----------> Gambar Anastasia di atas !
" Kau nak buat apa lagi ini Anastasia... "
" Shh....diam lah aku nak buat kerja ni "
" Maksud kau buat kerja , stalk Hakim tengah makan? Macam itu ? "
Anastasia hanya tersengih menampakkan giginya yang putih berseri, menandakan betul apa yang dikatakan oleh Ella, rakan karibnya itu. Selesai sahaja eksperimen tadi, mereka semua makan di ruang makan. Anastasia tidak makan kerana dia sudah kenyang. Kini dia berada di luar rumah sambil melihat permandangan Hakim yang sedang makan dengan gelojoh. Iphone yang ada dalam genggaman dipegang dengan rapi untuk mencari sudut yang cantik menangkap gambar Hakim . Anastasia pun tidak tahu mengapa dia berbuat sedemikian. Setelah mendapat ' shot ' yang cantik, Anastasia menangkap gambar Hakim yang mulutnya penuh dengan makanan. Tidak lupa juga, dia berjaya menangkap gambar Jiman yang kebetulan sedang menguap. Jack pula sedang bermain 'game' menggunakan handphonenya.
YES!!
' Aku memang ada bakat nak jadi paparazzi ni ' getus Anastasia kegembiraan. Idea nakal jelas terpapar di dalam minda Anastastasia Gambar gambar tersebut kemudian di save kan dan dihantar ke whatsapp group kelas ; Oh untuk pengetahuan, Hakim tidak ada di dalam whatsapp kelas so...
Amin : WEHHHHH KELAAKAR GILA GAMBAR JIMAN!
IZZAT : Jiman gay!! HAhahaha
Ogy : Alololo Hakim comelnya . Makan macam baby
ANASTASIA : Kan...comel je dia makan spaghetti tadi, :)
Samad : Eww Anna, jangan nak sweet sweet dekat sini. Aku gelii
JIMBIT : Anna hang ni pasai pa nak manis2 dgn Hakim. Awat ngan aku hang meluat? Aku masa makan handsome apa. Daripada tepi nampak macam Shah Rukh Han.
Ogy : Jimbit, kau daripada tepi langsung tak ade rupa Shah Rukh Han. Sedarlah sikit muka kau macam bangla sebelah rumah aku je.
ANASTASIA : Eh suka hati lah . :P Jimbit jeles lah tu Hakim lagi hensem
Jack : Amboii Anna dah pandai dah, Hakim kat depan aku ini,aku beritahu dia kang.
Anastasia kemudian mengalihkan pandangan daripada skrin telefon kepada Jack. Mereka bertentang mata dan Jack tersenyum sinis. Anastasia segera menggelengkan kepalanya. Tangannya membuat simbol ultraman tanda pangkah.
Anastasia : Nooo!! Jangan! Aku gurau je
Aliya : Bagitahu je dekat Hakim yang Anna suka dekat dia. HAHAHA
Samad : Nak aku tolong jugak tak Jack? Aku boleh buat banner besar2 yang ade tulis
" ANASTASIA SUKA HAKIM " hahahaha.
Jack : Ok jom guys, kita buat kempen ANASTASIA SUKA HAKIM dekat kelas .! hAHAHA
Anastasia : JACK kau jangan nak mengada ngada, aku cat motor kau kang baru kau tahu
Jack : Elelelele Anastasia dah malu.
--last seen 3.30 p.m-
" Kau post dekat group eh gambar tadi? Kelakar doh gambar Jiman, dengan hidungnya kembang .Spek mata besar, mulut tengah menguap " Ella berkata sambil menahan ketawanya,
" Jiman tu memang, dia buat muka apa pun kelakar "
" By the way Anna, bila kau nak melamar Hakim dekat kelas nanti ?" Ella berkata dengan nada menyakat.
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...