Wish we could turn back time
To the good old days
When our mama says us to sleep but now we stressed out
- Twenty One pilot "
Hampir sebulan, pelajar tingkatan 5 SMK Sri Menunggu menduduki SPM. Paper yang terakhir sudah pun tamat. Semua pelajar boleh dikatakan merdeka. Ada yang tersenyum, ada yang hampa ( mungkin sebab tak jawab betul-betul). Tetapi majoriti menarik nafas lega usai sahaja peperiksaan tamat. Begitu juga dengan Anastasia. Bebas rasanya bila sudah habis exam.Anak mata Anastasia secara spontan terlihat Hakim sedang berbual dengan Jack dan Hariz. Mereka saling bersalaman dan bergelak ketawa sesama mereka. Sudah sebulan juga Anastasia tidak bercakap dengan Hakim. Tak call, tak bertegur. Tuhan sahaja tahu betapa seksanya menahan perasaan ini. Tipu lah dia katakan yang dia sudah tidak suka kan Hakim. Dilihatnya sahaja jejaka yanh berjaya menarik hatinya tanpa dia sedari.
" Anna, dah dah la tengok si Hakim itu, bukannya kau boleh tegur dia pun. Asalkan aku suruh tegur dia, kau nak lari . Ni pula termenung macam orang baru putus cinta. Kita dah habis exam kan. Happy lah sikit! "- Ella mencelah dan berdiri disebelah Anastasia. Kawannya itu macam selalu tidak bertenaga bila terserempak dengan Hakim.
" Aku tahu. Aku pun tak tahu kenapa aku selalu tengok dia "
".... sebab kau suka dia lah. Haih susah betulkan bila suka orang ini. "- Ella menggelengkan kepalanya.
Anastasia hanya mengangguk. Sebenarnya dia tidak terasa sangat, akan apa yang Hakim katakan di funfair tempoh hari. Dia cuma rasa sedih bila tak dapat cakap dengan Hakim... macam biasa. Asalkan nak cakap je hati ini berdegup kencang, siptom siptom orang jatuh cinta. Heh
"Dah lah, jom Anastasia kita release stress. Pergi karaoake ke, travel ke. Aku ada plan yang menarik "- jelas Ella, dengan harapan Anastasia dapat lupakan segala apa yang difikirkannya.
Anastasia tersenyum kelat- " Apa dia rancangan kau Ella? "-
" Kita hangout! Girls Day! Yahoo "-
" Hahaha, okay Ella. Aku join .Siapa lagi kau cadang nak join hangout ini?"
" Of course lah Gloria and Ogy . Kau kena luahkan Anastasia segala permasalahan kau ni. Kalau pendam bahaya. Silap hari bulan kau simpan dendam dekat Hakim pula sebab dia tak terima cinta kau. Mana boleh macam itu "- nasihat Ella kepada Anastasia. Apa guna kawan tapi tak boleh menasihati dan mendengar kan?
" Terima kasih Ella sebab sabar dengan aku selama ini. Aku nakal, kau tetap setia. Aku marah, merajuk kau still dapat tahan dengan aku. Salute gila dekat kau "- Anastasia berkata dan tertawa kecil.
Dia dan Ella mungkin bukan salah satu ' friendship goals ' yang happy sentiasa. Ada suka ada duka- friendship goals ni bila ada orang yang sudi dengar masalah kau, tak memaksa kau dan sentiasa ceriakan hari kau. dan Anastasia sentiasa mengetahui, Ella lah rakannya yang setia.
----------★♡☆
" MENGAPA HATI INI! KU JUGA BERSIMPATI! Hancurnya harapan ku! Maafkan sayyaaaaangg!! " -
Anastasia dengan sepenuh jiwa dan raga menyanyikan lagu Memori Berkasih sambil air mata tidak putus putus mengalir. Ogy dan Gloria hanya melihat Anastasia dan Ella menyanyi macam nak keluar anak tekak. Anastasia menangis, Ella pun menangis sekali. Haih ni namanya kawan baik- adik beradik tak sama ibu.
" .......PERGILAHH...SAYANGG!! " Ella dan Anastasia menyanyi serentak. Gloria dan Ogy hanya mampu menutup telinga . Haih memang parah betul si Anastasia ini.
" Anastasia, kau dah okay ke belum?" - Ogy bertanya. Rasa nak tergelak pun ada tengok si Anna ini, dengan rambutnya serabai. Nasib baik Anna jenis yang tidak pakai make-up kalau tak dah lama makeup tu cair sebab banyak sangat menangis.
![](https://img.wattpad.com/cover/60610721-288-k530524.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...