Part 36

527 13 0
                                    


ELMAN terus ke pejabat Hadry setelah mendapat panggilan dari lelaki itu. Semalaman dia tidak tidur kerana baru selesai operasi pagi tadi mendapat panggilan yang penting dari abang sepupunya tidak sampai hati mahu menolak.

"Assalamualaikum." Elman bersuara sebaik menapak masuk ke dalam pejabat Hadry.

"Waalaikumussalam ya Elman masuklah." Hadry yang sedang membaca dokumen di meja terus berdiri dan mempersilakan Elman untuk duduk di sofa.

"Ada masalah ke?"

"Aku ada dengar semalam isteri aku larikan diri dari orang-orang kamu betul ke?"

"Oh fasal itu! Ya tapi kau tak payah risau abang aku akan pastikan dia tidak akan lari lagi. Memandangkan dia sangat licik aku akan ambil alih untuk pastikan dia selamat." Elman senyum.

"Hmmm terima kasih Elman. Maaflah menyusahkan kamu pulak. Abang sendiri pun tak faham dengan dia. Susah sangat nak dengar cakap abang. Abang buat semua nipun bukan untuk abang tapi untuk dia sendiri." Hadry meluahkan rasa geram.

"Biasalah tu. Dia jenis yang suka bergerak bebas sekali kena diawasi mana dia tak bengang." Jawab Elman, cuba menahan katupnya. Dia menguap seketika.

Hadry tergelak. "Aah ada betul juga. Abang sendiri pun sebenarnya rimas kalau ada orang mengekor ke mana saja nak pergi. kadang kala cemburu tengok orang lain nak ke mana nak buat bebas tanpa fikir keselamatan diri. Tapi apa boleh buat bila dapat pangkat dato harta bertambah, hasad dengki manusia pun semakin hebat terpaksa guna khidmat pihak polis untuk menjamin keselamatan abang satu keluarga." Berjeda Hadry menceritakan pengalamannya.

Elman hanya tersenyum. Sekali lagi dia menguap. Otak semakin kosong dan akal tidak boleh berfungsi lagi. Rasa kepenatan semakin menghimpit diri. Tidur sekejap jadilah asalkan hilang rasa mengantuknya.

"Nampak macam kamu penat sangat ni, semalam kerja ke?" Soal Hadry, menyedari kelakuan adik sepupunya itu.

"Operasi besar malam tadi tu penat sikit." Balas Elman dengan suara keletihan.

"Maaflah tak fasal-fasal kau kena datang sini untuk settelkan masalah abang. Abang panggil kau ni nak bincang fasal isteri abang sudah kau cakap kau sendiri yang akan handle lega sikit hati abang. Rehatlah di sini dulu sebelum kau balik penat sangat nampak tu."

"Takpe ke aku rehat sini sekejap abang?"

"Boleh nanti aku minta pembantu aku sediakan kopi untuk kau.

Elman mengangguk dan terus melunjurkan tubuhnya ke sofa.

Hadry bangkit dan terus keluar dari bilik. Membiarkan lelaki itu berehat seketika.

"Hadry apahal awak minta saya ke mari?" Soal Afina sambil menerpa masuk ke bilik suaminya.

Sepi saja pejabat suaminya. Saat dia melangkah masuk dia tersentap termelihat sekujur tubuh Elman yang nyenyak berbaring di sofa dengan tangan kanan memegang tangan kiri seperti orang sedang solat. Tenang sekali wajah Elman tatkala itu. Afina menghampiri dan menatap lama wajah Elman dengan sayu. Jaket yang terjatuh di capainya lalu diselimutkan pada Elman yang masih lena dibuai mimpi.

"Elman Furqan..." Seru Afina perlahan.

Dia melutut dibawah. Ingin sekali dia memeluk lelaki itu. Mahu menumpang bahu untuk meluahkan segala rasa yang terpendam di lubuknya kepada Elman. Lelaki pertama dan terakhir dalam hatinya. Tak mungkin ada pengganti lagi.

Andai kau tahu akulah Dhia Afina, orang yang kau tunggu dan tercari-cari selama ini. Apa yang awak akan lakukan Elman? Adakah kau akan merebut diri ini dari Hadry? Atau kau akan tinggalkan aku sama seperti dulu? Menderita sendiri tanpa ada orang tercinta di sisi. Gumam hati kecil Afina.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now