Apehal sweet sweet ni? eyy

6K 365 12
                                    


" Tangkap lah ikan tu betul2 ,Annastasia "

" Kau expect aku boleh tangkap ikan guna tangan? Fikir ni zaman neolitik ke apa. Bukannya nak bagi aku lembing ke, alat memancing ke. Ni tidak ,terus suruh aku tangkap guna tangan. Nasib baiklah kau yang tolong aku semalam, kalau tak -aku tak terhutang budi dekat kau tau Hakim "

" Kau ni kerja kau merungut je kan, cuba lah senyum pagi pagi ni"

" Well kalau kau tak perasan lagilah, kita sesat tahu tak sekarang ni? Kalau tak jumpa jalan keluar camana?" ade ke patut suruh aku senyum?- Anastasia hanya mengeluh. Dirinya digagahkan untuk menangkap lagi ikan menggunakan tangan. Habis basah baju dan seluarnya.

Hakim yang melihat Anastasia terkedek kedek menangkap ikan itu hanya menggelengkan kepalanya. Macam ni lah jadinya bila orang bandar buat kerja kampung.

"Kau jangan pergi dekat sangat dengan ikan tu. Memang lah dia lari. Jangan banyak sangat kocak kan air tu, datang datang terus terkam ikan tu. Jangan lambat lambat" Hakim memberi sedikit tips kepada Annastasia yang gayanya macam nak terkam orang.

Hakim kemudian menangkap ikan tersebut dengan mudah menggunakan tangan. Anastasia yang melihatnya hanya mampu tergamam. Aishh tak boleh jadi ni...

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Annastasia berjaya menangkap seekor ikan .Dah macam mak nenek dah tengok Anastasia ni. Dengan rambutnya yang serabai dan mukanya yang tak mandi terlompat lompat apabila berjaya menangkap ikan di dalam sungai yang cetek itu.

" Woi,woi Anastasia jangan jakun sangat, nanti terlepas ikan tu daripada tangan kau. Kempunan pula kau nanti tak dapat makan" Hakim cuba menenangkan Anastasia yang serupa budak kecil itu

Hakim hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Mood baik sikit hari ni. Anastasia yang melihat Hakim itu turut tersenyum, bukan senang weh nak tengok abang hot depan ni senyum. Ikan yang dipegangnya tadi kemudian diletakkan di dalam topi milik Anastasia. Satu idea menyinggah benak fikiran Anastasia sekarang ini.

Apa kata kita main main sikit nak tak?

Anastasia berjalan perlahan lahan ke arah Hakim yang sibuk menyambung semula menangkap ikan . Dengan perlahan dia menundukk sedikit dan..

SPLASSHHH !!

Anastasia kemudian memercikkan air sungai itu ke arah Hakim. Baju Hakim sedikit basah terkena air. Bukan sekali malah berkali kali, dia memercikkan air tersebut dengan tangannya.

"WOI! Habis basah baju aku ini, kau dah kenapa?" -marah Hakim kepada Anastasia sambil berlari menjauhi gadis yang kurang siuman itu.

" Ni sebab kau selalu buli aku! "

" Jadi kau nak balas dendam lah? Fikir aku takut? Setakat percik air ni apelah sangat! " Hakim membalas semula kepada kata kata Anastasia.

" Aku. Benci. Kau!" teriak Anastasia kepada Hakim. Mungkin satu hutan ni boleh dengar suara akak komander ini. Mungkin lah

" Apehal kau tiba tiba nak emo ni? .Kau nak main sekali ? Fine. ambik ni".
Hakim yang geram itu terus memercikkan air dengan lebih banyak kepada Anastasia.

Maka adegan lawan lawan air pun bermula. Cuma nya ini bukan percik air versi manja manja ,gurau gurau tu ini versi macam nak perang dunia ke ketiga dah. Dengan bajunya yang basah, pasir yg ada di dalam sungai itu diambil dan dibaling. Sampai satu masa pasir tersebut terkena tepat ke muka Hakim

" HAHAHAHA. BINGO KAU DAH TERKENA! Itulah kau jgn main main dengan aku . Kau--" belum sempat Anastasia menghabiskan kata katanya. Satu balingan tepat terkena dahinya.Habis rambutnya juga terkena pasir. Hakim apa lagi ,tergelak besar lah dia.

" HAKIMMMM !! UGH .TUNGGU JELAH AKU BUNUH KAU NANTI" - marah Anastasia kepada Hakim.

Oupsss.

Tanpa berlengah, Hakim terus lari ke tapak kem mereka sambil dikejar oleh Anastasia. Tak sangka dia dikejar oleh perempuan, kalau selama ini dia dikejar semata mata oleh perempuan yg fanatic terhadapnya, kali ini dia dikejar oleh langsuir separuh manusia.

" Jiman!! Tolong aku, ada langsuir kejar aku ni" Hakim meminta tolong kepada Jiman.

" OPAH KAU LANGSUIR! aku dah kata hutan ini berhantu! Semua! lari cepat, selamatkan diri. Gloria jom lari dengan aku-"

" Mana langsuir nya?" Gloria bertanya sambil menahan ketawanya.

" Tu, yang tengah kejar Hakim. Nasib baik aku tak hensem sangat .Kalau tak dah lama kena kejar. HAHAHAA" --kata Jiman walaupu hatinya menangis sebab rupa nya yang persis seperti monyet.

Jack yang melihat adegan itu hanya membuat muka blur, begitu juga Hariz. Mereka hanya menikmati ikan yang sudah pun masak itu sambil Hakim dan Anastasia berlari mengelilingi mereka.

" Dah dah lah tu korang berdua. Jangan sweet sweet depan kitorang boleh tak? Ni bukan cerita bollywood nak main kejar kejar " Jack kemudian menyakat dua orang manusia yang saling kejar mengejar itu.

Anastasia dan Hakim yang kepenatan kemudian berhenti dan jatuh ke tanah pada masa yang sama. Masing masing cuma bernafas dengan normal. Hakim kemudian menoleh kepalanya ke arah Annastasia dan mata mereka bertemu. Mereka diam sebentar entah mengapa mereka berdua terasa mahu tergelak. Kelakar apabila memikirkan mereka sanggup berkejaran semata mata benda yang remeh remeh. Anastasua cuba menahan ketawanya namun tewas. Kedua dua mereka galak ketawa. Jiman hanya memandang pelik,

Ni dah kenapa, tadi gaduh lepas itu gelak sama sama. Sah, diorang dua ni memang dah gila.

" Weh, Jack aku dah seram sejuk ni dah lah dalam hutan ini. Hakim dengan Anna pula tergelak gelak. " Jiman menyuarakan ketakutannya kepada Jack.

Selesai mereka ketawa, semua kembali menjadi normal. Terasa janggal pun ada. Hakim hanya diam, pipinya semakin kemerah merahan.

Jiman yang melihat Hakim hanya tergelak kecil-;

Tak,sekarang ini memang mata aku je ke yang nampak Hakim blushing?

Heh.


A/N: keep reading dan comment ye. Thankss!

Gadis Pencuri HatiWhere stories live. Discover now