" OK. Sekarang ini apa yang penting kita kena cari Hakim. Dia ketua, jadi kita mesti jumpa dia dulu. Angelina dan Sarah diorang dah pergi ikut group lain jadi cuma tinggal kita berlima jelah " Jack berkata dengan nada yang serius." Tak sekarang ini aku nak tahu macam mana kita boleh sesat? Korang bertiga memang ikut kumpulan yang depan tu kan? Kenapa boleh sesat. Tak masuk akal betul lah " marah Anastasia kepada Jack. Tangannya dicekakkan ke pinggang. Gloria sudah boleh berjalan semula. Masih lagi sakit, namun sudah berkurang sedikit.
" Itulah yang aku pelik Anna, kitorang jalan jalan je, semua orang dah hilang. Aku rasa ada orang sabotaj segala clue yang ade dekat sini lah. Aku tengok kayu dekat bawah tanah tu tunjuk arah kanan aku pun pergilah kanan. Tak tahu pula macam ni jadinya "
Anastasia hanya mengeluh .Apalah nasib . Mindanya cuma fikir satu sahaja. Cari Hakim dan tumbuk dia sampai lunyai, goreng masak lemak cili api , then kunyah dia. Ni apahal dia pun nak hilang sekali? UGGHH
" Dah jom! Jalan je arah mana yang Hakim pergi . Nanti kita jumpalah dia ".- Anastasia mula mengarahkan kumpulannya berjalan. ----
---------
" HAKIM !!! WOI KAU DEKAT MANA? " Jack menjerit dengan suara garaunya untuk memanggil Hakim. Kelima-lima mereka, sedang berjalan ke jalan yang sama yang Hakim sudah lalu. Mereka masuk meredah hutan semata mata ingin mencari Hakim. Tidak tahulah ini tindakan berani ataupun bodoh, namun mereka tidak mahu meninggalkan Hakim seorang diri di dalam hutan belantara ini.
" Weh kita dah menjerit dekat satu jam aku rasa ini, tak nampak pun kelibat dia " Anastasia mula berkata, timbul sedikit perasaan risau terhadap Hakim
. Sikit jelah. Selebihnya rasa nak terajang si Hakim pun ada. 'ishh apehal pula lah dia hilang ini. kalau bukan sebab Jack suruh aku ikut sekali cari memang dah lama aku tinggalkan Hakim dalam hutan ini. Biar kena makan dengan harimau , lepas itu kawan dengan monyet ,akhir sekali jadi orang asli' -getus Anastasia di dalam hati. Semakin mereka berjalan, semakin banyak cabaran. Terdapat beberapa jalan yang licin dan banyak lumpur disekitarnya.
Namun, mereka harungi dengan mudah. Kaki Gloria semakin sakit, jadi mereka semua berehat di satu pohon rendang, Kawasan yang mereka duduk ini, tanahnya sedikit lapang. Jadi semuanya berbaring kerana kepenatan. Kelima lima mereka berbaring menelentang dan mendongakkan kepala mereka ke langit. Mujur pokok di sini tidak banyak, jadi mereka boleh melihat langit biru yang cantik .Hari sudah menjelang petang. Kemudian, Jiman memecahkan kesunyian ;" Korang, rasa rasanya kita dapat tak jumpa Hakim? Aku lapar lah "
"Mesti dapat jumpa punya lah Jiman, kuatkan sikit semangat tu " Gloria menyambung-
" Tak sangka kan kita sesat? "- Jack tersenyum sambil memandang ke langit. Cantik je awan . Macam girlfriendnya di dalam mimpi. Putih gebu. Ok Jack, toksah berangan.
" Mesti ada hikmah disebalik ini. Mesti ada " Hariz pun berkata. Baru sekarang dia bersuara, eleh dalam hati mesti takut nak redah hutan ini. Ayat penyedap hati je tu.
" Apa yang korang nak jadi bila dah habis belajar? " Anastastasia tiba tiba bertanya. Fikirannya mula memikirkan masa hadapan. Kelakar. Sesat dalam hutan pun sempat fikir pasal masa depan. Bukannya nak risau ke apa. Apabila difikirkan semula, Anastasia mahu menjadi photographer. Photographer yang boleh travel ke mana mana sahaja. Anastasia tidak kisah akan duit. Baginya, rezeki ada di mana mana. Mungkin dia boleh buat business buka bakery sendiri. Ya. Anastasia yang garang macam singa ini suka buat kek. Dia suka melihat ibu angkatnya membuat kek di dapur. Sekarang ini pun masih lagi di dalam proses belajar. Kemudian Jiman bersuara ;
"Hmmm..aku nak jadi tentera " -. Jack kemudian memalingkan wajahnya kearah Jiman lalu menggelengkan kepalanya.
" Serius ke Jiman? Keding keding macam ini nak jadi tentera? Memang kena reject awal awal lah"
![](https://img.wattpad.com/cover/60610721-288-k530524.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...