Aku terlepas apa tadi?

5.4K 337 7
                                        


 
   " Anastasia, kau okay tak?"

" Aku okay je lah Hakim, ini Anastasia lah setakat benda kecil ni boleh settle . Tiada masalah punya " - Anastasia kemudian duduk di atas bangku berhadapan bilik disiplin. Walaupun dia cuba untuk bertenang namun dalam diam dia masih takut. Dia mungkin akan rasa lebih gementar sekiranya dia terserempak dengan Fazri pada masa yang akan datang. Ella masih lagi berada di dalam tandas. Jangan pelik, minah tu makan tak ingat dunia semalam macamtu lah jadinya. Dekat 1 jam lebih dalam tandas . Mereput dah menunggunya.

  Hakim kemudian membuat muka serius. Tiada apa apa reaksi pada wajahnya, menampakkan muka serius nya yang famous. Anastasia hanya memerhati gelagat Hakim yang sedang menguruskan hal Fazri. Muka dia macam muka komando perang ,serius memanjang. Tapi yang hairan, serius serius pun boleh jadi handsome  juga eh?

Aipp Anastasiaaa, dah pandai eh

Hakim yang tadi berdiri kemudian duduk disebelah Anastasia,mukanya kelihatan bengis seperti ingin marah -

" Kau kata boleh settle semua ni? Aku tahu kau tak okay Anastasia, macam mana kalau aku tak terserempak dengan kau tadi? Macam mana kalau aku tak sempat nak selamatkan kau? Benda macam macam boleh jadi Anna, kau kena lebih hati hati. Kau cantik, semua lelaki nak dekat kau. Kau tak boleh lah nak rapat sangat dengan ramai lelaki --"

Hakim kemudian menghaburkan kata katanya dengan nada yang risau

Anastasia yang mendengar Hakim memerahinya hanya menundukkan kepala seperti anak kecil yang dimarahi bapanya.

" Alaa Hakim, kalau bukan sebab kaki aku ni sakit memang dah lama aku karate diorang tau! "

" Tapi kau kena lah hati hati, tu pun nak kena cakap macam budak kecik ke? Kaki mana sakit? " Hakim bertanya.

" Kaki kiri, sekarang dah kurang sikit"

" Pergi bilik rawatan, aku nak uruskan hal ni selepas itu balik kelas, cakap dengan cikgu aku dekat bilik disiplin" - kata Hakim dengan nada tegas, dia bingkas bangun daripada kerusi dan menyuruh Anastasia segera pergi ke bilik rawatan.

" Sekejap Hakim, Ella belum keluar lagi dari tandas- aku kena tunggu dia! Nanti dia marah aku pula ".

Hakim hanya mengerutkan keningnya-  " Kawan kau tu bertapa dalam tandas ke apa?"

" Dia cirit birit, tu yang lama dalam tandas. Aku tunggu dia lah, ada peneman. Kau pergi lah buat kerja , aku pergi tandas dulu "

" Habis, kaki kau tu okay ke tak?"

" Okay je aku boleh jalan dah sikit. Thanks Hakim, for helping me." -Anaatasia kemudian melemparkan senyuman yang ikhlas kepada Hakim. Bukan senyuman gatal,sinis ke, kerek ke. Senyuman yang berterima kasih kepada Hakim sebab dah menolong dia dan jadi supeehero segera. Hakim hanya mengangguk dan berlalu pergi, senyuman Anastasia masih tidak lekang daripada bibirnya. Dia masih senyum melihat Hakim masuk ke bilik disiplin. 

       Hatinya sedikit berbunga atas keprihatinan Hakim, namun dia tahu ia cuma prihatin terhadap seorang sahabat. Anastasia mengeluh ringan. Sungguh tinggi harapannya mengharapkan Hakim mempunyai perasaan istimewa terhadapnya. Dia masih tidak pasti akan sesuatu perkara, namun apa yang Anastasia pasti -;  Dia suka apabila Hakim berbual dengannya. Tidak kisahlah sama ada Hakim melayannya atau tidak. Dia tidak peduli. Mungkinkah itu yang dinamakan crush?

Anastasia hanya tergelak. Boleh naik gila apabila memikirkannya banyak kali. Dah, masa untuk menjemput Ella di tempat bertapanya. GO! Anastasia!

  

" Lama gila kau berak Ella oiiii "

" Sorry lah aku salah makan kot"

" Cepat, jom balik kelas! Aku ada cerita hot nak cakap dengan kau! "

" Apa yang aku terlepas tadi? Cer citer cer citer "

" Nanti, dah jomlah minah senget. Jalan terkedek kedek. Fikir kau model? "

" Eleh jeleshh lah tu aku catwalk lagi baik daripada kau! "

" Whatever , jom jemah kita balik kelas! "

" Yeah, hidup che Kiah!! "

Lalu Jemah dan Kiah berjalan bersama sama, seorang berjalan terjingkit jingkit seorang berjalan sambil memicit perut. Hah kena sangat lah tu

#######

    

     " Masukkan x dalam y, lepastu kau buat persamaan ketiga. Jangan careless topic ni, topic ini senang je. Woi Anastasia, kau dengar tak? "- Hakim segera menegur Anastasia yang mengantuk apabila sedang diajar Addmath oleh Hakim. Minah ni kata nak belajar dengan aku, alih alih dia tertidur. Apa masalah dia sebenarnya? -rungut Hakim.

" Tahu, dah lah . Otak aku dah tepu tak boleh masuk. Kita skipp jelah kelas intensif hari ni eh " -

" Haritu kau bukan main nak aku ajar, sekarang ni tiba tiba kau minta aku berhenti. Buang masa aku jelah "

" Jangan marah aku Hakim, aku jenis tak boleh belajar continously straight 2 jam. Aku boleh meletop!. Nanti sambung lah balik. Boleh tak kita pergi Cafe Rosia dekat depan ni? Aku teringin nak minum ice blended" -Anastasia berkata sambil tersengih sengih. Hari ini Hakim mengajarnya subjek Addmath di rumahnya. Mereka berada di meja makan sambil membuat kerja sekolah dan belajar bersama sama. Kesudian Hakim datang pun disebabkan Anastasia memberitahu ibunya untuk memaklumkan Datin Farah yang dia mahu Hakim mengajarnya. Sebab tulah Hakim datang.  Kena paksa dengan mak.

" Kau pergilah cafe tu sendiri apa pula aku?

" Alahhh kau kata aku kena hati hati, kau kan lelaki apa apa jadi nanti kau boleh sepak orang jahat. Pleasee ....teman aku " - Anatasia membuat muka sambil menggenggam tangannya -merayu kepada Hakim untuk membelaanjanya ice blended. ..
" Kau ni annoying tahu tak? Nasib baik aku pandai bawa kereta tak payah nak bonceng naik motor dengan kau . Dah jom, malas aku nak layan dah lepas ni "- Hakim bingkas bangun dan berjalan keluar daripada rumah banglo milik keluarga Anastasia.

Ek eleh, malas nak layan tapi teman jugak hahaha

  " Yeayy !! Kau belanja aku kan Hakim?! "

"Kau fikir aku mesin ATM? Cepat masuk kereta ni.  - "

Anastasia hanya tersenyum- " Tak nak buka kan pintu untuk aku ke? Tak gentleman langsung "

" Aku rasa kau ada dua tangan yang diaanugerahkan oleh tuhan untuk buat kerja. Jadi buka lah sendiri "

Anastasa hanya mencebikkan bibirnya . Sedang dia mahu membuka pintu hadapan untuk duduk sebelah Hakim yang menjadi driver tak berlesen , Hakim kemudian berkata-

" Jangan duduk depan nanti timbul fitnah pula.Duduk seat belakang "

Eyyy mamat ni aku siku jugak lah nanti

Anastasia segera membuka pintu kereta dan duduk di belakang.

" Beli ice blended tu cepat sikit, aku tiada lesen ini . Nanti kena saman tak pasal pasal "

" Ye lah bosss "- Anastasia menjawab dengan malas.

Tak nak. Aku nak beli juga ice blended tu lama lama . Biar kau kena saman. Bwahahahah ( gelak jahat) -getus hati Anastasia.

Tetapi sebenarnya.....Anastasia hanya ingin meluangkan masa lebih lama dengan Hakim. Jika kena saman membuatkan dia lebih rapat dengan Hakim, dia rela. Dia tidak kisah . Kerana tanpa sedar, dia sudah jatuh hati terhadap Hakim . 6 bulan perkenalan, sudah cukup menimbulkan perasaan itu. Anastasia hanya tersenyum, dalam masa yang sama dia gementar adakah hatinya membuat pilihan yang betul atau salah.




  

Gadis Pencuri HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang