" Living in your dreams are more than enough "- m.a
Dua tahun kemudian
Anastasia berjalan longlai, terlalu penat. Assignment tidak habis-habis- tetapi nasib baik dia minat dalam bidang Photography ini. Dia menabahkan hati agar tidak kecundang dalam alam universiti ini. Dia juga beruntung kerana mendapat dormmate orang Malaysia. Perempuan yang boleh dikatakan seorang yang muslimah. Selalu mengingatkannya untuk solat.
Nora Hamid namanya. Seorang pelajar jurusan Psikologi.
Anastasia berjalan di laluan yang sunyi. Penghuninya ramai berparty -adat di mana mana sekolah di luar negara. Party itu sudah tentu perlu, untuk hilangkan stress katanya. Sedang Anastasia berjalan, badannya tiba tiba direntap oleh seseorang- yang menyebabkan Anastasia menjerit sedikit.
" Shh.. diam lah "- jejaka misteri itu berkata.
Anastasia meronta -ronta di dalam pegangan lelaki itu. Apa lagi dugaan ini? Badan dah lah penat, mental apatah lagi.
" Anastasia aku cakap jangan bergerak boleh tak? "- lelaki itu dengan pantas melepaskan genggaman dan berdiri dihadapan Anastasia- menampakkan wajahnya dengan lebih jelas.
Anastasia memerhati wajah tersebut. Wajah yang dikenalinya sejak kecil. -
Fazri. - Ketua geng nakal sekolah. Rambutnya yang dahulu sedikit panjang kini sudah tersisir rapi. Jacket kulit hitam yang dipakai menyerlahkan lagi kesegakannya.
" Apa..apa kau buat kat sini Fazri? "- tanya Anastasia yang masih tergamam.
" Aku? Aku datang ni sebab nak jaga kau. Nampak tak 3 lelaki berbadan tegap itu? Dua orang pakai T-Shirt hitam seorang lagi pakai sut hitam.." - Fazri berkata sambil menujukkan jari telunjuknya ke arah 3 orang lelaki yang amat mencurigakan
Anastasia hanya mengangguk. Sejak dia berjalan tadi dia tidak nampak, mungkin kerana kepenatan. Tidak endah apa yang berlaku di persekitaran.
" Kau tahu diorang tu siapa?- "
" Tak... apa yang kau cuba nak sampaikan ni Fazri? -"
" Kau percaya tak kalau aku cakap diorang semua Mafia ?-" Fazri bertanya dengan nada yang serius.
Mafia?! Serius lah? This is it- tempat aku dan Fazri bakal dikebumikan. Ya allah ampunkan dosaku ya allah.
Anastasia hanya mengangguk perlahan. Kekeliruan masih terpapar di wajahnya yang membuatkan Fazri untuk menyambung penerangannya.
".... well good. Sebab aku cuma nak selamatkan kau daripada diorang. Kau pun satu, kenapa jalan tak tengok depan? Kalau aku tak tarik kau tadi, memang dah lama kau kena culik dengan Mafia tu -" bebel Fazri kepada Anastasia.
Anastasia hanya tersenyum, apa yang dia lihat sekarang ini bukan seorang samseng sekolah, tetapi seorang lelaki yang kerisauan. Tak sangka dia dapat bertemu lagi dengan Fazri after 2 years
" Sorry lah Fazri. Aku cuma penat, ermm nak tanya.. macam mana kau boleh agak yang diorang tu Mafia? Mana tahu cuma orang biasa-biasa je"-
Fazru hanya tergelak kecil. " Anna..anna kalau orang biasa...they don't have a gun in their hands . Lagipun, universiti kita ini terpencil sedikit- so diorang sedang jaga kawasan diorang. Ouh lagi satu- nama mafia yang pakai sut itu Antonio Vergas . Just in case kalau kau nak search pasal dia."- jelas Fazri lalu mengenyitkan mata kepada Anastasia.
" Seriously Fazri? How come kau tahu banyak tentang Mafia ini? ... sekejap...... jangan kata.."
"..... aku masuk Mafia? Macam itu? " - Fazri menyambung kata-kata Anastasua. Dia mengeluh. Anastasia hanya tersengih.
" Sejahat-jahat aku pun , aku tiada lah sampai nak masuk geng Mafia ni. Kau jangan salah faham. Aku bukan stalk kau sampai dekat UK ni. Aku tengah praktikal sekarang. "-
" Praktikal apa?.."
" Praktikal jadi detektif. Sebab itu aku banyak tahu tentang mafia or something related to criminals. I read a lot. Hahaha "
Anak mata Anastasia bersinar- rakannya itu memilih hala tuju yang dia idamkan sejak kecil.
" Wahh! Tahniah!. Aku bangga dengan kau . I dont ever think you will be a detective! "-
" Eh biasa biasa je, dah lah jom kita pergi dari sini. Eemm.. late night coffee? . Aku belanja -"
" Takpe lah Fazri. Menyusahkan sahaja, aku penat sekarang ini dan nak tidur dekat bilik. Bye! Thanks sebab tolong.."- jelas Anastasia. Dia boleh lihat perubahan dalam diri Fazri . Fazri cuba untuk melupakannya setelah mereka keluar sekolah, mengambil hala tuju masing-masing.
Sama seperi usaha aku untuk lupakan Hakim - ujar Anastasia dalam hatinya
Fazri hanya mengangguk perlahan.
" Kalau macam itu takpe lah, kau rehat lah dulu. Ada masa free aku belanja kau caffaine kegemaran kau . Hot latte' kan? ."- senyum Fazri kepada Anastasia.
Entah mengapa Anastasia berasa sedih. Kelakuan Fazri hanya mengingatkan dirinya yang dahulu - sentiasa berharap Hakim akan menerima pelawaannya. Sentiasa tahu apa minuman kegemaran Hakim. Dan sekarang, dia berdiri di hadapan Fazri tiada apa apa perasaan istimewa selain berasa terharu dengannya.
Sebagai seorang kawan.
Mungkinkah perasaan ini yang Hakim rasakan dahulu. ? Kalau betul, aku memang menyedihkan. I am so pathetic. - getus Anastasia.
" Insya allah Fazri, nanti aku free kita keluar minum hot latte sama -sama ye .." -
" Okay thanks. Bye Anastasia! -" ujar Fazri sambil tangan kananya melambai Anastasia.
Anastasia hanya mengangguk dan memalingkan badannya untuk pergi ke biliknya. Mafia yang dilihat tadi sudah pun tiada. Belum sempat dia berjalan jauh- Fazri memanggilnya daripada belakang.
" Anastasia!.. "
Anastasia memalingkan wajahya ke arah Fazri. Menunggu apa yang ingin Fazri katakan.
"... emm kau lagi cantik bila kau pakai tudung.. " - Fazri berkata sambil melihat Anastasia yang bertudung litup itu. Scarf berwarna ungu cair menyerlahkan kecantikan Anastasia.
Selepas itu, Fazri segera beredar daripada situ. Meninggalkan Anastasia di hujung koridor. Anastasia hanya tersenyum kelat-
Alangkah indahnya kalau Hakim yang cakap macam tu...
The End
A/N .
Hey readers! New update!. Simple dan update yang ekspress. Hahaha
■ Comment! ♡ and Vote tau.Dan lagi satu.. Tak ini bukan pengakhirannya. SAYA akan buat SEQUEL! Means, cerita yang lebih lanjut tentang Hakim dan Anna akan ditulis dalam buku yang lain.
Jangan marah deh, tak molek hahaha
![](https://img.wattpad.com/cover/60610721-288-k530524.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...