Aku melangkah perlahan-lahan secara senyap ke arah katil sambil dua belah tangan aku memegang cebuk mandi . Tak nak la ganggu putera beradu lagi tidurkan ?Aku sebenarnya pun tak tahu . Betul ke apa yang aku buat sekarang ni ? Tak berdosa pada suami ke ? Kut nanti aku tak sengaja terkuat pula ? Cedera pula . kalau slow sangat tak bangun pula . Tidur mati suami aku ni .
Tara kejutkan bangun subuh pun meliat mengalahkan gam . bangun juga lah tapi , itulah ugut sikit , ditambah pula perasa "nama opah " memang bangun la . Segar terus mata .
Tangan aku sekejap naik sekejap turun . Haishh , nk pukul tak sampai hati . Muka tengah tidur pula tu . Comel !
Kalau tak dibuat ... Bila tahunnya dia nak tahu budak gemuk tu aku? Aduhh , kenapa la perlu ada perasaan simpati plus tak sampai hati ni . Kau bagi jelah Rai'a . Lebam sikit je . takkan diheret kat mahkamah punya .
"Ni cadangan kau Nawal . Apa nak jadi-jadi la ." ucap aku perlahan . Tangan aku di angkat tinggi . Sorry husband .
"Apa nya lembab long aku ni . Apa dia berlajar dekat sekolah , bahasa melayu pun tak faham lagi . " rungut Nawal .
"Aku pun tak tahu . Aku dah buat macam yang kau suruh tapi , hm ."
"Ke , kau ada cakap bahasa tamil , tak pun mandarin ." duga Nawal biasa .
"Kau fikir aku ni melayu mix cina , india ? Memain la kau ni ."
Telinga aku menangkap suara ketawa Nawal . Itu membuatkan aku menyampah . Pelan A tak jadi boleh pula dia seronok .
"Chille la kak ipar . Wait i need to think another plans ."
Aku menunggu 'another plans ' yang dikatakan oleh Nawal . Lama juga la dia ni berfikir . Mata aku pula mereling pada pintu bilik Rafi'e . Manalah tau dia bangun ? Tak ke kantoi rancangan Nawal Iman ni .
"Haaaa !"
Terkejut aku mendengar Nawal menjerit . Nasib la tak jatuh lagi iPhone aku ni . Mahai wei , menangis tak berlagu aku .
"Kuss , semangat . Astafirullah'alazim . Kau ni . terkejut aku . Ha , apa idea kau baru dapat ?" aku mengusap dada menenangkan diri .
"Hehe , sorry kak ipar . "
Aku mencebik mulut . Mula la tu . Whatever la Nawal , kau dari dulu memang tak berubah pun .
"Pelan B . kau ingat tak waktu dulu kau pernah tolak long sampai dia jatuh dalam kolam ikan sekolah . Ingat tak ?"
Aku cuba memproses kembali memori yang berhabuk dalam ingatanku . Hm , kolam ikan sekolah ? Aku tolak dia ? Biar betul , sanggup nya aku tolak crush aku sendiri . Kuat juga ye aku .
"Woi , ingat tak ?"
"Sabar la . otak ku tengah mengemas kini . hm ... Tak ingat la nawal . Kenapa dengan kes tu ?" soal aku ingin tahu . Manalah tahu dia suruh aku tolak Rafi'e dalam sawah padi ke ? Nak throwback kolam ikan sekolah , tak ada . Kena balik ke KL pula . Putera beradu pun masih tidur . So , apa boleh buat ? Sawah padi la jawabnya .
"Alah , Apa kata kau buat macam tu . Aku jamin dia mesti ingat siapa kau ."
Aku garu kepala . nak aku tolak ?
"Another plans ?" agak-agak aku nak tolak . Aku tolak dia ke aku yang kena tolak nanti ? Haha aku juga terjun dalam sawah tu .
"Hm .. Kau pukul kepala Rafi'e ."
Aku membulat . "hah ? Kau gila . Amnesia abang kau nanti ."
"Alah , kau ni over drama la . Daa , pukul sikit sudah la . Bukannya aku suruh pukul sampai masuk ICU . Faham ?"
"Apa function nya kalau aku pukul abang kau ?"
"Nanti kau akan tahu sendiri . " sinis aje suara Nawal memberi jawapan . Perkara buruk atau perkara baik ni . curiosnyaaaaa !
Aku mengeluh .
"Ada rancangan lain tak ?"
"Deyy ! Kau fikir otak aku ni mesin satu saat boleh bagi macam tu je ? Dah , sekarang kau pilih nak tolak long or pukul ?"
Kalau kau tanya aku , jawapannya dua-dua aku tak nak . Sayang suami . tak sanggup la nak . haha .
"Wei , cepat la . aku nak pergi shopping ni . Mama and umi kau dah tunggu tu ." rungut Nawal . Alah , tau la honeymoon . Ya pun tak payah nak buat aku jeles . Hm , jangan lupa belanja aku baju atau handbag atau apa-apa sahajalah untuk aku .
"Yala-yala . Pilihan ke dua ." putus aku akhirnya .
"Good . so goodluck . Daa ."
Terus panggilan dimatikan . Tak sempat nak balas pun . ishh !
Dengan langkah Bismillah , aku menarik nafas panjang dan ...
Pukk !!
"Adoiii ! . " bangun terduduk Rafi'e sambil mengusap dahinya .
Aku apa lagi lempar cebok mandi tu bawah katil . Muka pula buat muka tak bersalah . Sengeh kering kau . Aku dah a tak pandai sangat bab-bab nak kelentong orang ni .
"Ke-kenapa awak ? Terkejut saya ."
"Tak tahu la . rasa macam kena ketuk ni . sakit oh ." ujar Rafi'e.
"Sorry ." maaf aku perlahan . terpaksa husband .
"Apa sayang ?"
"Awak mimpi kut ." aku berdalih menayankan soalan lain . Nasib lah dia tak dengar .
"Takkan la mimpi pun masih rasa sakit ni lagi . Biy tengah sedap tidur peluk sayang tadi . Baru nak sampai tahap sayang kiss biy dah terjaga . " ceritanya kepada aku . Erk , aku nak kiss dia ? Dalam mimpi lah . Eh , memang dalam mimpi pun .
"Potong stim betul la ." bebelnya .
Aku sudah tahan tawa medengar ayat terakhirnya itu .
"Sayang sakit ni . Jangan la tengok aje ." adunya . Aceh , suka hati aku lah . Haha .
"Apa yang perlu saya buat ?" soal aku tidak tahu - menahu .
"Kiss dekat sini ." tunjuk Rafi'e pada bibirnya yang pink itu .
"Eh , tak nak la . " aku menggeleng tegas . Eh , sakit dekat dahi macam mana pula boleh turun dekat bibir pula . Dah ada peha nak betis , Dah ada kfc nak dominos pula . ishh , miang sungguh .
Tak apalah Rai'a , miang-miang pun suami kau juga and also crush kau dulu waktu cinta monyet zaman sekolah . So , apa nak hairan . Walaupun ya , ada perbezaan antara dahulu dan sekarang . Tapi dia tetap Luqman Rafi'e yang kau kenal .
"Arahan suami jangan dibantah . Berdosa ." dia bercekak pinggang , ingat takut kut .
"Kalau isteri tak mahu jangan dipaska ." aku mengajuk kembali cara Rafi'e . Sama-sama cekak pinggang lah . Haha
Sejak bila aku berani cakap dengan dia pun tak tahu . Maybe sebab dia dah nampak muka aku yang sebenarnya kut .
"Oh , melawan ni ."
"Ye , melawan ni " aku membalas semula .
"Sejak bila jadi comel ni ?" soal Rafi'e memandang tepat pada wajah aku .
"Sejak form 2 ."
"Oh , kiranya dulu sayang gemuk la ye ." duganya .
Dan itu juga membuat aku terdiam . Tinggg !!! Dia-dia dah ingat aku ke ? Dia dah ingat aku yeahhh . Baiklah sekarang hati tolong tanam perasaan sabar dengan apa yang Rafi'e akan katakan , telinga tolong tahan dengar kata-kata yang mungkin menyakitan atau tak . Please .
Sudah tiba masanya .
Aku boleh hadapinya . Aku sudah bersedia !
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...