Two days is all I want

4.9K 328 6
                                    


   

" Aku duduk di bangku, menyelusuri angin bayu petang. Memikirkan tentang cerita aku dengan dia..... dia seorang jejaka yang aku minati selama ini tiada--- " belum sempat Hakim menghabiskan bacaannya Anastasia dengan segera menyentap diari yang dibaca oleh Hakim. Muka Anastasia merah menahan marah ,dan pada masa yang sama dia sungguh malu,

" Anastasia pandai berpujangga lah weh! HAHAHAHA! Aku macam tak percaya doh " - Dean, salah seorang budak nakal mula mentertawakan Anastasia.

" Siapa lelaki yang dia minat tu? Pak cik Cleaner? Sebab semua lelaki kat sekolah ni dia dah 'minat'. Hahahaa!! - beberapa orang rakan sekelasnya juga turut mentertawakannya. Yang tidak ketawa hanya Anastasia, Hakim ,Ella , Jiman , Samad dan Izzat.

" Alaa Anastasia, bagi sahaja lah Hakim baca diary tu. Share lah dengan kami! " Dean menyakat lagi.

Anastasia yang sudah tidak mampu menahan marahnya lagi kemudian berteriak ;

" DAH LAH KORANG! DIAM BOLEH TAK?!" - teriak Anastasia yang membuatkan seluruh kelas terdiam. Matanya hanya menjeling tajam ke arah Hakim yang hanya tersenyum sinis.

" Puas hati kau Hakim?!. Tengok semua gelakkan aku ?" - Anastasia berkata mendekatkan jaraknya dengan Hakim.

" Cakap dengan aku! Kau puas kan tengok aku macam ni!! "

Hakim hanya membuat muka blurnya yang famous dan menjawab ; " Tak. Aku tak puas. Sebab aku tak dapat nak baca semua yang tertulis dalam diary tu. Kalau aku baca semua mesti lagi best kan?"

Anastasia, mengenali dirinya yang tidak mampu menahan marah dengan bergitu lama , dia kemudian melakukan perkara yang bakal mendatangkan masalah kepadanya : Dengan pantas buku lima Anastasia terkena ke pipi Hakim.

Anastasia menumbuk Hakim. Kuat

Hakim kemudian terjatuh ke belakang sedikit. Hidungnya berdarah sedikit akibat tumbukan padu si Singa Anastasia. Hah jangan main- main. Hakim terkedu, dia tidak menjangka tumbukan itu akan datang daripada seorang gadis kecil seperti Anastasia. Sakit sial dia tumbuk, dia ni peninju ke apa ! - rengus Hakim di dalam hatinya.

Semua yang ada di dalam kelas juga tergamam. Mungkin tak percaya yang Anastasia boleh buat tumbukan setaraf dengan professional? Hey, ni Anna lah tak main lah patung Barbie lagi dah, kita main-main lah dengan punchbag.

Tiba tiba, Cikgu Maryam masuk ke kelas :

" APA BISING-BISING NI!! ? SAYA NAK MENGAJAR PUN SUSAH "- suara nyaringnya jelas kedengaran . Lalu anak matanya melihat Hakim yang terduduk dengan hidung yang berdarah.

" Semua......CAKAP DENGAN SAYA APA YANG JADI SEKARANG NI!! ?"

Lalu, semua mata hanya memandang Anastasia.

Anastasia hanya membuat muka tidak kisah- apa nak jadi, jadi lah asalkan aku dapat rosakkan muka handsome Hakim- gelak Anastasia dalam hati.

Hakim hanya memandang ke arah Anastasia yang hanya tersenyum sinis ke arahnya, tangannya digenggam kuat.

Kau memang lain Anastasia. Kau memang nak kena dengan aku. Kau tunggu sahaja lah.

§ ................................. .

" Kamu berdua akan buat kerja amal bersama sama sebagai hukuman selama seminggu. Bersihkan tingkap pejabat, taman sekolah dan pergi rumah anak - anak yatim untuk beri makanan yang sekolah taja dan sebagainya. Ada apa-apa bantahan ?" Cikgu Maryam berkata

Hakim dan Anastasia hanya menggeleng. Bukannya mereka berdua boleh membantah pun. Kerja amal untuk seminggu , apa je boleh jadi kan? Anastasia sudah penat untuk bermusuhan lagi. Rasanya sudah tiba masa untuk dia buat amal jariah. Tambahkan pahala, buat kerja yang berfaedah sikit. Heh

Hakim kemudian berada di bilik rawatan untuk merawat hidungnya yang berdarah. Nurse yang bertugas segera melakukan kerjanya- darah yang mengalir di hidung Hakim sudah tidak kelihatan. Cuma sakitnya masih ada lagi. Terdapat juga lebam yang besar di pipi kanan Hakim. Anastasia yang melihat keadaan Hakim timbul sedikit rasa bersalah.

Selesai sahaja nurse bertugas membuat rawatan keatas Hakim, Anastasia masuk ke dalam bilik Hakim ditempatkan. Bilik berwarna kelabu dan seakan - akan di hospital sebenar. Hakim berada dalam keadaan duduk di atas katil putih.

" Kau dah okay Hakim?-" Anastasia bersuara, walaupun dia tahu Hakim tidak okay pun. Haih Anastasia, soalan tu tak boleh pandai sikit ke ?

" Nampak macam aku okay ke cik Anastasia ? Sakit tahu tak kau tumbuk?! Ni bukan UFC main penumbuk ni. "-Hakim berkata sambil mengusap pipinya kesakitan.

Anastasia hanya tersengih; " Hehehe, aku memang macam tu. Aku tak boleh tahan marah sangat. Itu yang bila Angelina ejek aku- Ella selalu jauhkan aku dengan dia. Tapi tadi, Ella pun tak sangka aku akan tumbuk kau. "

Anastasia kemudian menundukkan kepalanya dan bermain-main dengan jari kelingkingnya . Tak dinafikan dia memang rasa bersalah sebab tumbuk Hakim dengan kuat.

" Ape -ape pun aku nak minta maaf sebab tumbuk kau tadi. Aku rasa bersalah, tapi......aku tak menyesal pun HAHAAHAH! " - Anastasia kemudian ketawa mengenangkan nasib jejaka yang berada di hadapannya ini. Hakim hanya menjeling.

" Kau ini Anastasia , minta maaf tu betul-betul lah. Nak aku saman ke ?" -

Setelah berhenti ketawa Anastasia menyambung bicaranya semula - " Okay, okay aku minta maaf . Aku betul betul minta maaf serius ni! "-

Namun Anastasia masih cuba menahan ketawanya. Bukan apa, muka Hakim ni muka orang sakit, lawak pun ada.

" Kalau kau tak minta maaf betul-betul. Kau tahulah apa aku nak buat "- Hakim berkata dengan nada yang serius.

" Okay. Saya, Anastasia Reyna binti Khairul Amin memohon maaf atas kesalahan saya. "- Anastasia kemudian berikrar dihadapan Hakim dengan nada tentera berkata-kata semasa memberi arahan.

" Kau ni Anastasia, kau bukan tentera .Aku tahu lah kau komander kadet polis. Minta maaf tu kena betul caranya. Kalau macam ini aku malas lah nak maafkan kau. Apa kata kita tak perlu cakap antara satu sama lain lagi aku rasa ada baiknya'" Hakim berkata secara serius .Anastasia cuba melihat wajah Hakim dengan lebih teliti - ingin lihat samada Hakim hanya bergurau atau tidak . Namun, Hakim tetap dengan wajah seriusnya.

Alamak, kalau dia tak nak cakap dengan aku macam mana aku nak hidup?! Tak ini tak boleh jadi. TIDAKK!

" Okay, Hakim aku minta maaf. Ada apa apa yang aku boleh buat untuk kau maafkan aku? "- Anastasia berkata sambil membuat muka comel. Kepalanya dilentokkan sedikit.

" Hmmmm, biar aku fikir "

Hakim kemudian mendapat idea lalu tersenyum ke arah Anastasia ;

" Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want "

 



a/n : Second update will come to you soon! Dont worry .:) COMMENT AND VOOTE OKAY.

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now