</ Isnin />
Anastasia
Mengharapkan Hakim belanja ais krim macam tunggu Anuar Zain kahwin. Entah bila dia nak belanja, alah setakat ais krim lima puluh sen tu takkan tak mampu? Aku bukan minta banyak sangat pun.
" Anastasia!" Hakim menjerit daripada tempat pak cik ais krim dan motornya. Aikk tadi dia takde pun dekat motor pakcik ais krim tu,mamat ni bomoh agaknya.
Hakim kemudian berjalan ke arah Anastasia dengan dua cup ais krim choclate kegemaran Anastasia. Memandangkan mereka berdua baru sahaja selesai aktiviti kokurikulum selepas sekolah, jadi tidak ramai yang melihat mereka berdua. Kebanyakannya junior, ramai murid sudah balik maklumlah dah jam 6 petang.
Anastasia duduk di atas bangku yang disediakan di stesen bas. Menunggu Pak Daud ,drivernya untuk pulang ke rumah. Sekarang ini mungkin agak lambat untuk menjemput Anastasia kerana 'jam' jalan raya sesak kerana waktu puncak begini orang ramai pulang daripada kerja. Hakim kemudian duduk dan memberi ais krim tersebut kepada Anastasia
"Ingat lagi hutang kau dekat aku,fikir dah lupa"
" Almaklumlah aku ini busy." Hakim kemudian meramas rambutnya ke belakang. Heh fikir handsome?
Okay memang handsome pun
" Aku tunggu kau belanja dekat dua minggu! Berjanggut tahu aku tunggu. Hah nampak janggut ni? Macam santa claus dah" gurau Anatasia. Entah mengapa dia selesa bergaul dengan Hakim yang sekarang ini. Tak buat muka serius, senyum je selalu. Tetapi dia tahu Hakim tidak akan jadi mood sebaik ini jika tiada apa yang terjadi.
" Ini aku tengok mood kau baik je hari ni. Ade apa apa ke? "
" Nampak sangat eh?"
" Kau nampak macam baru dapat baby! Gembira bukan main"
Hakim kemudian menudukkan kepalanya kebawah, tangannya diurutkan kebelakang tengkuknya. Dia teragak agak untuk memberitahu Anastasia.
" Err.. tiada apa pun, ayah aku baru balik daripada Switzerland. Aku happy sebab itulah. Jarang nak jumpa dia" -Hakim berkata. Di dalam kegembiraannya itu juga terdapat kekosongan di dalam matanya. Anastasia tahu Hakim mengharapkan sesuatu daripada ayahnya, cuma dia tidak pasti apakah ia.
" Baguslah itu! Mesti kau happy gila kan? Kalau aku pun aku peluk ayah aku kuat kuat sampai dia tercekik lepas itu aku kurung dia dalam rumah -berborak je dengan dia ,gurau dengan dia, masakkan untuk dia--"
"Anastasia kau tak apa apa ke?" Hakim bertanya. Ais krim di tangan Anastasia tidak dihabiskan pun. Anastasia hanya mengangguk. Mesti seronokkan ada ayah? Ada ibu. Anastasia mula menjadi emosional
Aduh Anastasia sensitifnya kau. Cuba hati itu sado sikit
Hakim yang melihat Anastasia termenung itu kemudian memetikkan jarinya dihadapan Anastasia. Kebetulan, bunyi hon Pak Daud juga kedengaran. Anastasia kemudian tersedar akan lamunannya bingkas bangun. Air matanya mengalir tanpa dia sedari. Dia segera mengesat air matanya.
" Hakim, thanks for your treat" Anastasia mengucapkan terima kasih kepada Hakim namun matanya tidak memandang wajah Hakim.
Anastasia bergegas menuju ke arah kereta Pak Daud. Meninggalkan Hakim yang kekeliruan .
Aku yakin tadi aku nampak dia menangis. Tapi kenapa?
========
/> Selasa>/
" Annastasia, siap cepat hari ni kita nak dinner dengan Datuk Zaiful, business partner papa. Pakai cantik cantik, mama nak tengok Anna pakai baju daripada butik Datin Farah,.Pakai dress anglaise putih tu. " - Mama Diana, atau Puan Diana memberitahu anak angkatnya Annastasia untuk segera bersiap.
Anastasia hanya tersenyum, dia bersyukur dapat keluarga angkat yang baik. Tidak terlalu kaya, tidak juga miskin. Cuma satu sahaja yang dia kurang suka tentang Mama Diana-dia akan jadi cerewet kalau bab fashion. Hampir semua baju Anastasia dipilih oleh Mama Diana.Bayangkan! Tapi nasib baik yang dipilih itu semua cantik-cantik.
" Alahh tak nak pakai baju tu! Seksi lah Mama nampak belakang badan tahu!"
" Kalau macam itu, pakai dress Aflona merah tu. Dress tu betul betul bawah lutut."
" Mama..dress tu tak cantik .Tak selesa pula itu banyak sangat manik!. Annastasia pakai baju kurung boleh?'
" Memang Anna suka pakai baju kurung ke? Habis Mama belikan dress banyak banyak Anna jarang pakai pun"
" Sorry mama, bukan apa Mama pun tahu Anna tak suka pakai dress
Kalau baju kurung tu okay lah""Hmmm...ikut suka hati Anna lah. Mama siap dulu" .
Yes!
Akhirnya tak perlu pakai dress hari ini!. Kalau tak terpaksa lah Anastasia control ayu sedangkan perangainya sedikit tomboy.
" ANNA! Pakai baju kurung Stephan Jo!! Jangan pakai yang lain."
Anastasia hanya tergelak-" Okay Mama!! "
Haishh mama..mama
Restoran De luxe Gailao-
"Papa, mana Datuk Zaifulnya..kita je semangat datang awal."
" Rilex lah, Datuk tu baru balik daripada luar negara. Nanti dia sampai lah". - Encik Khairul berkata kepada Anastasia.
" Pa, Datin Farah kata dia dah sampai, dia call mama tadi"- Puan Diana berkata.
Kemudian selepas beberapa minit,kelibat Datuk Zaiful jelas kelihatan. Dibelakangnya diikuti oleh Datin Farah dan seorang wanita persis model majalah dan seorang lelaki bertuxedo hitam.....
Sekejap tu bukan ke, Hakim!
"Mama! , mama tak beritahu Anna pun dia ada anak lelaki!" Annastasia berbisik kepada Mamanya .Aduhh kenapa mesti dia? Hakim Zachary.?
Anastasia kemudian memandang seluruh keluarga Hakim dan matanya terpaut dengan mata Hakim. Hakim kelihatan terkejut namun cepat cepat dia kembali normal.
Datuk Zaiful dan Encik Khairul bersalaman, begitu juga dengan Mama Diana dan Datin Farah.
" Datin, perkenalkan ni anak saya Annastasia. "
Annastasia kemudian menyalam tangan Datin Farah yang bertudung litup Fareeda itu. Air mukanya tenang sahaja begitu juga Datuk Zaiful.
"Ouh, ni anak saya Hakim .Kamu berdua satu sekolah kan? Kenal antara satu sama lain tak?"
Anastasia hanya menggeleng begitu juga Hakim.
" Kalau macam itu, berkenalan lah. Cantik anak kau Diana" -Datin Farah bergurau mesra
" Eh biasa biasa je lah Datin".
Hakim dan Anastasia kemudian merapatkan jarak. Mata mereka bertemu untuk sekian kalinya dan mula memperkenalkan diri.
" Nama saya Hakim. The most handsome guy in the school . Nice to meet you, Anastasia"" Well Hakim, saya Anastasia. Gadis yang paling cantik di sekolah. Gembira berjumpa dengan awak juga"
Masing masing hanya tersenyum sinis. Nak tergelak pun ada.Acah tak kenal konon.
Ape ape pun, itu semua poyo!
A/n
Hah amacam? Okay tak. Comment tau! Vote for sure. Enjoy your day okay!
YOU ARE READING
Gadis Pencuri Hati
Romance"Aku nak kau keluar dengan aku, jadi PA aku untuk dua hari. Two days is all I want " Anastasia Rey - Playgirl sekolah tapi seorang yg genius ,selalu dapat ranking Top 3 dalam tingkatan. Dia ni selalu permainkan lelaki dengan wajahnya yang jelita. Na...