"Seronoknya dah sampai Malaysia." Nawal Iman menghirup udara tenang . Senyumannya terselah menapakkan lesung pipi pada pipi kanannya .
Mata Nawal Iman mencari kelibat seseorang yang amat dirinduinya . Luqman Rafi'e iaitu abang kandungnya. Rindu dia kepada abangnya itu . Tidak lupa juga , kerinduan pada kedua orang tuanya .
"Nawal ." Panggil seseorang .
Nawal Iman mencari tuan empunya suara . Terkekeh-kekeh dia mencari . Beg bagasinya ditarik sama mengikuti langkahnya .
Seseorang lelaki melambai ke arahnya . Tersenyum Nawal Iman gembira .
"Long time not see ." Sapa Luqman Rafi'e .
"Eleh , dua tahun aje adik pergi , dah rindu ?" sakat Nawal Iman.
"Yelah , tak dapat buli adik abang . Mestilah rindu." Kata Luqman Rafi'e sambil mencuit hidung adiknya .
Nawal Iman menarik muka . Tak guna ada abang macam ni . Sentap tau tak ? Luqman Rafi'e tersenyum melihat cebikkan adiknya ."sikit-sikit merajuk."
"Biar lah ."
"Sedar la sikit diri tu dah tua. "
"Abang pun dah tua . Dah , bawakan bagasi adik . Sebagai denda . Werkk !" Nawal meninggalkan abangnya bersama bagasi merah jambunya itu.
'Nasib la kau adik aku , kalau awek memang malas aku nak melayan.' Omel Luqman Rafi'e sambil membawa bagasi tersebut .
------
"I'm back ! Papa , mama where are you , l miss both of you so much ." Jerit Nawal Iman dihadapan pintu rumah mereka .
"Kau ni , dik ! Kalau ye pun bagi salam la dulu . Tu kasut tu buka . Kau ingat apartment kau kat Sweden tu ke ? Terjah masuk sesuka hati." Tegur Luqman Rafi'e sambil membuka kasut sarungnya . Tali leher dilonggarnya sedikit .
"Membebel la . Assalammualaikum." Marah Nawal Iman . Potong mood happy betul la abang aku sorang ni .
"waalaikummusalam." Jawab Puan Hamidah lantas memeluk tubuh anak perempuannya itu .
Tangan tua Tuan Abdul Fattah dicium oleh Nawal lalu memeluk ayahnya itu .
"Macam mana penerbangan , okey ?"soal Tuan Abdul Fattah .
"Feel better than two years ago . But , Nawal more rindu Malaysia . " ujar Nawal Iman dengan semangat .
Luqman Rafi'e sudah pun bersantai dihadapan television sambil kakinya diletakkan di atas meja. Nawal Iman memandang abangnya , lalu menggeleng .
"Tengok tu , lain kali kahwin baru la tak bosan . Umur dah 22 elok kahwin abang ." perli Nawal Iman .
"Muda lagi ." Balas Luqman Rafi'e selamba .
"Sudah , Nawal pergi naik atas bersihkan diri lepas tu turun kita makan sekeluarga ." Arah tuan Abdul Fattah . Nawal hanya mengiyakan sahaja .
"Beg , nanti mama bawakan."
"Thanks , ma ." Lantas Nawal Iman menaiki anak tangga menuju ke atas . Penat , melekit semua ada . Penerbangan 12 jam mesti lah letih .
"Kamu dengar tak ? Adik kamu pun dah cakap sesuai untuk kahwin Rafi'e . " Puan Hamzah memerli pula tetapi Luqman Rafi'e hanya buat tak dengar. Sudah kematu telinganya mendengar kata-kata ibu bapanya . So, lebih baik sepikan diri .
Puan Hamzah menaiki anak tangga sambil membawa bagasi anak perempuannya setelah menyalami suaminya, Tuan Abdul Fattah yang kini sudah pun melangkah ke pintu ruang hadapan .
"Rafi'e . Kamu jangan lupa meeting dengan Dato Jamal esok ." Laung Tuan Abdul Fattah memperingatkan Rafi'e . Rafi'e pula hanya mengangkat tangan membuat tanda 'ok' dengan jarinya .
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...