Part 28

478 7 0
                                    

BAB 28

USAI pengebumian dan tahlil arwah Pak usu Husin, Elman menghampiri ibu saudaranya, yang sedang termenung di jendela. Langsung tidak menyedari kelibat dia menghampiri. Tubuh wanita itu dipeluk erat dari belakang untuk menenangkan sedikit kesedihan yang ditanggung oleh wanita itu.

"Sabarlah mak usu. Kita kena redha dengan pemergian arwah."

"Semua dah balik?" soal Mak usu Elzahra sambil mengesat air mata yang masih bercucuran. Badan dikalih mengadap anak buahnya. Sebuah senyuman cuba diukir tetapi gagal. Air mata masih lagi mengalir turun.

Elman mengangguk. Dagu ditongkatkan ke bahu mak saudaranya dan sebuah pelukan erat diberikan lagi.

"Elman janji...Elman akan jaga mak usu. Elman tak akan biarkan mak usu menangis lagi. Elman akan jaga mak usu sampai bila-bila. Elman hanya ada mak usu seorang dekat dunia ini. Elman taknak tengok mak usu sedih lagi... hati Elman turut sakit mak usu." Pujuk Elman. Belakang Mak usu Elzahra digosok lembut. Dua kali mak usu dia menjanda. Besar sungguh dugaan buat wanita ini.

"Mak usu cuba untuk terima ini Elman Cuma sekarang masih tak dapat nak terima. Ia berlaku terlalu cepat sampaikan mak usu rasa hilang tempat bergantung. Dulu arwah Pak Usu Latif kamu yang pergi tinggalkan mak usu masa Abang Yusuf kamu masuk 18 tahun sekarang arwah Pak Usu Husin pula. Walaupun arwah hidup dengan mak usu tak sampai lima tahun. Dia tak pernah abaikan mak usu, Elman... Dia sangat menjaga mak usu... dia pergi tanpa petanda apa-apa Elman itu yang buat mak usu sangat terkilan tak sempat nak minta ampun kesalahan mak usu..." Mak usu Elzahra masih teresak dalam dakapan anak saudaranya.

"Elman faham mak usu. Dari Dia kita datang kepada Dia jualah kita kembali. Telah tiba waktu pak usu untuk bertemu dengan Pencipta esok atau lusa kita pula yang bakal bertemu. Pak usu sendiri tidak minta dimatikan dengan cara begitu mak usu tapi ajalnya sudah tertulis macam tu. Elman akan tuntut bela bagi pihak pak usu Elman akan cari cina yang mabuk itu. Itulah kenapa Islam melarang umatnya mabuk pasti akan berlaku kerosakan atas muka bumi ini."

Mak usu memperbetulkan kedudukan tubuhnya. Dia melepaskan rangkulan Elman seraya mendongak mencari anak mata Elman. Wajah Elman dipandang lembut.

"Elman dah semakin matang. Mak usu bangga ada Elman sebagai anak sedara mak usu. Bertuah along dengan kak long dapat kamu sebagai anak." Wajah lelaki itu dipegang untuk seketika.

"Abang Yusuf dengan Kak Myra bila sampai?" soal Mak usu Elzahra bila teringatkan anak tunggal yang menetap di Perak.

"Katanya pagi nanti." Jawab Elman, pendek.

Mak usu Elzahra mengangguk. Dia pandang kiri kanan sebelum jatuh menatap wajah Elman. Dia seakan mencari kelibat sesorang.

"Dari pagi tadi lagi mak usu tidak nampak kelibat Ana. Ke mana dia?"

Elman mengeluh kecil sebelum menggelengkan kepalanya. "Elman pun tak tahu dia di mana sekarang. Tadi masa Elman jumpa pak usu terlantar bayangan dia langsung tiada di situ."

"Atau dia yang menyebabkan pak usu kamu mati?" Mak usu Elzahra menuduh tidak teragak-agak.

"Ish, tak baik cakap macam tu mak usu! Kenapa libatkan dia pulak? Pak usu kena langgar lari bukannya Ann yang langgar. Mungkin dia sudah jumpa dengan ahli keluarga dia kali mana kita tahu kan?" Dalih Elman untuk menyanggah pemikiran buruk mak usunya.

"Mak usu bukan apa cuma geram dengan dia. Pergi macam tu sahaja. Sekurang-kurangnya jenguklah sekejap arwah pak usu kamu tu. Kenang jasa kita yang pernah bantu dia. Ini tak langsung! Hilang begitu saja. Mak usu sungguh tak berkenan dengan sikap dia." Mak usu Elzahra meluahkan rasa geram. Sungguh dia tak suka dengan sikap gadis muda itu.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now