Part 10

1K 13 0
                                    


BAB 10

PAGI itu Afina dikejutkan oleh Tuan Haris. Memandangkan hari itu hari Sabtu, Tuan Haris bercadang mahu membawa Afina 'berbulan madu' di Tanah Rata, Cameron Highlands. Dia mahu gadis itu menjadi miliknya walaupun Afina masih lagi di bawah umur. Janjinya telah terhapus dek kerana nafsu yang menguasai fikiran warasnya.

"Fina..." Tuan Haris mengejutkan Afina secara lembut. "Bangun sayang hari dah pagi. Cepat bersiap ya?" Tuturnya lagi. Rambut Afina dibelai ibarat seorang suami yang cukup romantik.

"Emmm... kita nak pergi mana pagi-pagi ni?" Jawab Afina masih lagi mengantuk sambil mengenyeh matanya.

Tuan Haris melabuh duduk di birai katil. Selimut yang masih elok terbungkus di badan Afina ditarik perlahan."Kan kita dah janji nak pergi bercuti hari ni. Dah cepat bangun."

Afina menegakkan badannya lalu bersandar di kepala katil. "Fina mengantuk lagi uncle." Rengek Afina seperti budak kecil sambil menggaru kepala. Rambut yang kusut masai tidak dihiraukan. Biasalah baru bangun tidur katakan.

Bagi Tuan Haris rengetan Afina menggetarkan nafsu lelakinya. Baju tidur berlengan pendek dan berseluar panjang tersarung di badan Afina sudah mengiurkannya. Fikirannya membayangkan alangkah seksinya gadis itu jika berbaju tidur gaun satin tanpa lengan dan setara lutut. Sudah tentu gadis itu menjadi 'makanannya' pagi itu.

"Takpe. Sampai sana Afina nak tidur sepuas-puasnya, uncle bagi. Tapi sekarang uncle nak Fina bersiap-siap. Pak cik Salleh dah tunggu kita sayang, cepat sikit." Pujuk Tuan Haris lagi.

Dia mencapai kedua belah tangan Afina cuba membantu gadis itu bangun. Afina yang terlalu polos dan dahagakan kasih sayang seorang anak terus menyambut tangan Tuan Haris. Bila badan Afina tegak berdiri, Tuan Haris mencempung gadis itu ke bilik air. Dia tidak tahan lagi melihat gadis itu. Niatnya mahu 'mengerjakan' Afina pagi itu juga. Sekarang juga!

"Eh! uncle, apa ni? Fina dah besar tak payah angkat-angkat." Afina terkejut dengan tindakan spontan dari Tuan Haris terus melarang.

"Uncle nak tolong mandikan Afina, boleh tak?" Gurau Tuan Haris sengaja memasang jerat.

Afina membulat mata. "Uncle, Fina boleh mandi sendirilah!" Bantah Afina lembut khuatir hati Tuan Haris akan terguris. Langsung dia tidak sedar perbuatan jahat lelaki itu.

Tuan Haris menyedari akan perubahan air muka Afina, sesaat kemudian dia melakar senyuman pada gadis itu. "Uncle bergurau saja." Ujarnya seraya menjatuhkan gadis itu ke bawah.

"Uncle tunggu dekat bawah, cepat sikit!"

Afina masih mematung. Semakin lama dia semakin curiga dengan sikap baik Tuan Haris itu.

SEPANJANG perjalanan dari Temerloh ke Cameron Highlands yang memakan masa lebih kurang 3 jam, Afina asyik dengan memandang keluar tingkap kereta. Menikmati suasana di setiap perjalanan. Dia tidak pernah pergi melancong mahupun bercuti kerana kehidupannya bukan seperti gadis remaja yang lain.

Afina menopang dagu ke tingkat tiba-tiba mengalih tubuh mengadap Tuan Haris yang asyik membaca surat khabar. Dia kagum dengan lelaki tua itu, tidak kira masa Tuan Haris pasti membaca sesuatu untuk mengisi masa yang terluang.

"Uncle." Panggil dia perlahan.

Tuan Haris menjatuhkan surat khabar yang dibacanya lalu menatap raup wajah Afina. "Ada apa Fina?"

"Terima kasih sebab sudi bawa Fina jalan-jalan."

Tuan Haris menggaris senyuman segaris. "Fina kan dah jadi keluarga uncle, jadi segala keperluan Fina uncle akan tunaikan. Itulah tanggungjawab seorang ayah terhadap anaknya." Balas Tuan Haris.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now