Part 26

520 8 3
                                    

BAB 26

ELMAN FURQAN menolak basikal perlahan-lahan. Afina di sebelah dikerling. Kehangatan pelukan gadis itu menyentap jantungnya. Tak ingat halal dan haram ingin juga dia memeluk gadis itu. Kehadiran gadis yang bernama Ana Diana sedikit sebanyak menghiburkan hati lelakinya yang lama kesepian. Gadis itu seakan ada sesuatu keistimewaan berbanding gadis-gadis lain. Gelagat dan tingkah lakunya persis gadisnya, Dhia Afina. Jangan-jangan gadis ini...? Elman tersentap sendiri.

Afina yang ralit memandang air sungai terus berpaling ke sebelah. Bila terasa dirinya diperhatikan oleh Elman. Pandangan mereka saling bertaut, lama. Afina cepat menepis perasaan resah itu.

" Ada apa Elman?" Soalnya. Perjalanan masih diteruskan.

"Err... takde apa-apalah. Saya lihat awak seolah saya dapat melihat dia." Jujur Elman berkata. Dia memang sengaja.

Afina berlagak seperti biasa. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Betapa terkejutnya dia.

"Ya ke? Mesti dia cantikkan? Awak cakap dia seperti saya. Sayakan cantik!" Balas Afina sambil ketawa. Memuji diri sendiri.

Elman senyum. 'Itu bukan Afina. Gadisku, dia seorang yang pemalu.' Gumamnya.

"Elman! Ana! Mari makan buah rambutan. Pak usu ambil dekat dalam kebun tadi." panggil Pak usu Husin menggamit sebaik melihat mereka berdua baru masuk di perkarangan rumahnya.

Mendengar buah rambutan laju saja Afina berlari ke wakaf. Elman di sebelah terkejut. Kemudian dia tersengih. Afina mengambil buah rambutan dibawa ke genggamannya. Hendak dibuka tak tahu macam mana. Nak gigit? Oh tidak habis keayuaanku. Nak pakai kuku? Oh semestinya tidak nanti habis hitam kuku yang cantik bersinar. Akhirnya dia letak balik.

Elman sampai di wakaf lalu menongkat basikal. Dia pelik tengok Afina ralit menatap buah.

"Eh! Ana kenapa pegang saja buah tu? Tak akan tak reti nak makan kot?" Usik Elman sambil tersengih.

Afina kalih kemudian dia mengangguk sedih. Elman ketawa kuat. Afina tarik muncung panjang. Pak uu Husin pantas dongakkan pandangannya pada gadis itu. Naluri seorang ayah mula memberi reaksi. Wajah tua itu mengukir senyum. Sebiji rambutan gading dibuka lalu disua pada gadis di sebelahnya. Tanpa ucapan terima kasih Afina terus mencapai buah dari tangan Pak usu Husin lalu dimasukkan ke dalam mulut. Kemanisan dan keenakkan buah itu betul-betul dinikmati oleh Afina. Sedapnya tidak terkata sampai mata terpejam rapat. Maklumalah duduk di luar negara dia tak pernah sentuh langsung buah tempatan yang menjadi kegemaraannya.

"Amboi! Makan rambutan sambil terpejam mata? Kelakar!" Elman cuba mengusik. Tawanya sekali lagi terburai. Lucu bila terlihat memek muka gadis itu.

Pak usu Husin pula asyik mengopek buah rambutan. Sebiji, sebiji untuk gadis itu.

"Dah lama tak makan rambutan. Rasa macam pertama kali aje makan, sedap!" Jawab Afina.

Sebiji rambutan dicapai lagi. Dia makan buah itu sampai berpuluh biji. Berhenti bila dia bersedawa kekenyang.

"Alhamduillah. Terima kasih pak cik." Ucapnya.

"Baru nak ucap terima kasih? Rambutan dekat dengan sekilo habis dimakan. Tak ingat dah dekat orang yang tolong kupas." Elman jungkit kening.

Afina menjilat jari-jarinya buat tak tahu.

"Hmmm... takpelah Elman. Biasalah orang bandar mana makan buah kampung ni. Sekali rasa memang tak ingat dunia dah." Pak usu Husin tolong menjawab bagi pihak Afina. Dia bangkit untuk membuang kulit buah rambutan.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now