Part 15

742 8 0
                                    

BAB 15

SELEPAS kedatangan Tuan Haris ke sekolah kes buli terhadapa Afina semakin kurang. Namun begitu berita ni bukan dapat menyenangkan hati si gadis itu malah bertambah terseksa, adalah! Semua warga sekolah telah memandang serong terhadapnya termasuklah mak cik kantin. Dia ingatkan hidup mewah boleh menjamin ketenangan dan kebahagian pada diri. Tapi semua itu hanya mimpi buruk. Sekarang dia ada label baru. Label perempuan muda Tuan Haris. Beratnya ujian yang perlu digalas seorang diri.

"Elman awak buat kat sini apa lagi? Kan saya dah cakap kita tak boleh jumpa macam selalu ." Ujar Afina pada Elman yang sudah menanti di luar pagar sekolah.

Mata melilau sekeliling. Kot-kot Tuan Haris telah datang menjemput dia untuk pulang ke rumah.

"Awak tak rindu saya?" Soal Elman berterus terang.

"Rindu...tapi apa yang boleh saya buat. Datang dan balik saya kena kawal macam mana saya nak jumpa awak. Elman awak kena pergi sebelum uncle nampak awak. Nanti dia akan apa-apakan awak." Balas Afina jelas kerisauan.

"Saya tak kisah Fina yang penting saya dapat jumpa awak. Jom ikut saya!" Bantah Elman. Tangan gadis itu ditarik agar mengikuti langkahnya.

"Elman saya dah janji dengan uncle!" Bentak Afina.

Dia takut jika Tuan Haris dapat tahu yang Elman ada di sini. Elman akan diapa-apakan.

Elman tidak menghiraukan kata-kata Afina dia tetap membawa Afina pergi dari situ.

"Elman!" jerit Afina tanpa pedulikan kewujudan para pelajar lain di situ. Dia terpaksa buat begitu demi Elman.

Elman berhenti melangkah.

"Lupakan saya... cinta kita mungkin tak akan bersatu." Sayu kedengaran. Dadanya sesak untuk melafazkan kalimah itu.

Elman membisu seketika. Dia kalih ke belakang sebelum dia bersuara.

"Fina, awak cintakan saya jadi apa lagi cepat ikut saya!" Tanpa menunggu jawapan Afina, Elman pantas menarik lengan gadis itu menuruti langkahnya.

"Elman awak nak bawa saya ke mana ni?" Tanya Afina dalam termengah.

Elman tidak menjawab malah menambahkan kelajuan pada langkahnya. Afina kebingungan ke mana lelaki itu mahu membawa dia ke mana.

Sampai di satu kawasan semak, Elman memperlahankan langkah. Pegangan pada lengan Afina dilepaskan.

"Saya rasa kita dah selamat sekarang." Barulah dia bersuara sambil melepaskan lelah. Dia membongkakkan tubuh sedikit seraya memegang kedua belah lututnya. Cuba mencari oksigen baru mengantikan karbon dioksida baru dilepaskan.

Afina pun sama. Dia melepaskan lelah di dada sambil mengelap titisan peluh yang sudah membasahi dahinya. "Awak nak bawa saya ke mana ni?" Tanya Afina lagi sebaik lelahnya beransur hilang.

Elman mengukir senyum yang cukup manis sebelum bersuara. "Ke mana saja... asalkan hanya ada awak dan saya."

"Nakal ya!" Afina cuba mencubit lengan Elman tapi lelaki itu sempat mengelak sambil tayang sebaris gigi yang cantik tersusun.

"Fina... lepasni saya taknak tengok air mata awak jatuh walaupun setitik di tubir mata awak. Saya nak awak hidup bahagia dengan saya, janji ya?" Elman berwajah serius.

"Elman..." Afina terharu. Masih ada lagi insan yang menyayangi dirinya.

"Saya akan jaga awak. Cukup umur kita isi borang kahwin saya nak jaga awak selagi hayat saya dikandung badan. Berdoalah agar jodoh kita kuat."

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now