Part 18

755 13 2
                                    


BAB 18

12 TAHUN KEMUDIAN....

"Selamat pagi Tuan! Saya Uzir Arif melapor diri, tuan!"

Seorang pegawai polis yang sibuk meneliti laporan di meja menjenguk sedikit. "Assalamualaikum dan selamat pagi." Jawabnya tenang. Laporan di tangan diletakkan ke bawah. Kemudian dia bangkit dan menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat tangan sebagai salam perkenalan. Dia segak mengenakan uniform lengkap bewarna biru tua.

Lelaki yang bernama Uzir Arif tersengih kambing. Terlalu gembira dapat bertugas lupa terus nak bagi salam.

"Saya Inspektor Elman Furqan merangkap ketua kamu. Saya harap kedatangan awak sebagai orang baru dapat terima tugas ini dengan hati terbuka." Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Sebuah senyuman menghiasi bibir tebalnya.

"Saya siap menerima segala arahan, tuan!" tabik Uzir Arif dengan badan tegak.

"Baguslah. Kamu boleh berjumpa dengan Sarjan Hassan di luar sekiranya kamu perlukan apa-apa saya masih ada kerja hendak disiapkan."Ujar Elman Furqan seraya kembali melabuh duduk di kerusi empuk itu.

"Baik tuan. Saya minta undur diri dulu." Balas Uzir sambil melangkah ke belakang beberapa langkah kemudian terus keluar dari bilik pihak atasannya.

Elman duduk bersandar sambil memusing-musingkan batang pen berkali-kali. Tidak lama kemudian belakang pen itu digigit sedikit. Dia tersenyum sendiri. Tak sangka dalam usia 27 tahun dia berjaya memegang jawatan sebagai pegawai atasan polis bahagian jenayah. Iyalah kerjaya sebagai anggota polis bukan minatnya. Malah jauh terpesong dari cita-citanya. Impian asal mahu jadi seorang peguam tapi hanya kerana seorang gadis yang dicintai lesap dari dunia ini. Dia sanggup korbankan impian dia semata mahu menjejak ke mana hilangnya gadis dia.

"Fina... sudah 12 tahun saya mencari dan menanti awak. Saya juga berharap satu keajaiban bakal muncul. Awak datang pada saya dengan senyuman awak. Ramai yang cakap awak terlibat dalam satu kemalangan. Betul ke? Kalau ya mana buktinya? Mana kubur awak? Saya tak akan mudah percaya pada bukti yang tidak ada fakta yang sahih. Sebab itu saya jadi polis. Saya nak siasat di mana mayat awak kalau awak dah pergi tinggalkan saya. Saya nak jejak awak kalau awak masih hidup. Saya yakin dan percaya awak masih hidup tapi awak cuba bersembunyi dari saya."

Elman berperang dengan dirinya sendiri. Sebelah dirinya cakap Afina sudah meninggal sebelah lagi kuat menyatakan Afina masih hidup. Kusut otaknya setiap kali memikirkan hal ini.

"Fina maafkan Elman... bukan Elman sengaja nak tinggalkan Fina ketika itu tapi, keluarga Elman kemalangan. Elman perlu ada di samping mereka. Mereka pergi tinggalkan kita Fina. Elman sendirian sekarang. Bila Elman sampai di Temerloh, Elman cuba cari Fina di rumah orang tua tak guna tu kerana Elman sangkakan Fina masih di sana tapi... tapi mereka cakap Fina dah lari. Elman bagai nak gila Fina. Elman paksa mak usu cari Fina sama. Heboh satu kampung bagitahu Fina dah takde! Elman tak percaya!" gerutu dia lagi. Air mata lelakinya jatuh membasahi pipi.

"Elman!"

Panggil seseorang di sebalik muka pintu.

Elman cepat-cepat menyeka air mata yang mengalir. Dia berdehem kecil dan memperbetulkan kedudukan di kerusi.

"Ya Stella. Masuklah." Arahnya pada pegawai polis perempuan merangkap pembantu dia kanannya.

Gadis itu tersenyum sebelum melangkah masuk. "Kenapa ni?"

Kerusi di hadapan Elman ditarik kemudian dia melabuh duduk.

"Takdelah. Apa hal datang?" soal Elman kembali kepada topik asal.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now