Part 8

3.1K 52 15
                                    



BAB 8

PAGI-PAGI lagi Elman mengayuh basikalnya ke sekolah. Dia menyanyi kecil. Hatinya berbunga. Seronok dapat berkenalan dengan gadis bernama Dhia Afina. Dia juga kesal dengan dirinya sendiri kerana telah menjatuhkan hukuman tanpa sebarang bukti. Bagi Elman, Afina seorang gadis yang istimewa.

Ya, dia gadisku yang sangat istimewa. Senyumannya hanya milik aku saja, desis hati Elman. Perasaan ingin kasih dikasih sudah mulai mekar di hati remajanya.

"Elman kau nak heret meja ke mana?" soal Yasman sambil menepuk lembut bahu lelaki itu.

"Adalah." Elman menjawab pendek sambil mengangkat meja tanpa menoleh.

"Hooo... sekejap! Kau tahu tak itu tempat anak si pelacur?" Yasman agak terkejut bila melihat Elman meletak meja dan kerusinya bersebelahan dengan meja Afina.

"Aku tahu." Balas Elman ringkas dan padat.

"Jangan kata kau dah suka dengan dia?" Tebak Yasman dengan dahi berkerut sedikit.

"Kalau ya kenapa? Kau cemburu?" Bidas Elman sinis.

"Aku cemburu? Tolong sikit! Elman kalau kau nak berkawan dengan anak si pelacur tu secara automatik kau bukan kawan kami!" Yasman memberi amaran tegas.

"Ada aku kesah? Tak berkawan dengan korang pun aku boleh hidup." Jawab Elman berani.

"Kau ni... okey! Kita tengok nanti macam mana?" Ugut Yasman berlagak samseng.

"Fina!Fina! Sini...." Elman melaung memanggil nama Afina sebaik melihat kelibat Afina melangkah masuk ke dalam kelas itu. Dia menuju ke arah gadis itu. Yasman dibiarkan.

Afina melihat Elman dengan wajah terpinga-pinga. Elman sangat aneh pada pagi itu, tiba-tiba ceria sahaja. Semua budak kelas turut terdiam sama bila mendengar Elman memanggil Afina dengan wajah tersenyum lebar.

"Mulai hari ini saya akan jadi kawan sebelah awak." Kata Elman dengan wajah ceria.

Afina semakin pelik. Dia mengambil tempat untuk duduk sebelum memulakan bicara. "Awak yakin ke Elman?" Soal Afina was-was.

"Hello! Yang duduk di sebelah awak ni siapa? Saya kan? Jadi awak kena yakinlah yang saya memang duduk di sebelah awak untuk selama-lamanya..." Bidas Elman hujung bicaranya diperlahankan sedikit bimbang didengari Afina.

Afina blur tiba-tiba.

Loceng tamat waktu rehat kedengaran, Afina berjalan dengan Elman seiring untuk masuk ke kelas sambil tergelak-gelak. Afina tidak menyangka Elman seorang banyak cakap dan pelawak. Hatinya sangat senang berkawan dengan lelaki itu. Segala masalah di rumah dapat dilupakan untuk sementara waktu.

"Tengok tu pasangan jijik masuk seiring. Bahagia nampak!" Sindir Emma disokong dengan gelakan dari rakan-rakan yang lain.

"Pak kepong kepong kepak! Dia datang dengan lengang kangkungnya hahaha..."

"Kompang di palu pengantin baru...pasang jijik masuk tersengih...."

Ejekan demi ejakan bergema di dalam kelas itu. Elman bengang tiba-tiba. Dia mengepal buku limanya untuk menyerang gadis si mulut kotor itu dan yang lain-lain.

Afina menyedari perubahan sikap Elman pantas dihalangnya. "Elman jangan!"

Elman menoleh ke tepi. Dia memandang wajah Afina yang tenang itu dengan rasa sebal. Takde perasaan ke si Afina ni?

KEMBALIKAN RASA INIWhere stories live. Discover now