Part 1

5.2K 65 1
                                    



BAB 1

"AYAH jangan pukul Fina lagi ayah... Fina janji akan ikut cakap ayah..." Rayu seorang gadis remaja cuba menahan kesakitan sampai teresak-esak.

Tidak sayangkah seorang ayah padanya. Tidak belahkah seorang ayah pada anak kandung sendiri sampaikan sanggup mendera darah daging sendiri? Apa dosa yang dia lakukan pada ayah sampai ayah sanggup memukulnya tanpa ada rasa belah kasihan pada diri yang kerdil ini? Itulah yang sering difikirkan olehnya setiap hari namun tidak juga jawapan yang diterimanya.

"Dah berapa kali aku cakap! Jangan pergi sekolah tapi kau degil! Lepastu mulalah nak minta duit, nak bayar itu ini kau ingat kita ni berharta ke?!" amuk Pak cik Husin. Tangan ligat memukul anak tunggalnya dengan tali pinggang sekuat hati. Rayuan si anak tidak dihiraukan. Dirinya sekarang telah dikawal oleh nafsu amarah.

Si anak sakit menahan pukul terus memeluk lutut si ayah. Memohon ampun agar tidak dipukul lagi. Si ayah sudah dirasuk meneruskan lagi pukulannya.

"Ayah ampunkan Fina ayah...ampunkan Fina...Fina janji taknak buat ayah marah lagi." Rayu si anak.

Pak cik Husin menolak kasar tubuh anaknya sehingga terjatuh ke bawah. Di saat dia mahu mengangkat tangan untuk memukul lagi. Tiba-tiba ada ketukan kedengaran di luar rumahnya.

"Ishh! Siapa pulak yang datang waktu aku tengah angin ni?!" Rungut lelaki itu kasar. Tali pinggang di tangan dilempar ke tepi lalu berluru ke pintu utama.

"Hah! Nak apa ketuk rumah aku kalau nak menagih hutang datang lain kali aku takde duit lagi?!" Sergahnya sebaik daun pintu terkuak. Muka merah padam menahan amukan yang masih belum selesai.

"Hai, Husin." Sapa satu suara.

"Err... Tuan Haris. Apa khabar tuan?" Seru Pak cik Husin tergagap-gagap. Terkejut dengan kedatangan lelaki itu.

Tuan Haris memandang lelaki di hadapannya dengan pandangan tajam sebelum dia mengisyaratkan dengan ekor mata pada konco-konconya untuk menangkap Pak cik Husin.

"Tuan! Ampunkan saya tuan... seminggu lagi saya janji akan ganti duit tuan tu. Saya janji tuan..." Rayu Pak cik Husin sambil meronta-ronta untuk dilepaskan. Tadi berani sangat sekarang bila jumpa lelaki ini terus kecut perut.

"Hey, Husin! Kau nak aku tunggu kau sampai bila? Sampai kau mampus dulu baru kau nak bayar, gitu?!" Pekik Tuan Haris kuat sambil menarik kasar kedua belah pipi Pak cik Husin rapat kepada dia.

"Mak...mak... Fina perlukan mak..." Rintih Afina dalam sendu.

Tuan Haris yang sedang memarahi Pak cik Husin terdiam sekejap. Dia terdengar ada suara tangisan seorang budak perempuan. Wajah Pak cik Husin dilepas dan pantas dia menyerbu masuk ke dalam. Dilihatnya seorang gadis yang berusia 15 tahun keadaan serabai sambil teresak-esak terbaring di lantai. Dia tahu gadis itu baru lepas didera. Buktinya? Baju sekolah yang tersarung di tubuh budak itu terkoyak sehingga menampakkan separuh badan. Lama dia merenung gadis itu. Serta merta nafsu lelakinya membangkit buas kerana sudah lama nafsunya tidak dibelai.

Afina terkejut bila melihat lelaki asing menghampiri. Dia ketakutan lalu mengesot ke belakang perlahan-lahan sambil menarik baju yang sudah terkoyak untuk menutup bahagian terdedah itu.

"Jangan takut nak, uncle cuma nak tolong kamu." Pujuk Tuan Haris lembut. Dia membuka kotnya lalu disarungkan pada tubuh gadis yang kelihatan agak lemah itu.

"Jangan menangis sayang. Kamu nampak sangat hodoh bila menangis..." Pujuk Tuan Haris lagi, mengusap-usap rambut panjang hitam pekat Afina.

Afina yang teramat takut tadi merasa selamat dan terus memeluk tubuh Tuan Haris sambil menangis teresak-esak, "selamatkan saya, pak cik... saya taknak dipukul lagi...sakit sangat."

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now