Malas nak kisah

4.3K 284 10
                                        


" Tak pernah rasa nak berubah ke? " - Abebeen


Anastasia

Selangkah sahaja aku masuk, semua mata memandang aku dan Hakim. Kelihatan seorang lelaki berjubah putih dan berserban duduk di atas sofa mewah berwarna merah berserta seorang wanita cantik disisinya. Aku pasti, itu ialah syeikh arab yang Hakim sebutkan tadi. Hakim kemudian terus memperkenalkan dirinya dan aku dalam bahasa arab. Kami berdua duduk untuk berbincang akan perihal kerja. Encik Vincent, setiausaha syarikat juga turut bersama kami.

Mereka semua kemudian berbincang sesama mereka. Aku melihat Hakim sungguh fasih berbahasa arab. Aku boleh lah faham sikit-sikit, tetapi tidak sehebat Hakim. Tempat yang aku duduk ini kebetulan, bersebelahan dengan isteri syeikh tadi. Wanita persis pelakon Hollywood bertudung litup hitam itu tersenyum ke arahku. Mata coklat cantik menyerlahkan lagi kulitnya yang mulus.

" Ma ismuki, ya ukhti ? "- wanita itu bertanya kepadaku, Apa namaku

" Ana Anastasia, ma ismuki? "-

" Ismi Jasmine Al Radzie. "- wanita itu berkata. Kami kemudian berbual dengan lebih lanjut. Kadang- kadang aku tidak faham apa yang dia cuba katakan. Aku memberanikan diri untuk bertanya, adakah dia boleh berkata dalam bahasa Inggeris. Senang sikit lah lidah aku nak sebut kalau dia boleh ckap BI. Isteri syeikh tadi kemudian mengangguk perlahan. Dia boleh betutur, cuma tidak begitu fasih.

" Do you know, there are a huge funfair called HappySummer Funfair in Malaysia?. Come to our funfair when you and your husband have a leisure. Bring along your daughter. I guess it can be so exciting! "- Aku berkata kepada Jasmine dengan penuh kesungguhan. Nak pujukkan ,mestilah kena ampu lebih-lebih sikit.

Jasmine hanya tergelak melihat gelagatku. Eh dia gelak-gelak tu faham tak apa aku cakap? - getus Anastasia. " Yes, of course we will love to go there." - jelas Jasmine. Well, berbual dengan Jasmine tidaklah seteruk yang disangka. Macam berbual dengan kawan je. Kaya, tetapi merendah diri. Kalaulah dekat Malaysia ramai orang kaya macam pasangan Arab ini, tak ke aman dunia. Ini tidak, 'racist' antara orang kaya dengan miskin masih lagi berleluasa. Cehh Anastasia, acah politician pula dah.

Hampir 1 jam kami berbincang dan berbual . Hakim dan Encik Vincent juga nampak macam tiada masalah untuk memujuk Syeikh Bilal. Kami kemudian meminta izin untuk pergi. Harapnya, pihak arab Saudi dapat menerima kertas cadangan untuk memajukan lagi funfair ayah si Hakim itu.

Ingin sahaja kami keluar, Jasmine memanggilku dari belakang. Dia memelukku erat dan berkata :

" Thanks Anastasia, May allah Bless you . Untill we meet again "- . Jasmine tersenyum. Terserlah kecantikannya. Cantik luar dan dalam.Cantik sahaja ahlak dan budi bahasanya. Aku hanya tersenyum kelat,

Alangkah baiknya kalau aku boleh jadi macam dia.....

-------------------------

" Terima kasih Anastasia sebab tolong aku. Nampaknya mereka berdua setuju untuk menjadi pelabur" - Hakim berkata kepadaku. Kali ini dia tersenyum kearahku. Jangan buat macam itu pleasee , aku cairr

" Eh biasa biasa je. Kita kawan kan? "- Kau suruh je aku buat apa pun Hakim, aku sanggup asalkan dapat luangkan masa dengan kau -hahahaa

" Yes. Kawan, emm okay jom balik. Hari dah malam.Tak manis pinjam anak dara orang lama lama "-

Awww so sweet . Ehem ok Anastasia, behave please behave. Jangan nampak sangat

" Okay jom, aku pun malas nak duduk dengan pakcik kerepot kat sebelah aku ni " - aku berkata kepadnya. Really Anastasia? Pakcik kerepot? Hambar gila punchline.

Hakim hanya menjeling tajam dan berjalan tanpa berkata apa-apa. Malas nak layan aku lah tu. Well guys Hakim yang lama dah kembali !

" Eh Hakim , buka lah pintu kereta untuk aku kata gentleman!" -

" Aku rasa kau ada tangan kan? Buka lah sendiri "- hakim berkata dan terus masuk ke dalam kereta. Ciss acah betul mamat ini . Tadi bukan main ladies first'.

" Cepatlah naik Anastasia, nanti aku tinggalkan kau sorang-sorang dekat sini baru tahu "

" Ishh yelah sabar lah sikit! "- aku dengan pantas masuk ke dalam kereta. Tudung dah serabai, malas dah nak betulkan. Makeup pun macam apa.

Perjalanan terasa macam sekejap sahaja....... ok mungkin sebab aku tertidur .Aku melihat Hakim yang duduk disebelahku sedang melihat sesuatu di handphonenya.

" Hakim, dah sampai ke belum ini? "-

" 20 minit lagi sampai, kau tidur lah dulu. Nanti aku kejutkan "

" Hmm okay"- aku berkata sambil menguap. Tangan kiriku segera menutup mulut.

" Lagi satu, tidur tu berdengkur jangan kuat sangat "

Aku berdengkur? YA AMPUN MALUNYA AKU.. DIA DENGAR AKU BERDENGKUR! OH MY GOD!

" Eh suka hati aku lah"- aku berpura -pura tidak kisah. Padahal dalam hati malunya membara menusuk dijiwa. Haih, apa apa jelah. Kemudian aku tertidur semula tenggelam dengan kesuyian di malam hari.

----------

Baby project/ Projek menjaga bayi tiruan sudah pun bermula. Dan....semuanya muka macam zombie sebab tidur tak cukup semata mata nak berhentikan baby palsu menangis.

" Hakim! Baby tu asyik-asyik nak nangis je .Geram tahu tak!!"- aku meramas rambutku kegeraman. Sekarang ini aku berada di rumah Hakim, buat homework sambil jaga baby. Haishh

" Kau ibu, kena lah jaga . Aku pergi kerja cari duit. Bawa bersabar ya cik Anastasia " - Hakim berkata dengan senyuman yang membuatkan aku rasa nak sepak je muka dia.

" Eh kau jangan nak mengada ngada. Esok malam turn kau pula jaga budak kecil ni. Baru kau tahu erti kesusahan yang sebenar "-

" Bukannya susah sangat pun kau ni chill je lah "

" Fine , kau tengoklah esok macam mana "




" nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi " -

Hakim kemudian mendail nombor Anastasia pada jam 2.30 pagi. Dah tak tahan dengan terikan bayi palsu ini. Dia dah tak tahu nak buat macam mana.

" Hey budak kecik diam boleh tak aku nak tidur pun tak boleh!" - marah Hakim kepada bayi kecil berbaju biru itu. Pointless je buat macam tu. Pelbagai cara Hakim cuba buat untuk redakan tangisan. Bagi minum susu botol, nyanyi, azan, iqamat tapi tak reda juga.

Aku syak ada syaiton dalam diri budak ni .

Dan akhirnya Hakim tumpas, dibiarkan sahaja bayi itu menangis .Haram jadah malas dah nak kisah.

-----

A/N - simple update hari ini. Go comment and vote !



Gadis Pencuri HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang