Aku mengikuti masuk ke dalam rumah . Barang-barang tadi semua Luqman Rafi'e bawa dan diletakkan kedalam dapur . Mahu hulurkan bantuan tak dibenarkan olehnya . Melangut ajalah tengok dia susun barang dalam almari dan di dalam peti . Bosan !Fikiran pula kusut memikirkan cara untuk melupakan denda yang diberikan oleh Luqman Rafi'e . Setelah selesai menyimpan semua barang . Luqman Rafi'e mengambil tempat disebelah aku lalu mengajut cara aku , dengan menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya . Luqman Rafi'e tersenyum melihat isterinya .
"Nak apa ?"
"Amboi , garangnya bini kita ."
Luqman Rafi'e mengosok kepala isterinya .
"Sudah pergi atas , pack kan baju sayang lepas tu mandi . Biy nak keluar kejab . Belikan sesuatu . Kalau ada masalah telefon biy okey ?"
Aku menganguk . Patuh .
"That my girl . "
-------
Pintu bilik ditutup . Tudung dan furdah dibuka satu persatu lalu , diletakkan di atas tilam tersusun kemas . Anak tudung aku letakkan bersama-sama tudung labuhku . Sanggulan rambutku dibuka biar telepas . Aku kusutkan sedikit rambutku .Biar selesa .
Matanya terpandang pada kotak kasut dihujung katil .'kotak siapa tu?' soalnya . Aku menggangkat bahu bagi menjawab soalan sendiri .
Telefon iPhone aku diletakkan bersama di atas tilam . Sebelum tu silent dulu . Hari ni , Luqman Rafi'e keluar dapat la dia berendam lama dan bebas sedikit . Tak adalah asyik menutup sahaja . Tuala mandi aku ambil . Kemudian melangkah masuk kedalam bilik air . Masa untuk bersihkan diri .
--------
Luqman Rafi'e mencari - cari barang yang dibawanya sebelum keluar . Pelik ! Bukan dia dah letak kotak kasut tu dalam kereta ? Dia berfikir sejenak . Nasib baik lah dia memberhentikan kereta pada tempat perhentian bas . Mengelakkan kemalangan ! Luqman Rafi'e menepuk dahi . Tanda sudah ingat .
"Dalam bilik ! Macam manalah aku boleh lupa ni ." Luqman Rafi'e membebel seorang diri .
Kereta dihidupkan lalu memberi signal untuk melintas . kan dah kena patah balik ! Nyayuk lagi . Aishh .
------
"Segarnya .." kataku sambil menggeringkan rambut aku .
"Rasa nak tukar la . Asyik jubah je . Macam mana dengan baju kurung . Okey. Jugakan ?" cadang sendiri . Jawab sendiri . Haishh.
Baju kurung berwarna merah jambu berbunga kecil dipadankan dengan badan . Baju kurung lamanya . Pemberian daripada abangnya , Alif Mikael semasa Rai'a berumur 15 tahun . 2 tahun kau . Nasib la tak gemuk macam dulu . Nampak la kecil sikit . Setelah selesai . Aku membelek telefon bimbitku sebentar sementara menunggu rambut kering . Aku merebahkan diri sambil baring . Earfone dipakai mendengar lagu . volume ? Usah tanya full !
"Macam mana la boleh lupa ?" pintu biliknya diketuk . Tiada sahutan dari dalam .
'Masuk ajelah.' getusnya .
Luqman Rafi'e membuka pintu . Kerasnya disitu . Melihat gadis dihadapannya sudah siap berpakaian kurung yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik air . Tersenyum Luqman Rafi'e .
'Dah kenapa pandang aku semacam ? nasib la sempat sarung tudung dan furdah . kalau tidak ? Masak aku .'
"Cepatnya siap ?"Aku hanya tersenyum disebalik furdah .
"Awak dah beli apa yang awak cakap tadi ? "
Luqman Rafi'e menggeleng .
"Biy tertinggal barang . cantik sayang hari ni ." pujinya .
Aku meneliti diriku . cantik ? Sama aje . Kenapa ,sebelum ni aku tak cantik ke pakai jubah ? Cis!
Luqman Rafi'e mendekati aku yang masih berdiri dihadapan pintu bilik mandi .Tangan aku digapai lalu diciumnya tulus .
"Wangi . " katanya .
"Erkk . thanks ? " pelik pula peragai laki aku ni .
Dia menatap jauh kedalam mata aku , lama . Aku berdehem menghentikan pandangannya .
"May i asking you a question ? "
Aku menganguk . Dapat sahaja izin daripada aku , terus tangan aku ditarik ke arah katil . Kami duduk ditengah - tengah . Luqman Rafi'e duduk bersila manakala aku bersimpuh . kononnya nak tunjuk ayu . Hehe .
"Promise dengan biy . Jawab dengan jujur ."
"Amm . . . "
Jari telunjuknya diletakkan pada bibir aku .
"No but , okey ? "
'Mamat ni.'
Aku menanti soalan yang mahu dituju olehnya itu . Resah juga la nak tunggu pun . Dah macam nak ambil exam spm je .
" Okey . "
" Nawal cakap at the first time we meet . Sayang junior dia . Betul ? "
Aku mengganguk . Betul .
" Sayang kenal biy tak masa tu ? "
Terus aku memandangnya .Dia menjongket kening . Nak jawab ya or tak ? Tapi aku dah berjanji . Eh , aku jawab okey je kan ? Bukan janji kan ? Tipu sunat boleh kot . Hehe.
"Jujur sayang ." tegas Luqman Rafi'e mengarah.
Aku menggeleng kemudian menganguk kemudian menggeleng semula . Buntu nak cakap jujur or tak ?
"Yang mana satu ni . kejap geleng , kejap angguk . Ishh , sayang ni . " rengus Luqman Rafi'e geram .
"Kenal . "
" Sayang umur berapa masa kenal Nawal ? "
"12 tahun . "
" Kelas ke berapa ? "
"Pertama . "
Luqman Rafi'e terdiam sebentar seperti berfikir sesuatu . Aku yang menghadapnya seperti mahu melarikan diri . Lagaknya seperti rahsia aku semakin berlubang . Semakin tipis . Aku berdoa supaya dapat menerima jika saat ini dia mengetahui identiti diriku yang sebenarnya .
Aku berdehem . " Am . . kenapa awak tanya ye ? " beranikan diri untuk bertanya .
Dia tersenyum ." sengaja."
'sengaja ?! Aku yang nak tercabut jantung takut kantoi , dia boleh cakap sengaja ? Tak guna !'
" biy saja tanya sayang , nak sayang buka mulut tu . Asyik senyap aje . sepatah biy tanya , sepatah sayang jawab . Don't be so scared . Biy takkan makan sayang lah . Cuma nak terkam je." usiknya .
Aku menolak wajah gatal , miang Luqman Rafi'e .
" Awak taknak pergi beli barang awak ? Saya nak packkan pakaian saya ."
" Kita balik esok ajelah .Tengok movie jom ? "
"Sekarang ? "
"Yes . Jom !"
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...