Part 20

715 6 0
                                    


Bab 20

"Izzue, mana orangnya? Dah lama kami tunggu ni!" Marah Kak Ruby bila kelibat orang yang ditunggu-tunggu belum ada tanda mahu muncul. Dekat setengah jam mereka menunggu janji nak jumpa pukul 2 sekarang dan 2.30 siapa tak bengang! Lagipun perjalanan dari Subang Jaya ke Kuantan bukannya dekat.

"Sabarlah kak sekejap lagi sampailah tu." Balas Izzue jawab cuba menenangkan kakak sepupunya itu bila tiupan angin petang di Teluk Cempedak tidak berjaya menyejukkan hati Kak Ruby. Dia sendiri buntu kenapa lelaki itu lambat hari ini.

Afina dari tadi asyik menyisir rambutnya dengan jemari kerana tiupan angin membelai lembut rambut malas nak kisah pertelingkahan dua sepupu itu. Dia kekadang tersenyum sendiri melihat telatah kanak-kanak yang seronok berlari-lari berkejaran satu sama lain.

"Ann!" panggil Kak Ruby.

Afina aka Ann yang ditukar nama pada IC sejak menetap di Rusia selepas keluarga angkatnya berhijrah dari Paris lantas berpaling. Dia mengangkat kening sedikit.

"Tak bosan ke tunggu lama-lama. Banyak kerja kita nak urus ni." Ngomel Kak Ruby sedikit berdecit geram.

"Sabarlah kak masa masih panjang. Ia baru nak bermula. Kalau dia tak datang kita boleh main air. Lagipun malam ni kita stay dekat homestay kan?" Pujuk Afina.

Kak Ruby mendengus, geram.

"Kak Ruby, Ann itu pun Encik Hadry!" Suara Izzue tiba-tiba. Jari lurus menunding ke arah seorang lelaki yang segak mengenakan kot berwarna hitam yang baru keluar dari kereta.

Afina tersenyum menyenget. Dia tiba-tiba bangkit.

"Nak ke mana?" Tanya Kak Ruby cuak.

Afina tidak menjawab. Hanya menaikkan jari telunjuknya ke mulut sambil mengenyitkan matanya sebelah lalu menapak ke arah lelaki yang baru melangkah masuk ke gerai Selera Warisan. Semasa melintasi lelaki itu Afina sengaja melanggar lelaki di hadapannya itu.

"Aduh!" Hadry mengaduh. Wajah gadis di hadapannya ditatap seketika.

"Maaf saya tak sengaja melanggar encik." Pohon Afina dengan lembut.

Dia menundukan kepala sedikit. Rambut yang panjang turut mengurai turun dia tolak ke belakang sebaik kepalanya diangkat.

"Errr..." Hadry tiba-tiba terpegun dengan keayuan wajah gadis itu.

"Hello!"Afina melambai-lambaikan tangan bila melihat Hadry tidak berkelip menatap wajahnya.

"Eh, takpe saudari." Balas Hadry dalam gugup.

"Hmm...maaf sangat-sangat saya tak sengaja. Saya nak cepat ni, bye!" Afina terus berlalu keluar dari gerai Selera Warisan itu.

Hadry masih memerhatikan kelibat gadis itu sehingga hilang dari pandangan. Seminit kemudian dia tersedar yang dia ada temu janji terus menggeleng kepala sebelum mengatur langkahnya kembali.

Kak Ruby dan Izzue yang memandang dari jauh sudah membulat mata.

"Ann ni memang licik!" Ngomel Kak Ruby. Izzue di sebelah mengekek kecil.

Afina berpaling semula. Kelibat Hadry semakin dekat dengan meja yang dia duduk tadi. Perasaan akan renungan Kak Ruby dari jauh dia tersenyum kemudian ibu jari diangkatkan sedikit. Sebagai tanda rancangan pertama sudah berjaya. Dia yakin lelaki yang bernama Hadry itu sudah tergoda dengan kecantikan yang ada pada dirinya.

"Ah, lelaki semuanya sama. Pantang lihat wanita berdahi licin! Mulalah nak goyah iman."

Afina berjalan-jalan di sekitar kawasan situ. Dia membiarkan sahaja Kak Ruby dan Izzue berbincang dengan Hadry fasal sewa beli kedai butik yang bakal dibukanya. Buat masa ini dia tidak mahu munculkan diri di hadapan lelaki itu. Dia mahu bermain tarik tali dahulu. Asyik berjalan matanya tertancap pada sebuah anjung. Dia tersenyum manis sebelum memanjat naik anak tangga anjung itu untuk melihat pemandangan pantai.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now