Kawan Gila Gila

6.5K 368 18
                                    

    
(Gambar diatas ialah Ella!)   

    Pernah tak rasa macam nak jadi mafia, nak bunuh orang yang kau benci? Aku tengah geram gila nak mati sekarang ini dengan dua orang sepupu syaitoon aku tu.Dahla makan pizza aku lepastu makan baskin robbins yang aku beli 3 hari lepas. . Belum cukup dengan tu, Gabriel ,si perfectionist suka pakai make-up aku tanpa izin. Aku tahu lah aku ni jarang bersolek, but at least minta lah izin nak pakai pun . Ini tidak, main terjah masuk bilik aku terus duduk dekat meja solek and pakai barang kosmetik aku. Sakit tahu tak hati ni!! uGHHHHHHHH .GO DIE GABRIEL!! -

Anastasia meramas kuat rambutnya tanda kegeramannya terhadap Gabriel dan Hamina. Memang sejak azali dia tidak suka akan kehadiran Gabriel dan Hamina. Si Gabriel tu dah lah suka menunjuk nunjuk. Perangai dekat sama dengan Angelina. Yang Hamina pula, perangai mengalahkan budak kecil. Anastasia dengan pantas mencapai iPhone nya dan mendial nombor rakan baiknya, Ella . Ini tak boleh jadi, aku kena keluar daripada rumah ni -getus Anastasia.

" ELLAAA!! WOI Aku nak sleepover dekat rumah kau boleh? Pleaseee. Aku tak boleh duduk sini. Selamatkan aku daripada malapetaka ni .Aku dah serik .Ella "- rintih Anastasia. Sengaja mahu menjadi sedikit dramatic.

" Anastasia kau ni dah kenapa, aku baru bangun tidur terus call macam ada zombie nak datang "- Ella berkata dengan nada yang malas. Almaklumlah baru bangun tidur- jam menunjukkan pukul 10 pagi. Ella memang jenis bangun lewat subuh entah kemana. Berbeza dengan Anastasia, kalau dah tersedar jam 5 , memang tak boleh dah nak tidur balik.

" Aku nak datang rumah kau boleh tak hari ni? Please. Gabriel dengan Hamina ada dekat rumah aku. Kau tahu tahu je lah diorang macam mana "
"Lah si Gabriella tu datang? Hahahah padan muka !"

" Ella! Janganlah main main."

" Okay okay, bila kau nak datang?"

"Sekarang. Masa ni, dalam lagi 5 saat aku dah ada depan rumah kau. "

" Uishh Anastasia, melebih lah tu. Aku gosok gigi pun belum. Tengah busuk ni.Petang lah sikit"

" Tak kira aku nak datang juga .Muktamad. Lagi satu, kau jemput lah orang lain datang. Gloria, Jack, Hariz and Hakim sekali. Aku fikir nak hangout dengan diorang dekat rumah kau. Rumah kau besar kan? Siap ada arcade lagi. Boleh lah kita buat project gila kat rumah kau "- Anastasia berkata sambil tersenyum kecil. Ella yang sudah cukup mengenali Anastasia juga tersenyum sinis.

" Project apa Anastasia huh ? Main pistol air? Prank? Atau.. nerf? "

" Shh....mana boleh bagitau. Rahsia tapi yang pasti, kita 'settlekan' Gabriel dulu. Amacam? "

" Aku okay je. Ape pun Anastasia kau nak aku jemput Hakim datang ke? Betul ke nii.... Nanti tak pasal pasal kau pengsan dengan kehenseman dia.HAHAHA. " -

" Kau ni Ella, cuba berfikiran jauh sikit. Aku nak Hakim datang ada guna nya okay. Lagipun dia pandai, dia boleh tolong ape ape nanti. Hah lagi satu. Kau simpan lagi tak bahan kimia penting dekat makmal belakang rumah kau tu? "

" Ada Anastasia, all the chemistry equipment ada dalam lab tu. Khas untuk kau yang suka buat eksperimen letup letup ni."

"YEZSSS! Aku sayaaanggg kau Ella. Aku nak masuk tau dalam lab tu. Kau tunggu je aku nak buat apa nanti. Welcome to Anatasia's Show! Hahaha" - gelak Anastasia. Dia tidak sabar menggunakan makmal kimia milik ayah Ella. Encik Emir seorang saintis kimia jadi dia memang ada makmal sendiri di luar rumahya.Agak jauh makmal itu daripada rumah. Yelah kan takut terbakar apa apa.nanti susah.

" Hahaha . Bukan Anastasia lah kan kalau tak buat kerja gila. Jangan kau letupkan rumah aku sudah "

" Rileks lah. So kawan, are you in or out ?"

" Anna ...anna kau kawan baik aku kan. Kalau kita meletop, kita meletop sama sama. Of course I'm in "

Anastasia kemudian hanya berpura pura ketawa jahat di hujung talian. Haihh , Anastasia dan drama memang tidak dapat dipisahkan.

------

" Woi! Anastasia, Hakim! Hati hati lah sikit. Kau nak makmal ni meletop ke ?!"

Heh. Memang itu lah tujuan budak kimia masuk makmal. Kalau tak meletop mana seronok, ye dok?

" Jimann, kau jangan jadi pengecut boleh tak . Ini baru sikit, haish "

Anastasia kemudian menyambung kerjanya bersama Hakim. Memandangkan bahan kimia tidak mencukupi, Hakim dan Anastasia membuat keputusan untuk melakukan eksperimen meletop yang lain. Hariz ditugaskan untuk memegang camera untuk merakam video.

" Hakim, kita guna nitrogen cecair nak tak? Kita masukkan nitrogen tu dalam botol besar and letakkan botol tu dalam air. High pressure antara air and nitrogen dalam botol tu boleh buatkan botol itu naik ke atas. Konsep dia macam roket tapi lain sikit lah . "

" Mana nak dapat nitrogen tu? Kau tahu kan nak dapatkan letupan besar kena banyak guna liquid nitrogen. "

" Kita guna nitrogen cecair yang ada dalam makmal ni . Takpe, guna je. Encik Emir tak kan marah punya lah. Dah banyak kali aku main letup-letup ni dekat makmal ni dengan dia. So yeah lets start working! "

  " Kau biar betul Anastasia, kalau Encik Emir marah kau yang kena jawab . Jangan nak salahkan aku pula"

" Betul lah Hakim! Kau tenang je. Dah aku nak pergi ambil liquid nitrogen tu. Kau buat apa yang patut"

-----

" 1........2.......3 !!! " - Anastasia, Hakim dan Ella kemudian membuat kiraan dan...

BOOOMMMM!!

BOOOMMMM!!

Bunyi letupan jelas kedengaran menandakan eksperimen yang dijalankan berjaya, wasap putih jelas terbentuk di udara -jam menunjukkan 2 petang. Hampir dua jam juga mereka di makmal ini. Jiman sudah berada di dapur -sedang makan spaghetti bolognese. Dia sendiri request dengan bibik dalam rumah tu. Hah jangan main main, orang gaji sekarang ni pun dah modern. Boleh masak macam macam. Western food, Medditerian hatta buat nasi arab pun pandai woo.

" Gloria, jom makan. Aku lapar ni . Jiman tu dah melantak dulu makanan. Mamat tu memang muka tak malu. Hahaha "- Ella berkata kepada Gloria.

" Ouh okay Ella, Hakim! Anastasia! Jom makan! -" jerit Gloria kepada kedua dua figura yang masih lagi sibuk dengan eksperimen kimianya. Daripada jauh, kedua dua mereka sudah kelihatan seperti saintis. Dengan kot putih dan cermin mata keselamatannya. Anastasia hanya membuat simbol thumbs up kepada Gloria.

" Nanti aku datang!! Aku nak kemas ni dulu. Korang pergilah makan dulu ya!" - Anastasia kemudian menjerit daripada jauh.

Ella yang melihatnya hanya tergelak Lalu menggelengkan kepalanya . 'Anastasia...anastasia. Kalau nak berdua-duaan dengan Hakim cakap ajelah  hadoii ..'



A/N : Hiii readers! Comment tau! Vote sekali. Yeah I know agak pendek, sebab yang ni akan ada part lain. Enjoy okay! I will update soon - Maisarah_

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now