Prolog

229K 5.7K 890
                                    


Seorang kanak perempuan berbadan besar dan memakai cermin mata bulat kecil , dengan berpakaian kurung sekolah berumur 12 tahun berlari kearah Luqman Rafi'e sambil membawa bunga ros merah .

Luqman Rafi'e dan rakan baiknya Asyraf Iqbal sedang berbual mesra dengan perlajar perempuan lain yang sebaya dengan mereka di kantin sekolah .

Luqman Rafi'e perlajar lelaki yang paling hotties di sekolah tersebut . Menjadi peminat pada para perlajar perempuan termaksud perlajar dari darjah 5 hingga tingkatan 5.

Kanak perempuan itu memanggil Luqman Rafi'e tapi tidak didengari . Asyraf Iqbal menyapa bahu kawan baiknya , Luqman Rafi'e untuk memberitahu.

"Budak belakang kau panggil." Bisik Asyraf Iqbal.

Luqman Rafi'e memaling kebelakang sambil tersenyum. Kanak perempuan itu juga tersenyum malu .

"Anything sis ?" Soal Luqman Rafi'e manja.

"Saya sebenarnya ada sesuatu nak luahkan . Tapi , ada ramai orang dekat sini . Boleh-"

Luqman Rafi'e memotong ."Disini sahaja, kejab lagi saya ada latihan hokey dan bola sepak."

"Sini? " wajah kanak itu sedikit resah.

Luqman Rafi'e menganguk . Perlajar yang berada di kantin semuanya senyap mengunci kata , memasuki drama di hadapan mata mereka .

"Saya.. sebenarnya .. su-"

"Kejab, saya tahu."

Luqman Rafi'e mengeluarkan kertas lalu , menulis sesuatu pada kertas tersebut. Asyraf Iqbal disebelah hanya tersenyum membaca ayat yang ditulis oleh Luqman Rafi'e . Kanak perempuan itu senyum senang . Tak usah dia memberitahu pada umum.

Kertas tadi dilipat dua dan dihulurkan kepada Rai'a Amalina ,diambil dengan senang hati . cermin mata bulatnya diperbetulkan . Dengan senyuman gembira dia membuka lipatan kertas itu , yang tertulis

______________________________

Teruskan berangan kau , budak gemOk . Aku takkan terima cinta kau !

DREAMING on gemok !

________________________________

Kanak itu menitiskan air mata . Luqman Rafi'e dan Asyraf Iqbal ketawa terbahak-bahak.

"Jangan mimpi la aku nak kat kau, dah la gemuk . Hodoh pula tu." Herdik Luqman Rafi'e lagi.

Semakin laju air mata kanak perempuan itu menangis . Perlajar di kantin juga ketawakan dia pelbagai bunyian yang menyakitkan hati menambatkan lagi hatinya yang makin sakit.

Ditambah pula,tindakan Luqman Rafi'e yang meyambar botol mineral kepunya Dayana Amani , iaitu gadis yang juga menyimpan perasaan terhadap Luqman Rafi'e lalu menyiramnya pada kanak perempuan itu . Habis ! Basah baju kepunyaan kanak perempuan itu . Semakin kuat kanak perempuan itu menangis . Tapi ditahan .

Bunga ros merah kanak perempuan itu dihulur kepada Luqman Rafi'e . Dia menyambutnya dengan penuh tanda tanya .

"Terima kasih. "

Terus saja ucapan kasih itu , kanak perempuan itu melarikan diri .

Keesokkan harinya , kanak perempuan itu tidak hadir ke sekolah dan lama - kelamaan baru Luqman Rafi'e sedar bahawa kanak perempuan itu telah pun berpindah sekolah atas perkerjaan bapanya .









- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now