Part 3

3.1K 41 0
                                    


BAB 3

SEPERTI yang dijanjikan, Pak cik Husin datang ke rumah mewah itu. Dengan berlagaknya dia menyerbu masuk ke dalam dan terus duduk di kerusi yang empuk sambil menyilangkan kaki. Lagak seperti tuan rumah saja. Orang-orang Tuan Haris kalut melarang tapi dia buat tak tahu. Siap mengugut lagi ada. Katanya, Tuan Haris sayang dia sebab anaknya ada dalam genggaman Tuan Haris .

"Awal kau datang?" sinis soalan Tuan Haris sudah tercegak di hadapan Pak cik Husin. Bunyi kekecohan di luar memaksanya keluar bilik santai.

Pak cik Husin mengherot mulut ke tepi tanpa membalas pertanyaan Tuan Haris. Tujuan kedatangannya adalah satu iaitu wang!

"Maafkan kami tuan, kami dah berusaha menghalang tapi..."

"Takpe kamu semua keluar dulu. Ini urusan aku dengan dia." Potong Tuan Haris terlebih dahulu, dia yang masih segak walaupun usia sudah mencecah angka 50-an melabuh duduk di kerusi setentang dengan lelaki itu.

"Baik tuan." Patuh si pekerja lalu keluar dari ruangan itu.

"Mana wang yang aku minta semalam?" Tanya Pak cik Husin tanpa berselindung.

"Hahahaha!" Tuan Haris gelak besar sebelum menyindir sinis Pak cik Husin. " Aku ingat kau datang nak jenguk anak dara kau. Rupanya aku silap, kau datang nak tuntut wang kau saja?"

Kali ini giliran Pak cik Husin ketawa sinis. "Bagi aku wang adalah segalanya. Menanggung budak itu membuatkan hidup aku semakin derita!"

"Menderita bagi kau bagi aku ia adalah anugerah yang paling indah. Dapat merasai kedua-dua hak kau." Sinis sekali sindiran Tuan Haris .

Pak cik Husin memandang dengan wajah bengang.

Selesai mengenakan pakaian di tubuh, Afina keluar dari bilik bercadang untuk menolong Mak cik Imah masak. Sebaik menutup pintu Afina terdengar suara ayahnya di bawah. Hatinya sangat riang.

"Ayah datang pasti nak jumpa aku." Ujarnya dengan teruja. Pantas dia berlari turun ke bawah.

"Jangan nak cakap banyak boleh tak?! Aku dah serah anak aku dekat kau sekarang mana duit aku!" jerit Pak cik Husin seraya bingkas bangun dari duduknya.

Tuan Haris hanya senyum dan berlagak tenang saja.

Afina yang berada di anak tangga yang paling bawah sangat terkejut. "Ayah?!" Suara Afina dengan air mata mengalir keluar.

"Apa yang ayah cakap tadi? Ayah bagi Fina dekat uncle Haris? Ayah mintak duit? Ini bermakna Fina akan..." bertalu-talu soalan diaju.

"Ya. Aku dah jual kau sama seperti aku jual mak kau dekat Tuan Haris!" Cantas Pak cik Husin belum sempat anaknya menghabiskan bicara.

Afina tersentap. Lemah lututnya tapi dia cepat-cepat memaut tiang tangga. "Apa yang ayah cakap ni...?" Ujar Afina dalam sendu.

Tuan Haris masih tersenyum. Seronok pula dia menyaksikan drama sedih secara live di depan mata, selalunya dia hanya menonton di televisyen sahaja.

Afina bangkit lalu meluru mendapatkan ayahnya."Ayah hanya bergurau aje kan? Ayah tak akan jual Fina kan? Fina kan anak ayah tolonglah ayah..." Afina merayu sambil mengoncang tubuh Pak cik Husin.

Pak cik Husin mendengus kasar. "Hey, Fina! Kau dengar sini. Aku memang dah JUAL kau dekat Tuan Haris , faham!" Pekik Pak cik Husin menekankan perkataan jual lalu menolak anaknya sampai tersungkur dibuatnya.

"Hoi, Husin! Dia sekarang dah jadi milik aku. Jangan sesekali kau berani sentuh dia!" marah Tuan Haris terus menghampiri Afina.

"Fina takde apa-apa ke sayang?" Soal Tuan Haris begitu lembut dan penuh kehalusan.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now