Part 23

561 9 3
                                    

BAB 23

PERBINCANGAN fasal butik yang hendak dibeli itu, diadakan di sebuah restoran yang berdekatan dengan Pantai Dalam memandangkan Afina ada hal di RTM Angkasapuri. Hadry yang setengah jam awal, setia menanti. Dia tiba dari Temerloh sejak petang semalam lagi. Dia menyewa hotel di Damansara kerana dia ada ikat perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat di situ. Dari sini Hadry sudah tersenyum panjang sebaik melihat kelibat Afina dan Kak Ruby melangkah masuk ke dalam restoran itu.

"Maaf kami lewat sikit, jam." Pohon Afina sebaik mereka tiba di hadapan lelaki itu.

Hadry bangkit kemudian dia ukir senyum. "Takpe saya faham. Silalah duduk." pelawanya.

"Eh, koranglah yang duduk berbincang ya. Kak Ruby nak keluar cari angin sekejap." Tiba-tiba Kak Ruby bersuara sambil tersenyum bermakna.

"Kak nak pergi mana pulak?" Soal Afina lurus.

"Ann duduklah bincang dengan Hadry. Soal Kak Ruby tak payah ambil peduli, ya." Kak Ruby mencubit lembut pipi gadis itu. "Oh ya Hadry sudah pandai keluar temu janji pandai-pandai hantar baliklah nanti!" Seloroh Kak Ruby sebelum beredar dari situ.

Afina kerut dahi. Hadry sudah terkekek. Faham dengan maksud kata-kata Kak Ruby itu.

"Sebabtu saya tak suka tinggal dekat KL, jalan tak pernah nak tenang." Suara Hadry sebaik melabuhkan duduk di kerusi.

Afina hanya senyum nipis. Malas nak komen tentang kehidupan di kota raya. Beg tangan diletakkan di atas meja sebelum melabuh duduk di hadapan Hadry.

"Makanlah Ann saya dah pesan ais kacang cendol untuk awak." Pelawa Hadry tersenyum lebar.

Afina angkat kening sebelah. Wajah Hadry dipandang. "Macam mana tahu saya suka makan ais kacang cendol ni?"

"Siapa lagi kalau bukan Kak Ruby!" Jawab Hadry laju.

"Ooo... sekarang ni, Kak Ruby dah jadi sekutu awaklah, ya? Pandai!"

Hadry tergelak kuat tanpa menghiraukan para pelanggan yang lain.

"Mestilah nak pikat adik kena pandai ambik hati kakaknya dulu." Seloroh Hadry seraya mengenyitkan matanya sebelah.

Afina memcebik. Ais kacang cendol yang sedia terhidang di meja dikacau sedikit sebelum menyudu masuk ke mulut. Sebaik ais itu masuk ke mulut dia rasakan ada sesuatu yang keras di dalam mulutnya. Dengan segera dia meludah kembali ke dalam sudu. Matanya membulat besar. Sebentuk cincin emas putih bertatah berlian keluar dari mulutnya. Hadry dicari.

Hadry sengih. "Untuk awak."

"Apa ni? Awak cuba nak lamar saya ke?"Soal Afina masih cuak.

"Awak rasa?"

Afina mengeluh. "Tak terlalu cepat ke Hadry?"

Hadry turut mengeluh sama. Ingatkan kejutan yang dia buat dapat mengharukan perasaan gadis itu. Namun apa yang dia terima sebaliknya. Dia akui gadis itu sukar untuk dicairi dengan kejutan-kejutan spontan darinya.

"Awak tak suka ke? Maaflah."

Afina gigit jari. Dia tersilap cakap. Kalau dia terus menolak tak mustahil Hadry akan kecewa dan rancangan untuk dia terus balas dendam nanti akan musnah.

"Err... bukan macam tu maksud saya. Saya sukakannya. Tapi..."

"Apa tapi-tapi lagi Ann? Kan saya dah bagitahu awak tentang perasaan saya. Saya sukakan awak. Saya cintakan awak sejak kita mula-mula bertembung dulu. Saya serius dan tak main-main tentang soal ini." Hadry bermain dengan kata-kata. Dia sebenarnya takut. Takut pinangannya tidak diterima. Jadi amanahnya tidak dapat ditunaikan.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now