BAMM # 17

93.2K 3.6K 177
                                    


Di dalam bilik aku ditarik masuk . Pintu dikunci ketat oleh Luqman Rafi'e . Aku disebelah hanya memerhati . Lama - kelaman dia memandang aku atas bawah . Amboihh , mata tu beradab sikit . Tak pasal wujud versi Kassim Selamat versi 2 . haha

"Sini ." dia menarik lengan aku , mengarah mengikutnya ke arah katil . Dia meminta aku duduk . aku akur sahaja .

"Tunggu sini ." dia terus keluar dan menutup pintu .

Aku yang menjadi pendengar sampingan berkerut dahi.  Pening dengan sikap suami aku sendiri . Tadinya manja dengan opah , bila dengan aku serupa nak cari gaduh . Siap main usha-usha padat pula tadi .

Dah tu suruh aku tunggu . Kunci pintu pula tu . Ini perintah berkurang secara langsung ni.  Suruh tunggu pula .

Tidak lama kemudian , pintu dibuka oleh seseorang . Wajah Luqman Rafi'e terpapang dimuka pintu dengan membawa bekas yang berisi air . Air apa pula tu ? Air basuh tangan ke apa ?

Nak kata aku baru habis makan , tak makan lagi . Baru sejam aku sampai sini .

"Awak buat apa dengan air tu ?" soalan aku dibiar tak berjawab malah disuruhnya aku baring . Dengan nada ala tegas pula .

Aku akur sahaja .

"Buka tudung ."

"Eh , kenapa pula ?" ini tak boleh akur . kena lawan habisan .

"Sayang cakap demam . Sini nak letak tuala basah . "

Aku menolak tangannya yang kini sudah memegang tuala basah itu . Dia memang serius ke apa ni ?

"Saya tak demam la ."

"Jangan tipu sayang . Opah cakap sayang demam . Sayang budak-budak mana tahu . sini ." dia bernekad juga . Aku bangun duduk menghadapnya .

"Sumpah saya tak demam." aku menggangkat tangan seperti baca ikrar .

Luqman Rafi'e merengus penat . Dia meletakkan semula tuala basah itu kedalam bekas itu semula . Dia bangun lalu menolak aku untuk baring seperti tadi .

" Baring boleh tak ? Degil sangat ni kenapa , sayang ."

"Saya tak demam , betul ." aku hampir mahu menjerit tetapi tetap dapat dikawal .

"Sayang nak buka or biy ?"

Aishh , bersungguh-sungguh la suami aku ni . Apa aku nak buat ni . Rancangan opah memang lah  memperbaikan hubungan aku dengan Rafi'e tapi masalah pada aku lagi adalah .

"Sayang , biy tanya ni . Please jangan mengelamun waktu sekarang ." rungutnya .

Aku pandang wajahnya . sudah memerah tahan marah atau malu ? Soalan budak pra . Daaa , mestilah marah . For what dia nak blushing untuk sintuasi sekarang .

"Saya tak demam . Kalau tak percaya nah rasa dahi saya ." aku sambar tangan kanannya lalu diletakkan tapak belakang tangannya pada dahiku .

"Tak panas kan ?"

"Macam mana biy nak rasa kalau sayang pakai furdah ? Cepat buka tudung tu . Dengan suami sendiri pun nak berkira ke sayang ? "

'Ish , dia ni . ' rungus aku geram .

"Tak nak !"

"Berdosa sayang ." tegurnya .

'Mula lah tu nak ugut guna dosa bagai . kenapa la kau tak pernah penat dalam hal ni . Adeii ! '

Aku mnghembus nafas redo , pasrah sahaja .

"Fine . saya buka tapi sebelum tu saya nak tahu satu hal . " dia duduk disebelah aku.

"Apanya sayang ?"

"Katakanlah , kalau saya ni orang yang paling awak benci . Tapi orang yang awak benci tu dah pergi jauh dari life awak . Dan tiba-tiba dia jadi sebahagia dalam hidup awak ? Apa reaksi awak waktu tu , apa yang awak rasa ?"  panjang lebar aku bertanya . Buat kali pertamanya aku banyak cakap . Haha . okey ! Serius .

"Wow . . "

"Wow ? Apa maksud awak dengan wow ?" aku garu kepala . tidak faham .

"Rumusan yang ringkas dan padat ." loyanya sengaja.

"Rafi'e ! Saya serius ni . " marah aku sambil berpeluk tubuh .

"Nak puji pun salah ." muncungnya

"Jawapan biy .. ialah , tak pernah dan tak akan biy bencikan orang yang biy dah sayang . Macam kawan biy kata ' perasaan benci pasti akan timbul perasaan sayang .Walaupun lambat mahupun cepat .'  " senyumnya penuh makna .

'Kau tipu  ! Kau pasti akan benci dengan aku . Kau cakap macam tu sebab kau tak tahu yang aku ni budak perempuan gemuk tu ! ' aku menglirkan air mata .

"Awak tipu .'' ucapku perlahan .

"Hei , why your tone is change . Menangis , hm ?"

"Awak tipu . Awak akan benci saya ." nada tangisan aku dikawal rendah .

"Look . Biy janji tak benci sayang , walaupun siapa sayang sebenarnya . Dear , henti menangis . Dah merah mata tu .'' pujuknya manja .

"Baik , saya aku buka . dan .. Saya pegang janji awak ."

Luqman Rafi'e mengganguk dan tersenyum manis menapakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya .

Sebelum aku membuka ikatan pada furdah aku . Aku membaca bismillah berharap sangat seseorang membantu aku . Aku betul belum sedia sepenuhnya .

Makbulkanlah permintaan hamba-Mu ini Ya Allah .

Ikatan furdah telahku buka , menunggu sahaja untuk aku memamparkan wajah aku yang sekian lama aku sembunyikan .

"Awak pasti ke ?"

"100% pasti Nur Rai'a Amalina ."

Aku menelan air liur . Dalam kiraan;

1 ...

2 ...

3 ...

"Abang Man ... "

  - isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now