lintah ,jalan berliku liku. Serius tak suka.!!
" Kau ni Angelina boleh diam tak? Bukan kau seorang je yang penat tahu . Kami semua pun sama. Lagipun air tu kau yang banyak minum. Kami ini dapat sikit je! "- Gloria, salah seorang ahli kumpulan-2 merungut. Dia ini memang sejak dulu anti-Angelina. Muka Gloria yang seakan akan Chinese itu dibasahi dengan peluh. Penat itu biasa, tapi kalau jalan dengan Angelina ini, dua kali ganda penat dia! Bayangkan air cuma ada 2 botol besar . 1 botol kena kongsi 4 orang. Which means, Gloria, Anastasia, Angelina dan Sarah harus berkongsi air di dalam botol yang sama. Begitu juga dengan 4 orang ahli lelaki yang lain iaitu- Hakim, Jiman, Jack dan Hareez .Apa yang membuatkan Gloria marah , Angelina minum air tersebut lebih banyak berbanding yang lain. Sarah juga begitu.
Gloria kemudian melihat Anastasia yang sudah berada di hadapan. Melihat figura itu membuatkan dia berasa kagum. Walaupun ramai yang tidak menyukainya, dia tidak pernah jatuh hanya kerana kata kata orang. Bagi Gloria, Anastasia ialah sumber inspirasinya- perangai playgirlnya yang dahulu kini sedikit pudar kerana sudah menjadi pengawas dan menambahkan lagi karismanya-
Sedang Gloria berjalan mendaki bukit tiba tiba kakinya tergelincir ."AHHHH!! " Gloria menjerit, dirinya hendak terjatuh kebelakang, namun belum sampai beberapa saat, tangannya segera dipegang oleh Anastasia . Dada Gloria turun dan naik akibat panik. Dadanya terasa sesak. Tak , tolonglah bukan sekarang.... Gloria merintih di dalam hatinya .Panic attack menyerang dirinya .
"GLORIA! Bawa bertenang , awak okay, cepat naik atas!! Saya pegang tangan awak! " Anastasia menjerit, tangann kanannya dipautkan ke batang pokok yang berdekatan manakala tangan kirinya menggenggam tangan Gloria.
Anastasia segera menarik tangan Gloria sehingga Gloria berjaya berada di atas bukit yang mempunyai tanah yang rata. Anastasia menarik nafas lega , dia kehausan dan penat. Kumpulan yang lain sudah berada di hadapan. Maklumlah, kumpulan mereka dilepaskan lebih lambat. Anastasia tidak tahu mengapa. Jiman yang melihat kejadian itu terus berlari ke arah mereka berdua." Anastasia! Gloria, korang berdua okay tak? Ada luka dekat mana2 ? Saya boleh tolong rawatkan"-
"Tidak mengapa Jiman, kami berdua okay. Gloria awak boleh jalan lagi tak?" tanya Anastasia. Dia risau akan keadaan Gloria,
"Saya- okay ,cuma kaki sakit sikit .Dah jom pergi, nampaknya Angelina dan Sarah dah tinggalkan kita .Nanti kita semua lambat pula nak sampai ke tapak kem. Saya tak nak kita semua lambat sebab saya " Gloria berkata sambil menundukkan kepalanya.
Anastasia kemudian berjalan sambil memapah Gloria bersama Jiman. Entah berapa lama mereka berjalan, Anastasia mula tidak sedap hati.
'Betul ke ni jalan yang tadi? '
Kelihatan Hariz dan Jack sedang berbual. Riak wajah mereka seperti sedang membincangkan sesuatu yang serius. Jack meramas rambutnya berkali kali, kelihatan macam orang baru putus cinta pun ada.
" Hey Jack!, kau dah kenapa nampak stress semacam? Cepatlah jalan, nanti lambat pula sampai ke tapak kem " Jiman berkata, badannya agak penat kerana memapah Gloria sepanjang perjalanan. Tapi digahkan juga, yelah kan nak tunjuk gentleman gituh .Tolong orang macam superhero.
Jack hanya melihat mereka dengan wajah yang panik. Kemudian dia berkata -;
" Weh, korang.... aku rasa kita dah sesat. "
Anastasia hanya membuntangkan matanya. Biar betul.!! Jiman hanya mengangakan mulutnya, manakala Gloria mengerutkan keningnya.
"Jack...kau jangan main main!! Aku dah penat ni tahu tak" Anastasia memarahi Jack, .Kalau ini satu gurauan - memang kenalah dengan penumbuk sakti si Anastasia.
" Betul tu! Kitorang malas nak layan! Ade ke patut cakap sesat " Jiman menyambung.
" Aku serius lah korang!! Hakim tadi pun jalan dekat depan kitorang dia kata dia nak tengok jalan , betul ke tak jalan yang kita lalu ini. Alih alih, dia pun hilang sekali !. Aku tak main main tahu !" teriak Jack kepada mereka berdua. Fikir aku tak penat ke?- getus Jack.
Apabila mereka sudah menghadam apa yang dikatakan oleh Jack , semua mula panik ;
" Kita sesat? " - Anastasia
" Weh, serius ah sesat?"- Jiman
" Tak sekarang ni memang betul betul sesat ke? " -Gloria
" Kita sesat eh? Cool "- Hariz
" Yeee korang kita sesat dalam hutan ni sekarang "- Jack
"Kalau kita betul betul sesat maknanya....Oh shit!" - Anastasia
" Sial ! " -Jiman
" GOD.NOOOO!! " -Gloria
" Mehh."- Hareez
" Lol sesat "- Jack
" Kita sesat. Say yeayy!! HAHAHA "- Jack
" Apahal korang semua tengok aku macam tu?" - Jack
" OK SORRY!! Aku tak cakap macam tu lagi ! Jangan pukul aku! " - Jack
" MAKK TOLONG!! " - Jack
A/N ; Keep reading and comment ye .Saya nak tahu pendapat anda tentang chapter ini okay!
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...