Perlantikan - Aku pengawas, so what?

6.4K 399 7
                                        

   

   Samad, Jiman dan Jack hanya terkebil kebil. Betul ke perempuan yang tengah berucap dekat depan ini penolong ketua pengawas? Cara dia bercakap lain daripada cara dia bercakap dalam kelas. Tiba tiba perempuan ini jadi serius dan berkarisma pula.


" Tengok Anastasia macam ini aku tergoda doh. Lagi tambah cantik adelah " - ujar Jiman kepada Samad dan Jack. Setiap kali Anastasia berkata kata dengan yakin, semua di dalam dewan memberi tepukan yang gemuruh. Macam pilihan raya dah jadinya.

" Betul tu, nanti ramai lah yang nak langgar disiplin sekolah semata mata nak jumpa dengan dia." Jack pula berkata. Samad dan Jiman hanya mengangguk serentak.

" Jadi itu sahaja daripada saya, segala kesilapan datangnya daripada diri saya sendiri dan  saya minta maaf. Sekian terima kasih " - Anastasia mengakhiri ucapan dengan senyumannya yang mahal. Memang cairlah lelaki dalam dewan itu. Tapi tidak termasuk Hakim lah sebab dia dekat backstage.

Hakim hanya menjeling Anastasia. Anastasia apa lagi, bukan main tinggi hidungnya, dia berjalan di hadapan Hakim lalu berkata ;

" Aku dah kata aku lebih hebat daripada kau. Tengok, ramai yang bersorak untuk aku tadi. Daripada kau, cakap macam ada orang mati, Bosan macam robot "- Anastasia berkata sambil tersenyum sinis,

" Ada aku kisah? Lagipun yang sorak dekat kau tu pun ramai lelaki , yang perempuan? Ramai yang meluat dengan kau. Dahlah tak payah nak perasan diri kau tu famous dan ramai yang suka. Hakikatnya, ramai yang benci and kutuk kau daripada belakang. Kau kena terima hakikat tu "

" Kau...memang kurang ajar kan"

" Aku belajar daripada orang yang ada dekat depan aku ini " - bidas Hakim kepada Anastasia semula.

Anastasia hanya menggenggam buku lima-nya. Memang dah lama dia tidak berikan penumbuk dekat orang lain. Hakim kemudian berlalu pergi, acara diteruskan dan Anastasia hanya beristighfar di dalam hati agar dia dapat menahan marahnya. Kalau  bukan sebab sekarang ini ada acara penting, memang Hakim sudah lama dibelasah oleh Anastasia.


=======

" Well well well, ada orang itu dah jadi pengawas lah, macam tidak percaya pula. Kau rasuah cikgu ke apa sampai boleh jadi pengawas. Tak sangka kau nak naik kan popularity kau dengan menjadi pengawas 'murahan ' " - Angelina, si Drama Queen datang ke arah Anastasia dan Ella. Kelihatan Angelina cuba menyisirkan rambut panjangnya ke belakang ala ala  diva. Masa rehat mereka diganggu oleh minah mulut laser ini.

Aduhh dah start dah minah kaki kutuk ni. Takde kerja lain ke? Asyik asyik nak cari pasal dengan aku - rungut Anastasia di dalam hati. Dahlah kena kutuk dengan si Hakim itu, ni nak hadap perempuan ala ala diva kampong pulak.

" Aku jadi pengawas bukan masalah kau. Ikut suka hati aku lah nak jadi apa pun, kalau aku jadi monyet sekalipun mesti kau jealous juga kan? Sebab takde monyet secantik aku ni. So, Angelina aku harap kau boleh ketepi ....sikit bagi laluan untuk penolong ketua pengawas ini. " Anastasia berkata sambil tersenyum kelat. Dia malas mahu layan karenah Angelina ini. Nama je orang putih , padahal nama melayu dah cantik- Anis Liana Qaisara binti Syahrul Haizam. Memang dah terpengaruh dengan drama omputeh ke apa?

" Ahh.. mentang mentanglah dah jadi pengawas, kau boleh arahkan aku nak buat apa apa? Please lah, aku tak akan ikut cakap kau. Kau tak layak jadi pengawas, ramai lagi perempuan dekat sekolah ini yang tidak suka kewujudan kau sebagai pengawas. Tarik jelah diri eh, kalau kau jadi pengawas, sekolah ini tak akan pernah aman. Lagi teruk adalah " Angelina hanya meneruskan kata kata laser nya kepada Anastasia. Ella, seperti tahu apa yang akan terjadi hanya menarik tangan Anastasia- untuk segera pergi daripada situ. Anastasia hanya mengetapkan bibirnya, perasaan amarah kian membuak buak.

" Anastasia dah lah, jom pergi daripada sini eh. Tak guna cakap dengan minah kerepot ini. Jom !"- Ella menarik tangan Anastasia dan mereka berjalan selangkah demi selangkah sambil anak mata Anastasia merenung tajam ke arah Angelina. Kemudian ,Anastasia berhenti lalu memusingkan kepalanya kearah Angelina.

"Untuk pengetahuan kau, sekolah ini akan lebih aman kalau kau takde ,dear bitch " Anastasia berkata sambil tersenyum sinis. Lalu berjalan meninggalkan Angelina yang hanya ternganga macam ikan . Anastasia malas melayan perangai perempuan sundal itu, apa yang dia pasti kedudukan dia sebagai pengawas tidak akan tergugat walaupun dimaki orang. Sebab sifat lemah itu tidak pernah ada di dalam kamus hidup Anastasia. Dia dididik untuk menjadi seorang yang kuat, dia pernah mengharungi detik hitam dalam hidup nya. Malah lebih teruk dan perit daripada situasi yang dihadapinya sekarang. Jadi, mengapa hanya kerana mulut orang dia perlu jatuh? Mengapa dia perlu mendengar segala kata kata daripada orang yang tidak pernah mengenali dirinya?.

Itu semua poyo.

======

=====

Sebulan kemudian---

 ACARA TAHUNAN SUKAN ROADRUN KALI KE -20

   Anastasia berlari secara konsisten sepanjang larian nya. Jumlah jarak larian nya ialah sebanyak  6 KM. Sekarang dia sudah berada jauh daripada peserta yang lain. Anastasia memang seorang yang fit, dia pernah mendapat tempat pertama dalam acara sukan olahraga  kategori perempuan bawah 15 tahun. Kini dia mahu mendapat nombor dan menyumbang mata kepada rumah sukannya, Hempson- iaitu rumah Biru. Setelah 35 minit berlari, dia sudah dapat melihat bangunan sekolahnya di hadapan, tiba tiba dia lihat Hakim, sedang berlari menuju ke arahnya-- berlari untuk sampai ke garisan penamat. -' Ini tak boleh jadi, aku tak boleh kalah dengan mamat ini '. Tanpa melengahkan masa , dia segera berlari, walaupun dia tahu pemenang larian mempunyai dua kategori iaitu lelaki dan perempuan, namun dia tetap tidak mahu kalah dengan Hakim.

  Hakim yang melihat Anastasia yang sedang memecut itu apa lagi, dia segera berlari dua kali ganda lajunya daripada tadi . ' Dia fikir dia boleh kalahkan aku?' - gelaknya di dalam hati. Kini kedudukan mereka berdua semakin hampir antara satu sama lain. Guru guru yang menunggu semakin kuat bersorak untuk mereka berdua. Yelah kan walaupun lelaki perempuan, rumah sukan tak sama. Hakim berada di dalam rumah sukan Kuning iaitu Jackson. Anastasia kemudian berlari sekuat hati , begitu juga Hakim. Namun nasib tidak menyebelahi Anastasia, kaki Hakim dahulu yang menjejak ke garisan penamat. Anastasia kemudian terduduk kepenatan- Hakim hanya tersenyum sinis ke arah Anastasia.

Kenapa dia selalu menang? Kenapa aku selalu nombor 2 ?- rungut Anastasia. Dia bengang. Apa yang si Hakim ini tak boleh buat? Cuba cakap? Olahraga dia, lompat tinggi pun dia lepas ini apa pula? Rejam lembing? . Hakim ini memang pandai dalam segala aspek. Dia ini sebenarnya alien ke?- di dalam benak hati Anastasia tercalit sedikit perasaan cemburu terhadap kebolehan Hakim. Namun, Anatasia juga tabik kepada dia, dia banyak juga belajar daripada Hakim. Apabila mereka berkerjasama, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Dia suka sikap Hakim yang berkarisma, namun bukan Hakim yang tadi. Selalu mahu lihat dirinya kalah. Kalau boleh memang nak tumbuk je muka dia bagi lunyai.

 Hakim Zachary- nama yang pertama sekali untuk dibunuh oleh Anastasia Rey.


A/N : HEY GUYS.. comment and vote for my story okay! will update soon







Gadis Pencuri HatiCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang