Part 6

2.3K 36 0
                                    


BAB 6

"PAK CIK, cepat jalan!" Arah Alia sebaik membolos masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta dihempas kuat bagaikan mahu tercabut saja pintu kereta itu.

"Hah?" Pak cik Salleh terpana. Dia sedang membaca surat khabar tersentap habis. "Err... tapi Cik Alia, Afina masih belum datang?" Ujar Pak cik Salleh lembut. Surat khabar dilipat sebelum meletak pada kerusi sebelahnya. Dia memang tak suka dengan sikap Alia yang sangat kurang ajar itu.

"Peduli apa aku! Cepatlah!" Tengking Alia sambil mengibas mukanya dengan tapak tangan sendiri. Panas kerana cuaca yang agak terik bercampur dengan kemarahan masih bermaharajalela di dalam hati gara-gara satu sekolah dengan budak hingusan Afina itu.

"Tak boleh macam tu Cik Alia. Kalau saya tinggalkan dia Tuan Haris akan marahkan saya." Bantah Pak Cik Salleh tapi dengan nada masih berlembut

"Kuatkan econ sedikit, aku panas ni!" Arah Alia dengan kasar. "Jangan banyak soal boleh tak?! Kalau tak nak gerak kau keluar sekarang! Biar aku pandu sendiri." Gertak dia pula.

"Hrmm... baiklah cik." Pak cik Salleh dalam serba salah. Nak taknak dia terpaksa mengikut arahan cucu majikannya. Kasihan Afina, sempat lagi Pak cik Salleh mengeluh.

Afina yang baru keluar terkejut bila melihat kelibat Pak cik Salleh dalam sebuah kereta kereta bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Dengan cepat dia berlari mengejar kereta itu sambil melaung memanggil Pak cik Salleh.

"Pak cik!!"

Pak cik Salleh seakan mendengar ada orang memanggil namanya terus mengintai melalui cermin sisi. Bila terlihat Afina sedang mengejar dia terus diperlahankan kereta ke bahu jalan.

Alia perasaan akan Pak cik Salleh mahu berhentikan kereta terus ditoleh ke belakang, terlihat Afina sedang mengejar kereta ini. Dia mendengus marah.

"Pak cik nak buat apa ni?!" Soal Alia dengan kasar.

"Afina ada dekat belakang cik." Jawab Pak Cik Salleh.

"Jalan terus!" Bantah Alia tanpa ada rasa bersalah di hati nuraninya.

"Tapi cik...." Pak cik Salleh pening dengan sikap cucu Tuan Haris sekaligus rasa simpati pada Afina terpaksa berjalan kaki untuk balik ke rumah Tuan Haris yang agak jauh jugak dari sekolah lebih kurang 2 km. Alamak boleh hitamlah kulit Afina yang putih itu kalau berjalan kaki di panas terik ini.

"Takde tapi-tapi aku cakap jalan. Jalan sajalah! Itu pun susah nak faham ke?! Kenapa semua orang sayang sangat dekat budak tu tak faham betul aku!" Bebel Alia geram.

"Pak cik!" Jerit Afina sambil termengah-mengah. Dia yang berlari dari sekolah hinggalah ke selekoh. Berhenti kerana kudratnya tiada daya lagi mahu mengejar kelajuan kereta yang dipandu oleh Pak cik Salleh.

"Kesian dekat Afina, Cik Alia. Nak jalan kaki jauh sangat tu." Suara Pak cik Salleh perlahan.

"Pandai-pandai dialah nak balik nak apa? Bas dan teksi kan melambak! Tahan jelah." Bidas Alia sambil memeluk badan sendiri.

Pak cik Salleh hanya menggeleng dengan sikap kurang ajar Alia itu. Dari cermin pandang belakang dia memandang Afina semakin lama semakin jauh dari pandangan.

"Aduh, penatnya! Dahlah cuaca panas terik." Keluh Afina sebaik melabuh duduk di bus stop yang sarat dengan pelajar-pelajar lain.

"Hai!"

Afina mendonggak sedikit, seorang budak lelaki sebaya dengannya datang menyapa dengan senyuman manis di bibir.

"Tunggu siapa?" Soal Elman Furqan ramah. Sebaik tiba di bus stop dia terpandang Afina keseorang di hujung bangku tanpa teman. Walaupun dia tidak mengecam Afina itu rakan sekelasnya tapi lencana yang terlekat di baju kurung sekolah Afina menunjukkan mereka satu sekolah.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now