BAMM # 60

76.7K 2.6K 69
                                    

Aku memasuki kedalam bilik tidurku . Pintu dikunci olehku sebagai langkah berjaga - jaga . Dari siapa ? Entah la tapi keselamatan untuk aku rasanya .

Aku membawa keluar kotak hadiah pemberian Harith Khuwalid yang aku simpannya tanpa pengetahuan suami aku .

Surat yang aku selit ditepi aku ambil . Perlahan - lahan aku membuka .

" Mungkin soalan yang Harith tanya aku , mesti ada kena mengena dengan isi surat dia ni ."

Okey mari kita baca .

' kehadapan Nur Rai'a Amlina ,

Awak apa khanar ? Sebelum tu Assalammualaikum . Mesti awak seronok dengan sekolah baru awak sekarang ? Jangan la lupa kawan - kawan awak dekat sini . Terutamanya saya . Haha , tak adalah gurau . Maksud saya Umairah Badriyah .

Saya tahu awak dan saya tak la serapat mana . Kalau tegur pun hanya bertanya khabar . Tujuan saya tulis surat ni untuk maklumkan sesuatu yang dah lama saya pendam . Dan ye , ianya ada kaitan dengan awak .

Rai'a saya sebenarnya dah lama sukakan awak . Bukan sejak awak dah cantik dan kurus sekarang . Sejak saya dengar suara awak membaca al-Quran . Ingat lagi tak kali pertama saya tegur awak setiap kali kita habis mendirikan solat berjemaah ? Saya selalu tegur awak .

Saya tahu awak tak suka berbual dengan lelaki dan berseorang tanpa berteman . Kalau ada apa mesti Umairah Badriyah akan temankan awak dan . . disitu juga saya diusikkan ? saya tahu awak malu dan segan setiap kali umairah mengusik kita . Tambahan lebih kepada saya .

Saya bukannya nak ulang kembali kisah lama . Ia mengigatkan saya pada awak . Awak perempuan pertama yang mencuri hati saya . Jujur . Saya tak kesah muka awak cantik atau tak , saiz badan awak besar atau tak . Tapi , hati dan diri awak suci . Dan itu yang saya suka tentang awak .

Sifat awak , yang pemalu , teguh agama , lemah lembut . sifat Keperempuanan awak jelas pada diri awak . Rai'a , mungkin awak tak sangka kan , diri saya berubah tak seperti yang saya yang malu dan tak banyak berbual dengan perempuan kecuali awak dan umairah .

Saya tak memaksa untuk awak menerima saya . Kalau awak rela Alhamdulilah saya gembira mendengarnya . Rai'a awak nampakan kotak kecil daripada saya ? Awak buka la . Kalau awak terima saya , tolong pakai barang saya yang tak seberapa ni .

Saya anggapnya sebagai persahabatan kita dan saya juga berjanji akan menikahi awak . Seperti mana yang disuruh oleh islam bagi mengelakkan maksiat . Itu sahaja daripada saya . Saya harap kita akan berjumpa lagi , InsyaAllah .

Assalammualaikum , bakal makmumku . InsyaAllah .

Harith Khuwalid '

' Harith suka aku ? Dari dulu lagi ?'

Aku memandang kotak dihadapan aku . Aku nak tahu juga isi dalam kotak ni tapi , tak baiklah kalau aku terima . Aku dah punahkan hasrat Harith selama ni . Dah tertulis aku bukan jodoh dia .

" aku perlu pulangkan balik pada Harith . Mungkin ada perempuan yang lebih baik daripada aku . " InsyaAllah aku doakan yang baik - baik pada dia .

Aku menyimpan semula barang itu surat yang telah aku baca , aku asingkan kedalam laci yang jarang dibuka oleh Rafi'e . Takut pula kalau dia dapat baca surat ni , cemburu dia datang lagi . Bertambah parut la kat tubuh aku ni haaa .

" Lina . Kau buat apa lama-lama dalam bilik . Marilah tolong kat luar . Kau tengok la suami kau tu , dah jadi zombi dah ." jerit Nawal sambil tak lepas mengetuk pintu bilikku .

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now