Superhero segera

5.7K 378 23
                                    

           
         Anastasia melepaskan rasa dahaganya dengan menikmati ice lemon tea di sebuah kantin sekolah. Hatinya masih berada di funfair , dia suka budak -budak. Tengok diorang main main. Walaupun ade lah juga budak perangai macam nauzubilllah tu tapi dia tetap suka bergaul dengan anak kecil. Loceng berbunyi menunjukkan habisnya masa rehat. Anastasia dan Ella kemudian bersama sama berjalan ke kelas. Namun mereka mahu pergi ke tandas terlebih dahulu. Tandas sekolah Blok B berada jauh dan agak terpinggir dengan laluan orang ramai, sedang dia berjalan , Anastasia terlihat beberapa orang pelajar sedang lepak di koridor sepanjang jalan.

" Ella, itu bukan ke Geng Fazri? Samseng sekolah yang masih lagi tak insaf insaf.?" Anastasia kemudian bertanya kepada rakannya, Ella.

Geng Fazri. Hah tak perlu cakap lah, setiap sekolah memang akan ada golongan dan puak puak yang bajet hot dan vandalisme. Nakal dan suka mengacau perempuan. Geng Fazri inilah contoh terbaik golongan golongan nakal. Lainlah kalau kau sekolah agama ke kan semua muka suci je tak pecah macam budak budak dalam Geng Fazri ini.

" Yelah Anastasia!, Kau nak lalu ke koridor ini? Aku takut lah weh, diorang tu nakal bukan nakal biasa biasa. Nanti apa apa jadi susah lah" - Ella berkata sambil memicit micit perutnya. Dia yang mahu pergi ke tandas tadi. Sakit perut katanya.

" Kau boleh tahan lagi tak Ella? Aku tengok muka kau ni dalam masa sesaat je dah boleh terkeluar dah 'benda' tu.HAHAHA !!"

" Ishh kau ni Anastasia!. Aku tak boleh tahan tahu tak. Redah je lah jalan depan mamat samseng tu. Kau pandai karate kan?"

Anastasia hanya tersenyum sinis, kalau bab berlawan ni dia memang suka.

" Takpe Ella, kalau diorang kacau kau. Aku karate and smackdown diorang. KAU jangan risau aku ada"

" Habis kalau kau yang kena kacau ? Aku boleh buat ape je. Tampar nyamuk pun tak pernah dapat inikan nak tampar lelaki macam diorang ? Hmph.." Ella kemudian mencebikkan bibirnya.

"Kalau aku yang kena kacau
.....kau kentutlah dekat diorang bagi semua pengsan! HAHAHA!!" -Anastasia kemudian ketawa . Masa macam ini pun boleh main main lagi.

"Anastasiaaaa!! Jangan main main boleh tak!"

"Ye ye ok. Jom pergi kita lari! .Dalam kiraan Satu..

Dua

Tiga !! "

    Anastasia dan Ella kemudian berlari memecut kehadapan hingga hampir dengan tempat geng geng nakal melepak. Sedang Anastasia berlari seorang lelaki cuba menghalangnya daripada terus kehadapan dengan menjulurkan kakinya ke hadapan hingga kaki Anastasia tersepak kepada kaki lelaki tersebut yang membuatkan Anastasia tersadung.

Semua ahli didalam geng itu terus ketawakan Anastasia.

"Penolong ketua pengawas jatuh lah korang tak nak tolong ke? HAHAHA! "

" ni ke Anastasia yang gedik tu? Kenapa tak pernah couple dengan aku doh?" -

" Sebab kau muka katak, tengok aku ini. Hensem , ramai je yang nak date dengan aku"

Anastasia kemudian bangun, Ella pula membantu Anastasi yang cuba untuk berdiri. Kakinya terseliuh. Aduhh kaki dah terseliuh macam mana nak terajang diorang semua ni!! . -rungut Anastasia

Tiba tiba seorang lelaki berjalan ke arah Anastasia dan berdiri di hadapannya. Anastasia kemudian mendongak dan matanya bertemu dengan mata seseorang yang dia kenali sejak kecil.

Fazri Aiman.

" Kau tak apa apa Anastasia?" Ape korang ini?!! Janganlah gelak dekat dia. Siapa yang buat dia macam ini? .Kenapa diam? CEPAT MENGAKU!"

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now