Part 14

840 17 3
                                    

BAB 14

AFINA menongkat dagunya dengan ke dua belah tangan sambil termenung melihat kerusi dan meja kosong yang tanpa penghuni di sebelah. Tanpa Elman di sisi hatinya terasa kosong. Hari-hari ibarat tidak bermakna. Tiada kawan untuk dia ketawa tiada teman untuk dia berbicara.

"Haa...." Dia mengeluh. Terlalu bosan untuk datang ke sekolah. Apa yang disampaikan cikgu di hadapan pun satu habuk tidak meletak di kotak pemikirannya.

KRING!!

Loceng sekolah telah dibunyikan menandakan masuk waktu rehat. Bila semua keluar barulah Afina bangkit dengan malas untuk ke kantin. Semasa dia berjalan di kaki lima tiba-tiba satu suara ejekan diterima.

"Hai, sorang nampak? Mana abang angel kau tak datang ke? Opss...! Lupa abang angel dah kena gantung sekolahlah."Ejek Emma hujung jari kanannya melekat di bibir sambil tersenyum sinis.

Afina kalih ke belakang. Emma and the gangs datang menghampiri. Dia menjeling pada manusia-manusia di hadapannya sebelum meneruskan langkahnya. Layan mereka semua bertambah sakit hati!

"Hoi, anak pelacur! Jangan nak tayang muka macam tulah aku benci!" Herdik Emma, bahu Afina ditolak kasar.

Badan gadis itu terdorong ke belakang sedikit. Dia mendengus kasar.

"Emma, kau ni dah kenapa? Aku tak pernah ganggu kau. Kau tak penat ke asyik ganggu aku?" Soalnya, mata tepat menikam wajah Emma di hadapan.

"Aku? Penat ganggu kau? Hahaha dunia tak kiamat lagilah Fina. Jadi aku akan terus kacau hidup kau selagi aku mahu!" Suara Emma kedengaran berlagak. Mukanya menghampiri Afina seraya mengangkat tangan kanannya lalu menolak kasar kepala Afina. Sekali lagi tubuh Afina terdorong ke belakang.

"Emma!"Jeritnya.

"Kenapa? Tak puas hati dengan aku ke?" Soal Emma kembali. Sekali lagi dia menolak bahu Afina.

"Nak lawan ke?" Bahu gadis itu di tolak lagi dan lagi.

"Kenapa senyap tak berani ke? Geng ada hati dia nak melawan aku." Emma kalih ke belakang sambil tergelak sinis bersama yang lain.

Afina ketap bibir menahan geram. Tanpa berfikir panjang dia terus menerpa ke arah Emma. Tudung gadis itu ditarik kasar.

"Argh! Tak guna punya perempuan!" Marah Emma, membaiki kedudukan tudung sekolahnya selepas itu dia menapak seinci lalu menolak tubuh Afina.

Afina pula kebetulan berdiri dekat dengan anak tangga sekali ditolak terus badannya terasa melayang.

Emma the gangs terkedu bila melihat situasi itu tanpa rasa bersalah dorang terus cabut lari dari situ. Takut dipersalahkan.

Afina memejamkan mata perlahan-lahan. Dia berpasrah dengan nasibnya sekarang.

Elman yang sedang meniti naik anak tangga terkejut bila melihat sekujur tubuh Afina melayang turun dan mahu tersungkur, dengan cepat dia berlari untuk mendapatkan gadis itu. "Fina awak okey?" Soalnya sebaik tubuh gadis itu berjaya ditangkap. Cengkaman kakinya pada tangga dikuatkan agar mereka berdua tidak terjatuh.

Afina cuba membuka mata perlahan-lahan bila terasa badannya disambut oleh seseroang. Sebaik mata tercelik dia tergamam melihat wajah Elman begitu menghampir dengan wajahnya.

"Elman!" Cepat-cepat dia betulkan kedudukannya.

"Macam mana awak boleh ada sini?" Wajah sudah berubah ceria.

"Saja datang nak jenguk awak sebab rindu." Balas Elman sambil tersengih.

"Cikgu tahu tak awak datang sekolah ni?" Soal Afina kembali cemas bila terpandang pandang Elman baju yang tersarung di badan lelaki itu bukannya baju sekolah tapi hanya baju T-shirt biasa.

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now