Part 25

575 8 1
                                    

Bab 25

Dari Khalid bin Duraik: Aisyah r.a berkata, " Suatu hari, Asma' binti Abu Bakar menemui Rasulullah saw dengan mengenakan pakaian nipis. Baginda berpaling darinya dan berkata, wahai Asma', jika perempuan sudah mengalami haid, tidak boleh ada anggota tubuhnya yang dilihat kecuali ini dan ini sambil menunjuk ke wajah dan kedua-dua telapak tangan. HR. Abu Daud.

"Ana...Ana..." Mak usu Elzahra cuba membangunkan Afina seawal pagi.

Afina mengeliat sikit. Sebaik matanya terbuka dia cepat-cepat bangkit. Baju tidur labuh yang terselak di tarik sedikit.

"Mak cik."Sapanya dengan nada masih terkejut.

Mak usu Elzahra memaniskan muka. "Bangun Ana, dah nak subuh. Pergi mandi lepas tu kita ke surau sama-sama." Ujar Mak usu Elzahra lagi. Dia bangkit kemudian menuju ke almari pakaian di dalam bilik itu. Sehelai baju kurung dan telekung sembahyang dikeluarkan. Dia tak mahu gadis itu berpakaian tidak menutup aurat. Sekarang gadis itu berada dalam rumah. Jadi dia rasa bertanggungjawab untuk menegur gadis itu. Suka atau tidak. Terpulang!

"Nanti siap mandi pakai ini. Mak cik tunggu dekat luar ya?"

Afina mengangguk terus turun dari katil dan menuju ke bilik air.

Masa azan dilaungkan hati Afina menjadi sayu. Dia sangat berdosa dan sungguh hina untuk memakai telekung ini. Untuk sujud kepada Pencipta setelah apa yang dia buat. Setelah sekian lama, ini kali pertama dia melakukan solat. Segala bacaan dan kelakuan solat sudah dia lupa. Kini apa yang dia perlu buat hanya mengikut orang di sebelah.

"Elman yang azan tu," beritahu Mak usu Elzahra tiba-tiba.

Afina di sebelah terus kalih dengan mata membulat. Sungguh dia tak percaya. Patutlah suara ini seakan dekat saja di hatinya. Rupanya sang kekasih hati mengalunkan lafaz azan itu. Suara yang sangat gemersik kalbu wanitanya seawal fajar pagi. Usai azan dan iqamah dilaungkan iman naik ke atas untuk memulakan solat berjemaah. Mereka mengadap dan bersujud pada Yang Esa. Menyerah diri kepada pencipta.

"Ana, ini Suria anak imam kampung ni."

Mak usu Elzahra memperkenalkan Suria kepada Afina sebaik usai bersalaman antara jemaah yang hadir.

Suria sudah tersenyum manis sambil menghulur tangan untuk berjabat.

Afina menyambut turut tersenyum sama.

"Suria nanti datang sarapan dekat rumah mak usu ya? Mak usu ada buat nasi lemak sikit. Bolehlah makan dulu sebelum berangkat ke tempat kerja nanti."

"Seganlah mak usu. Dahlah pergi kerja duk tumpang Abang Elman. Ni nak tumpang makan sarapan dekat rumah mak usu pula."

Afina yang berada di tengah-tengah mereka rasa seperti dipinggirkan. Orang asing! Tapi memang ya pun kan?

"Eh, marilah kita balik! Ana jom."

Afina hanya mengangguk saja. Sungguh dia terluka dipinggirkan oleh ibu saudara Elman. Lelaki cinta pertamanya. Perempuan itu juga pernah menyayanginya suatu ketika dahulu.

Sebaik selipar tersarung di kaki Mak usu Elzahra terlebih dahulu menapak ke hadapan. Meninggalkan Afina terkial-kial seorang diri.

"Ana!" Panggil Elman dari belakang.

Afina berpaling ke belakang.

"Ya." Jawabnya pendek.

Elman pamer senyuman cukup manis.

"Saya nak minta maaf. Hari ni saya tak sempat nak bawa Ana ke balai buat report. Saya ada kerja kat luar."

Afina terkesima seketika dengan senyuman itu terus kalih ke tempat lain.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now