Aku bergegas ke pejabat seorang diri . Tak payah tanya sebab aku dah hafal sangat selok - belok sekolah aku ni . Oh , maksud aku sekolah lama aku .Rindu aku pada waktu dulu . Ah , sudah sekarang bukan masa nak flashback . Aku dah lambat sangat masuk kelas sekarang ni . Rafi'e la ni nak kiss-kiss bagai . Dia tak tahu aku ni dah lambat 15 minit .
"Adoii ." aduh aku , terjatuh di atas lantai .
Aku langgar tiang ke tadi ? Perasaan mana ada tiang . Gila ke tengah-tengah jalan bina tiang . Sakit pula tu .
"Awak tak apa-apa ? maaf saya nak cepat tadi ." Mohonnya sambil menghulurkan tangannya untuk membantu aku .
Aku bangun perlahan-lahan . Hulurannya aku hanya pandang sekilas . Gila nak sambut , Bini orang kut dan bukan muhrim pula tu . Memang tak lahh .
"Maaf bukan muhrim ." kataku sambil mengemas pakaianku . Beg sekolah aku di angkat olehnya dihulur kepada aku .
"Maaf . Beg awak ."
Aku mengangkat muka . SubahanaAllah . Kacaknya . Aku beristifar di dalam hati . Jangan Rai'a kerja syaitan semua tu . Ingat suami kau dekat pejabat tu .
Lelaki dihadapan aku keras membatu . Lah , kenapa pula ? macam nampak hantu je kenapa ? Aku melambai pada wajahnya . Pada mulanya dia masih membatu dan akhirnya dia sedar.
"Saya Muhammad Ammar . Ketua pengawas di sekolah ni . Am , awak ni pelajar baru ke ? Tak pernah nampak awak pun sebelum ni ." ujarnya peramah .
"Ahh , ya . Saya dari sekolah SMK Agama Al-Musflah . Baru berpindah ke sini ." aku juga turut berbicara . Tak payah la sesi perkenalan . Aku jadi kekok bila berbual dengan lelaki tanpa berteman .
Selalunya , Badriyah Umairah yang akan menemani aku di saat berbual dengan Harith Khuwalid . Sekarang .. Hm , rasa tak selesa pula .
Dia memandang aku atas dan bawah , amboi ! Ini yang aku rasa tak sedap ni . Mata tu , mata tu jaga sikit . Aku ni bini orang okey !
"Patut la pakaian sekolah awak labuh aje . Kalau awak nak tahu di sekolah ni tak ramai perpakaian macam awak . Cantik ."
Erk , ayat akhir tu buat aku kurang dengar . Dia puji aku ke tadi ?
"Erk .. Apa ?"
Dia menayangkan wajah terkejut dan gelisah . Pelik . Aku berkerut dahi . Dah kenapa mamat depan aku ni ? Naik takut aku . "tak ada apalah . Mari saya tunjukkan kelas awak . Awak kelas apa ?"
"Am .. Kelas 5 - 2 sains ?"
"Wah , sebelah aje dari kelas saya . Marilah kita bergerak sama . "
Aku hanya mengganguk lalu , berganjak ke kanan sedikit menjauhkan jarak kami . Kekok dan tak selesa semestinya . Ammar hanya membiarkan sahaja dan masih berbual dengan aku .
Kebanyakkan aku hanya mengganguk , tersenyum . Setiap kali dia bertanyakan namaku aku hanya mendiamkan diri . Nasib baik la tudung aku ni tiada nama dan hanya lencana sekolah lama aku sahaja yang masih setia di situ . Alhamdulilah .
Kami telah sampai di hadapan pintu bilik kelas aku iaitu , 5 - 2 sains . Aduh , masa ni la gemuruh aku nak datang . Masuk dan lapor diri pada guru itu aje Rai'a . Apa yang susah sangat ? Aduhh . .
Ammar memandang aku yang tiba-tiba berhenti melangkah . "awak tak nak masuk ke ?" soalnya .
Aku memandangnya. "Saya .. Takut la ."
Ammar tersenyum . "Tak apa mari saya tolong . "
Aku hanya mengganguk lalu mengekori Ammar dari belakang . Ammar memberi tahu kepada Puan Masyitah iaitu guru kelas aku yang mengajar mata pelajaran sains tulen .
Setelah selesai . Ammar memohon diri untuk memasuki kelasnya . Sebelum itu sempat dia mengenyetkan matanya kepada aku sambil senyum manisnya itu . Aku membulatkan mataku . erk ...
"Class , this is our new student . I hope everyone be nice to her . Terutama sekali kamu , Danial . " aku memandang lelaki yang namanya Danial itu .
Rakan disebelah Danial mengoncangkan badan Danial yang lagi sedap tidur itu .
"Apa kau ?" dengan suara yang masih mengantuk dia memarahi rakannya .
"Danial . siapa suruh kamu tidur ? Sekarang waktu belajar bukannya waktu kamu untuk bermimpi . Bangun dan cuci muka kamu . Now !" arah Puan Masyitah tegas .
"5 minutes teacher . "
"Now !"
Danial bangun lemah , sambil kepalanya dia digaru berkali-kali . Aku hanya mampu menggeleng sahaja . Dia bangun dan keluar daripada pintu berlakang kelas . Pelajar di dalam kelas hanya menjadi penonton setia .
"Rai'a , have a sit . Misya . "
"Yes , teacher ?"
"Kamu boleh duduk di sebelah Misya . Penolong ketua pengawas kita ."
Aku mengganguk faham . Aku melangkah ke arah tempat duduk aku itu. Misya tersenyum ke arah aku . Haishh , sah dia tak kenal aku .
"Assaammualaikum ." tegur aku .
"Waalaikummusalam . saya Misya."
"Saya Rai'a , tapi awak boleh panggil saya Lina ." aku memberi klu .
"Lina ?"
Aku mengganguk . "ya , kenapa ?"
"Ahh , tak ada apa ." dia tersenyum lemah . Masih tak dapat cam aku ke Misya ?
"Misya .. Ni aku la Lina ..Lina budak gemuk ?" aku cuba menahan suara aku . Yalah , cikgu tengah mengajar di hadapan . Tak pasal ditegur nanti , dapat malu je .
Misya membutangkan biji matanya sambil mulutnya di tekup oleh kedua belah tangannya . Seperti tak percaya . Memang tak percaya pun .
"Li-lina ? Are you serious . OMG ! Kau berubah sangat . You're so beauty . I miss you damn so much . Mana kau menghilang , babe ?"
Aku hanya tersenyum dan ketawa kecil . Peragai masih tak beruah . "Nanti aku cerita. Sekarang masa belajar ."
"Janji ?"
Aku mengganguk . Janji . Gembira Misya aku tengok . Apalah riaksi dia bila tau aku ni isteri Luqman Rafi'e . Agaknya paling teruk pu pengsan aje kut .
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...