Tapi kenapa.....?

5.3K 332 2
                                        

   
  
  Anastasia

  Pernah tak rasa malu sampai nak terbang ke zimbabwe and kawan dengan badak? Itu apa yang aku rasa sekarang ni, aku tertumpahkan ice blended coklat ke atas salah seorang pelanggan wanita yang berada di dalam cafe.  Not to mention, muka perempuan itu sekarang macam Hulk, marah bukan main. Aku sedang berdiri menghadap wanita tersebut dan..............

   " YOU! Jalan tu mata dekat lutut ke? Baju I ni mahal tahu tak? !"- tengking wanita tersebut.

" Erm...sorry cik saya tak sengaja serius!. Minta maaf sangat sangat ya cik" - aku kemudian meminta maaf berkali kali . Dah macam menghadap sultan beribu ribu ampun dah ni.

" You kena ganti balik baju I. You tak tahu ke I siapa?" -

Aku hanya mengerutkan dahi. Tak, aku tak kenal perempuan muka hodoh macam kau ni. Kalau muka macam Emma Watson nak tengking aku make sense juga lah. Ni muka macam Dato Sri Vida tu ,meluat woi

" Saya akan ganti baju cik ya, kawan saya boleh tolong bayarkan. Sekejap eh saya call dia "-  aku kemudian mengeluarkan iPhone daripada poket dan segera menelefon Hakim. Nak dia terlibat sekali. Hehehehew

"Hakim datang cafe cepat! Aku ada masalah ni! "

Kedengaran Hakim sedang menguap di hujung talian. Sempat lagi mamat ini tidur dalam kereta.

" Kau ni Annastasia, tak boleh ke satu hari takde masalah yang datang kat kau?" - hakim merungut.

" Sorryyy lah .Cepat datang sini! Aku malu gila sekarng .nanti perempuan ni serang aku tak pasal pasal sebab aku tumpahkan ice blended dekat atas baju mahal dia. " - 'aku cuba meyakinkan Hakim untuk datang sini. Kalau dia tak nak datang, aku seret juga dia masuk nanti.

" Yelah yelah. Kau untung dapat kawan macam aku ni ,sudi nak tolong. Tunggu sana , aku datang "

Setelah bebarapa minit, kelibat Hakim jelas kelihatan di dalam cafe. Ada banyak mata yang memandangnya dek kerana kekacakkan , Anastasia hanya merengus, eyy mamat ini fikir model nak jalan lambat lambat macam tu?

"Ermm, cik itu kawan saya, dia boleh gantikan baju cik yang mahal ni" -Anastasia melemparkan senyuman kelat kepada wanita Hulk tersebut.

Hakim hanya mengerutkan dahinya-
"Kenapa aku pula yang kena bayar and ganti balik? Kau lahh yang sepatutnya...." - belum sempat Hakim menghabiskan kata katanya, mulutnya diterkup oleh Anastasia. Kuat. Anastasia hanya memberi signal mata mengharapkan Hakim bekerjasama dengannya.
 
Hakim yang faham, kemudian berkata " Ouuhh "

Mata Hakim kemudian beralih kepada wanita tadi. Agak banyak juga ice blended yang ditumpahkan oleh Anastasia. Cuai betul minah ni.

" Cik, saya kawan Annastasia, saya akan ganti semula baju tersebut. Jangan marah marah, benda boleh settle. Saya minta maaf atas kesalahan kawan saya ini. Dia memang macam ni.Terencat and cuai sikit, dahlah cuai banyak makan pula tu. Dia ni memang kena ada orang jaga. Macam budak kecik. Saya baru tinggalkan dia sekejap ,dah jadi macam macam masalah. Sorry ya "-   
  
       Hakim cuba menenangkan wanita tersebut dengan taktik lelaki handsome yang sopan. Muka wanita tersebut daripada Hulk terus jadi muka ustazah pilihan. Ehh takkan lah dah cair. Anastasia hanya mengetap bibirnya menahan geram, memang kawkaw Hakim kenakan dia. Fikir dia terencat ke apa? .

" Kalau macam tu tidak apa lah, tak perlu ganti balik. Saya tak tahu pula kawan kamu ni ada masalah mental. Baju boleh dibeli, saya maafkan kamu. Saya pergi dulu ya " - wanita teesebut kemudian tersenyum dan bergegas keluar. Anastasia membuat muka terkejut. Memang sah lah kajian yang dibuat oleh psikologi, orang perempuan mudah memafkan lelaki yang handsome. Hakim pula hanya tersenyum sinis. 

" Itu lah cara nak pujuk orang, kena betul !" - hakim berkata lalu tergelak besar. Kelakar betul lah, tak sangka perempuan 30 an pun boleh cair.

Anastasia hanya mencebikkan bibirbya, mata menjeling Hakim.
" Dah lah aku nak keluar! . Bye "

" Ek eleh takkan dah koyak kot "

" Aku malu tahu tak? Ramai yang tengok tadi" -Anastasia merengus kegeraman.

" Itulah siapa suruh beli ice blended? Elok elok belajar addmath tadi "- Hakim menyakat.

" STOP! Aku tak nak dengar kau sebut perkataan addmath! "

" Ouh lupa lepas ni sambung belajar addmath ye "

" Diam lah sengal "- Anastasia kemudian menutup telinganya dengan kedua dua tangan. Mood nk belajar addmath dah hilang. Malas dah nak belajar

" Addmaaaathhhhsss !! "

" Hakiimmm! Diamlah !"

" Addmaths! "

"Sekali lagi kau cakap aku karate kau!"

"Ermmmm ....addmaths?"

Anastasia yang geram segera mengejar Hakim hingga ke parking lot.  Hakim hanya tergelak sahaja. Suka sangat menyakat Anastasia. Dua dua laju macam cheetah. Beberapa orang yang lalu lalang hanya melihat mereka dengan muka yang pelik. Sekarang ini Anastasia yang bertukar menjadi Hulk. Lantak pi orang nak kata apa. Janji malam ni kita makan lauk Hakim masak lemak cili padi.

--------

" Anastasia!. Hari ini cousin kamu si Gabriel dan Hamina tu nak datang. Kemas bilik kamu tu " -

  Anastasia mengeluh panjang. Dua orang sepupunya yang dia paling tak suka akan datang ke rumahnya. Arghhh kenapa diorang kena datang jugak????? Whyyy??..

Setelah beberapa jam mengemas bilik, bunyi loceng rumah jelas kedengaran. Menandakan dua orang devil  akan bermalam dirumahnya. Anastasia hanya mampu menangkan dirinya dan berdoa agar dia tidak membunuh siapa siapa yang ada di dalam rumah ini.

Pintu besar banglo itu kemudian dibuka dan menampakkan dua wajah yang amat dikenalinya.

Gabriel.-  Seoraang gadis yang mempunyai muka persis model majalah. Dia ini seorang perfectionist. Anastasia paling tidak suka Gabriel kerana dia mementingkan kesempurnaan.

Hamina - adik Gabriel. Jenis gila gila yang sama dengan Anastasia. Anastasia suka akan Hamina, cuma kadang kadang Hamina ini boleh jadi orang paling annoying di dunia.

" Hyee Anastasia! Lama tak jumpa "- Gabriel dan Hamina kemudian melambai tangan mereka sambil tersenyum mesra. Anastasia hanya tersenyum kelat.

This is gonna be a hell month !



Gadis Pencuri HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang