Part 16

792 7 0
                                    


BAB 16

AKHIRNYA Afina memilih untuk pergi bersama dengan Tuan Haris. Dia terpaksa. Kerana cintakan Elman dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan lelaki itu dari terus menjadi mangsa sepak terajang Tuan Haris .

Afina menyemban wajahnya ke bantal dan terus menangis sepuas hati. Sudah dua minggu dia jalani kehidupannya seharian tanpa Elman di sisinya. Hidupnya kembali suram dan gelap. Perasaan ini sama seperti perasaan yang dialami suatu ketika dahulu. Di mana ibunya dijual menjadi pelacur murahan semata mahu dapatkan wang bagi menanggung belanja persekolahan dia, makan, minum dan pakaian. Kosong!

Sinar keimanan dalam keluarga semakin malap. Wang haram telah mengalirkan dalam badannya menjadi darah daging. Dia tak minta untuk semua itu. Tapi akan daya jalan hidupnya sudah tertulis begitu. Ayah seorang kaki judi. Tak pernah nak solat mahupun menjejak kaki ke masjid. Itulah puncanya. Punca kegelapan dalam sebuah keluarga.

"Fina, mak cik ada sesuatu untuk Fina ni."Suara Mak cik Imah dari luar setelah beberapa kali mengetuk daun pintu bilik Afina.

Afina menyeka air mata seketika sebelum dia memanjat turun dari tilam. "Ada apa mak cik?" Soalnya sebaik daun pintu dikuak dari dalam.

Pandangan Mak cik Imah jauh ke wajah Afina yang nampak sembat dan matanya bengkak. Dia tahu gadis itu sekarang terseksa hidup di rumah ini. Naluri keibuan sangat mengasihi gadis itu. Namun apakan daya dia sendiri masih bergantung hidup dengan Tuan Haris juga.

"Nah, pak cik kamu bagi surat. Katanya dari kawan kamu." Mak cik Imah menyerahkan sepucuk surat kepada Afina.

Afina mengangguk lemah. Sampul surat bertukar tangan. Dia mahu melangkah masuk ke dalam tapi dihalang oleh Mak cik Imah.

"Lepas baca mak cik harap Fina simpan elok-elok. Jangan sampai Tuan Haris tahu." Pesan Mak cik Imah bersungguh. Dia takut. Jika Tuan Haris dapat tahu akan kewujudan surat itu. Afina bertambah terseksa. Tuan Haris bukan boleh diharap dengan perangai menggila dia itu.

Afina menapak pada kerusi di beranda setelah Mak cik Imah mengundur diri. Surat di tangan dibuka dengan rakus.

Assalamuaikum gadisku Dhia Afina,

Saya harap awak sentiasa dilindungi Allah. Jika hari ini saya dihalau saya tetap akan jejak awak. Jika hari ini saya dipukul saya tetap berdiri untuk awak. Yakin saya akan datang merampas dari tangan lelaki tua miang itu. Saya akan pastikan awak akan kecapi rasa bahagia bila bersama saya. Saya nak kita bersatu tak kira apa jua sekali pun. Saya akan bawa awak dari sini. Itu janji saya. Datang tau esok jam 10 pagi di sungai. Tempat kita berdua selalu pergi....

Yang tak pernah berhenti mencintaimu....

Elman Furqan.

Selesai membaca Afina meremukkan kepingan kertas itu lalu membawa ke dadanya. Air matanya sekali tumpas.

"Elman... saya akan tunggu awak. Saya nak hidup dengan awak sorang. Bebaskan saya dari rumah jahanam ini." Rintih Afina berkali-kali.

Sungguh dia tekad akan pergi bersama Elman tak kira ke mana. Cukup umur nanti dia akan kahwin dengan Elman Furqan bukannya dengan Tuan Haris yang keparat itu. Tuan Haris mahukan dia kerana nafsu saja. Mungkin bila tiba masanya dia akan dicampak. Dia tak inginkan kehidupan seperti begitu. Dia inginkan seseorang yang boleh menerima dirinya sekarang.

Pagi itu selepas semuanya keluar dari rumah, Afina menapak ke dapur untuk meminta Elman mahu pergi dari sini. Dia sememangnya tidak dibenarkan keluar dari rumah apatah lagi pergi ke sekolah. Segalanya perlu dipantau takut dia lari dengan Elman lagi.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now