"Bagus . " puji ustazah kepada seorang pelajar lelaki . Sedap juga dia membaca ayat suci al-Quran ni ."Danial ! Masih lagi buat tahi mata ? Kamu ni boleh contohi abang kamu , Amir ? Sudah banyak kali ustazah tegur masih buat peragai yang sama ?! SubahanaAllah . Apa nak jadi dengan kamu ni , Danial ." bebel ustazah , semua rakan sekelas memandang ke arah Danial .
Tapi , apa yang dibuat oleh Danial ? Hanya pandang dengan wajah bosan dan seperti mahu dengar , tidak saja .
Danial tiba - tiba menjatuhkan matanya tepat memandangku . Cepat - cepat aku berpaling ke hadapan semula .
"Kau kenapa ? Sakit ke ?" misya menegur aku prihatin .
"Tak ada apalah . " dalihku .
"Saya lagi membebel boleh kamu senyum Danial ? Sudah bangun dan sambung bacaan Aiman tadi ." arah ustazah yang kini mula menenangkan diri .
Rakan disebelah Danial menyiku lengan Danial . Senyum sampaikan ustazah arah baca pun tak dengar dah .
"Baca ."
"Baca apa ?"
"Itulah lain kali bila ustazah bagi arahan dengar . " kata Misya sekuatnya , sengaja mahu Danial dengar mungkin .
Aku sudah menahan tawa . Misya ni . Buat malu je .
"Ha , Rai'a . tergelak - gelak . Senyum-senyum . Bangun saya nak dengar bacaan kamu . "
Aku memandang muka ustazah sambil senyum senget . Aku pula yang kena . Adoiii . Misya lah ni . Aku pandang misya dengan jelingan geramku .
Apa yang dibalas oleh misya ? Bukan nak halang atau sengeh kerang busuk dia tu . Malah siap double tumb - up pula tuh . Cehh .. Kononnyaa , memberi semangat lah .
Aku bangun . al-Quran aku angkat untuk memudahkan aku untuk dibacanya .
Baru aku mahu membaca bismillah ustazah meminta aku membacanya dihadapan semua rakan kelasku . Aduhh , lagi nak tercabut jantung ni .
Nak kata tak pernah , pernah . Cuma selalunya aku akan baca dihadapan orang ramai dengan memakai furdah , itu semasa aku menyertai pertandingan bacaan al-Quran bersama-sama dengan Harith Khuwalid .
Sekarang .. Di hadapan kelas baharu dengan teman baharu dan lebih penting tanpa memakai furdah ? Itu yang lebih mencemaskan aku .
Aku duduk dihadapan dengan kerusi dan meja yang telah disediakan . Aku menarik nafasku sedalam - dalamnya . Bayangkan kau dan ustazah sahaja yang ada disini .
"Baca surah Al - Iqra . Pastikan bacaan kamu betul . Mulakan Rai'a ." ustazah memberi arahan lalu berjalan ke belakangku untuk melihat dan mendengar bacaanku sama ada betul atau tidak .
Aku menarik nafas dan hembus ."A'uzubillahiminasyaitonirojim..Bismillahirohmanirohim..."
"Bagus ..teruskan ."
Aku membaca surah tersebut seperti mana aku membacanya dihadapan ustazah di sekolah agamaku dahulu . Setiap bacaannya aku baca dengan penuh lembut , tanda bacaannya aku sebut satu persatu . Ustazah hanya mendengar sambil mengganguk - angguk kepalanya .
Setelah selesai bacaan aku , aku menutupinya dengan.. " sodokolwalhulazim ..."
Alhamdulilah , aku menarik nafas lega . Aku pandang rakan sekelas aku di hadapan . Erk , kenapa semua tengok aku macam nak terkeluar biji mata ? Aku ada salah baca ke tadi ?
"Bagus , bacaan kamu Rai'a . Kamu pernah mewakili sekolah di sekolah kamu dulu ?" soal ustazah .
"Terima kasih , emm .. Pernah . kenapa ustazah tanya ?" kini ku menyoal kepada ustazah pula .
"Begini , saya ingat.."
"Assalammualaikum , cikgu ." tiba - tiba seorang perempuan dengan berjubah dan berfudah memasuki ke dalam kelas sambil memakai cermin mata hitam .
"Waalaikummusalam . Ya , saya . Boleh saya bantu puan ?"
"Saya ibu kepada Nur Rai'a Amalina , boleh saya membawanya pulang ? Saya telah memaklumkan kepada staf di pejabat tadi . " katanya seperti melindung suara .
'Macam pelik je . takkan Nawal kot . Tapi macam mana dia boleh tahu nama penuh aku ? Dan ibu ?' aku mula curiga .
"Rai'a kemaskan barang kamu . "
Arah ustazah aku hanya patuh sahaja . Perlahan - lahan aku melangkah pergi . Asal berat sangat nak balik ni . Tapi hati aku cakap ikut aje . Akal aku menolak .
"Kau okey tak ni . " misya bertanya risau .
"Aku rasa , perempuan ni penipu ." kataku separuh berbisik kepada misya sambil tangannku mengemas barang- barangku .
"Apa maksud kau ni . Mak sendiri pun tak mengaku ke ?"
"Bukan . Umi . Mak aku selalu bahasakan dirinya 'umi' depan cikgu mahupun sesiapa . faham ?"
Misya membulat matanya ." habis kau nak ikut juga ke ?"
"Ye . jangan risau aku dapat rasakan hati aku ni betul . Aku pergi dulu . Balik nanti aku chat kau . "
"Hati - hati babe ."
Aku menggalas beg sekolahku sambil memeluk buku teks kimia dan matematik tambahan . Aku menyalami tangan Ustazah . Kemudian ustazah memelukku erat . "tabah ye , Rai'a . Allah itu ada untuk kamu . "
Aku tidak faham apa yang mahu disampaikan oleh ustazah tapi aku hanya mengganguk dan senyum .
" Terima kasih ye ustazah , maaf menggangu pembelajaran ustazah , assalammualaikum . Mari sayang , kita dah lambat . " tangan aku ditariknya sehingga ke tempat parkin kereta .
Dia meminta aku masuk kedalam perut kereta selepas butang kereta ditekannya. Kami serentak menutup pintu kereta.
Wanita disebelahku tiba - tiba membuka cermin mata hitamnya dan juga tudung yang dipakainya tadi . Terkejut juga la aku , tapi aku hanya buat muka selambe .
"Cik ni siapa ? "
"Saya ? Oh , maaf puan saya terpaksa berbohong untuk bawa puan pulang ." mohonnya.
"Maaf ? Untuk apa . dan.. Kenapa perlu berbohong ?"
"Sebenarnya puan .. Ini semua arahan daripada suami puan . Saya hanya ikut arahan je . Minta maaf banyak - banyak . Saya tak nak kena pecat . Dah 5 tahun saya bekerjasama dengan Tuan Rafi'e . " Mira memohon maaf kepadaku . Oh , jadi ni semua kerja Rafi'e la . siap ugut kakak depan aku ni lagi . Nanti ye . .
"Tak apa , saya maafkan . Akak janganlah panggil saya Puan panggil Rai'a je . Saya kan lebih muda daripada akak , panggil je nama ." kataku.
"Eh , tak boleh . Tuan Rafi'e dah bagi arahan untuk panggil Puan , Puan . " terangnya .
"Tak apa ..."
"Mira ."
"Tak apa kak Mira , panggil Rai'a je . Soal Rafi'e akak jangan risau , tahu la apa yang saya nak buat . Akak berlagak cool aje tau. Dah jom kita pergu jumpa dia ."
"Baiklah . "
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...