Part 33

473 7 0
                                    

KERETA milik Elman terparkir di perkarangan hospital besar Temerloh, menurunkan Mak usu El Zahranya. Itulah rutin harian lelaki itu sejak suami ke dua ibu saudaranya meninggal dunia. Dulu kalau ada arwah mak usu berbonceng dengan motorsikal kalau dia tak sempat nak jemput mak usu di hospital. Sekarang mak usu hilang tempat bergantung jadi dialah yang bertanggung jawab ke atas wanita yang banyak berjasa padanya.

"Elman kalau mak usu cakap sikit Elman marah tak?" Wajah Mak usu Elzahra tampak serius.

"Cakap apa mak usu?" Elman kehairanan.

"Elman tolak Suria sebab budak perempuan itukan? Apa yang Elman duk tunggu lagi dia. Tolonglah Elman jangan hidup dengan bayang-bayang. Suria tu doktor bukan tak cantik, sopan menutup aurat malah masakan dia pun menyelera cukup pakej untuk menjadi seorang isteri dan seorang ibu untuk kamu. Ramai datang merisik dia tapi dia taknak mak usu rasa dia memang tunggu kamu tu. Buka mata hati kau tu Elman. Percayalah dia sudah takde kamu perlu teruskan kehidupan kamu sayang. Tengok macam abang sepupu kamu Hadry yang langsung kita tak pernah bertegur sapa padahal satu bandar diam-diam dah kahwin isteri dia tu siapa...budak yang pernah tinggal dengan kita kan? Allah takdir yang sangat kita tak menduga, dia duduk dengan kita walaupun sekejap rupanya nak jadi keluarga kita. Nanti senang-senang ajak dia dengan Hadry makan rumah kita. Mak usu nak jumpa dengan dia nak minta maaf dengan kata-kata mak usu dulu." Wanita itu mengungkit cerita yang baru diketahui bila teringatkan anak lelaki abang sulungnya. Hebat aturan Allah orang yang berjaya dan berharta di Bandar ini adalah anak buahnya. Mahu dia cerita satu hospital tentang hal ini.

Elman hanya senyum langsung tidak ambil hati dengan kata-kata Mak usu Elzahra.

"Kamu terima Suria ya?" Suara Mak usu Elzahra lagi bila lelaki itu membisu.

"Tak mak usu."

Mak usu Elzahra sudah mengeluh panjang.

"Elman tahu dia masih hidup cuma Elman belum dapat jejak dia lagi. Apa yang Elman tahu dia masih hidup." Ingat masa dia jumpa dengan Hadry, lelaki itu ada cakap Afina masih hidup tapi sampai sekarang mereka masih gagal menjejak di mana wanita itu. Hadry pun senyap takde lagi mendesak pihak polis meneruskan misi itu.

"Kamu cakap benda yang sama pada mak usu. Sampai bila kamu nak terus menjejak dia tengok sekarang hasil siasatan kamu apa?"

"Mak usu kerja dan tugasan Elman di sini membataskan penyiasatan terhadap kes ini. Dia mungkin di luar negara."

"Tengok kamu sendiri tahukan dia bukan di Malaysia. Elman entah dia sudah beranak pinak di sana berbahagia tapi kamu di sini menderita menunggu dia. Sudahlah tu terimalah Suria yang ada depan mata kamu ni!" Cantas Mak usu Elman laju.

Belum sempat Elman mahu membuka mulut telefon bimbit miliknya berdering.

"Wa'alaikumussalam ya Abang Hadry?"

Mak usu Elzahra berdecit kecil. Geram. Saat begini ada saja yang menganggu. Isyarat mulut dibuat untuk mengatakan dia mahu turun sekarang dan kirim salam sama lelaki yang membuat panggilan itu.

Elman cepat-cepat menunduk untuk menyalami tangan ibu saudaranya dan mengangguk.

"Err... maaf abang boleh kau ulang lagi sekali?"

"Tak macam ni Elman abang ada hal nak jumpa dengan kau. Waktu lunch nanti kita makan sama-sama tempat yang kita jumpa dulu restoran dekat Tunas Manja boleh?"

"Rasanya boleh nanti apa-apa saya bagitahu balik. Mak usu kirim salam dekat abang."

"Oh, ya kirim salam pada dia. Kita jumpa petang nanti ya."

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now