Part 37

464 8 0
                                    


ELMAN dan Uzir serta seorang lagi anggota polis tiba di rumah banglo milik Hadry. Hon dibunyikan menandakan mereka sudah sampai.

"Kenapa saya perlu ikut sekali?" Afina meluahkan rasa tidak puas hati.

"Wajib ikut. Abang taknak tinggalkan sayang seorang diri di sini. Abang perlukan Elman untuk ikut abang jadi sayang pun kena ikut juga."

"Kenapa tiba-tiba kau nak naik ke KL abang?" Soal Elman sebaik membolos keluar dari pintu kereta belakang.

"Ada sesuatu yang menimpa mamy."

"Kau rasa ini kerja orang yang sama mengugut kau, abang?" Soal Elman lagi. Pintu kereta bahagian belakang dibuka untuk mempersilakan lelaki itu dan isteri masuk.

"Entahlah Elman aku sendiri tak faham dengan keadaan sekarang. Kes ini semakin serius sehingga nyawa mamy hampir melayang tu yang abang perlukan kamu untuk ikut sekali dan terpaksa memaksa isteri yang degil ini." Mata Hadry meleret ke arah Afina yang sudah memeluk tubuh di sebelahnya.

"Takde apa pun ini sudah jadi tanggungjawab saya untuk pastikan keluarga abang dalam keadaan selamat."

Afina mendengus geram terus membolos masuk tanpa menghiraukan dua orang lelaki itu.

Dalam perjalanan Afina hanya memandang keluar jendela. Bosan mendengar topik perbualan mereka berempat. Semuanya fasal kes yang keluarga Hadry yang dilanda musibah sampaikan dia naik jemu. Maklumlah empat orang yang berada dalam kereta Honda City milik Uzir hanya dia seorang perempuan.

"Sayang..." Sapa Hadry di tengah antara Afina dan Elman.

Afina kalih ke sebelah. Di sebalik suaminya dia dapat melihat Elman yang sudah terlena. Mungkin kepenatan dan tidak cukup tidur pagi semalam terpaksa ikut mereka ke Kuala Lumpur sana.

"Nak monyok aje, sayang marahkan abang?" Hadry bertanya.

Afina menggeleng. Sungguh dia tiada mood mahu berbicara. Saat dia mahu memalingkan tubuh bersandar ke pintu kereta, Hadry pantas menyambar tubuh kecilnya dibawa ke pangkuan. Tangan Afina digenggam erat sebelum ditarik ke atas untuk dikucup.

"Hadry tolong..." Afina menolak lembut tubuh Hadry dan menjarakkan kedudukan mereka. Dia mahu menyedarkan suaminya mereka di dalam kereta yang bukan hanya mereka berdua.

Hadry mengeluh lembut. Nafsunya bergelora bila dekat dengan Afina tapi bila mahu bersama ada sesuatu yang menyekat. Mereka melayan perasaan masing-masing sehingga mereka di perkarangan Hospital Besar Kuala Lumpur.

"Sayang nak masuk?"

Afina menggeleng. "Awak masuklah dulu wad kecemasan mana boleh ramai-ramaikan?"

"Kalau macam tu abang masuk dulu sayang tunggu di sini." Afina mengangguk.

Afina ditinggalkan di luar wad bersama dua orang rakan Elman. Elman sendiri masuk ke dalam wad bersama Hadry.

Saat Afina mahu melabuh duduk telefon dalam mode silent hanya bergetar terasa. Menandakan ada panggilan masuk.

"Kak Ruby?" Dia menyeru lembut. Kalau wanita itu menelefon dia bermakna ada sesuatu yang penting dan dia perlu menyahut jauh dari pihak polis.

"Maaf. Saya nak ke tandas sekejap boleh?"

"Baiklah puan." Balas Uzir

"Pergi sorang takde masalahkan?" Kening Afina terangkat sedikit.

"Maafkan kami, tak boleh." Uzir senyum manis.

Afina mengeluh berat. "Bolehlah lagipun tandas dekat tu aje." Dalih Afina lagi.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now