BAMM # 28

89.2K 3.3K 26
                                    


"Kenapa la susah sangat ?" aku mengeluh .

"Apa lagi yang perlu aku buat Nawal ? Kepala kotak abang kau ni keras sangat . aishh ."

Aku melangut wajahku memandang ke atas penat juga la membebel sorang-sorang . Sampaikan suami aku pun kena cap kepala kotak . Haha , maaf ye suamiku .

Aku beralih mencari gerangan yang memanggil namaku . Dilihat Luqman Rafi'e sedang membawa satu bekas yang berisi pelam manis . huhu . sedap ni .

Dia seperti biasa menghampiri aku dengan senyumannya itu . Dia mengambil tempat menghadapku .

"Opah kata sayang nak sangat makan pelam kan ? "

Aku mengganguk .

"Sini biar biy kupaskan ."

"Awak pandai ke kupas ?"

"Hei , tengok la siapa orangnya ."

"Siapa?" ancuh tak ancuh aku menyoalnya semula .

Mendengar pertanyaan aku wajahnya terus bertukar riak .

Aku menayang gigi . Usik sikit pun tak boleh .

"Sayang tanya siapa biy lagi , siap . " ugutnya . Pisau ditangan diagkat kepada aku . Eleh memang dah siap pun .

Satu persatu kulit pelam itu dikupas . oh , pandai rupanya . Bagus , kalau macam ni boleh la dera dia nanti . Okey , aku dah melalut ke niat jahat dah .

"Awak ."

"Ye ?"

Aku mengambil bahagian yang baru dipotong .dan ... Em masuk dalam mulut la . Tunggu lagi .

"Bila saya akan start bersekolah ?"

"Kenapa ? Sayang bosan ke duduk dengan biy kat sini ?"

Eh , kesitu pula . Gila tak nak . Kau crush aku kut . Tak terlintas langsung fikiran aku , kata bosan bila dengan awak Rafi'e .

"Bukan , saya tahun ni spm la . Dah banyak sangat saya ketinggalan . " jelas aku .

Aku memandangnya . Dia juga memandang aku . Aikk , dah kenapa ?

"Amboi , satu-satu dia ambil . Habis tu biy nak makan apa ? Kulit ." rungutnya manja

Eleh , merajuk pula . Tadi kata opah belikan untuk aku . Jadi semua ni aku punya la . Hoho .

"Kulit pun boleh ."

Pisau dan buah ditangannya diletakkan kedalan bekas .

"Dah pandai erk , dulu tak berani pun bersuara . Siapa yang ajar ni ?" ala-ala marah pula . Hidung aku dicuitnya .

"Awak la . " jawab aku .

"Biy ? Tak adalah . Ni mesti Cik punya kerja la ni ."

"Awak nak pergi mana ?" soal aku apabila dia mula bangun daripada tempat duduknya .

"Nak ucap terima kasih pada cik ."

Aku berkerut dahi . Ucap terima kasih ? Tadi gaya macam nak bertumbuk ? Agak-agak nak pukul budak-budak an . ceh ! Rafi'e duduk semula .

"Sebab isteri biy dah tak bisu . Macam ni la baru bahagia ."

Rafi'e medepakan tangannya mahu memeluk aku . Aku mula gelabah . Apa ni , peluk-peluk pula .

Tinggg !

Ada idea . aku mengambil potong pelam itu lalu , memasukkan ke dalam mulut Rafi'e apabila dia membuka mulutnya . Bahagiaa tak ?

"Alah , sayang . "

"Makan tak baik bersembang , amalan syaitan tahu ?"

Rafi'e mncebek bibirnya sambil mulut masih mengunyah . Makan ye . hehee .

Cik berlari anak menghampiriku .

"Akak , jom main dengan cik . Abang Man tak nak main ." Baju aku ditariknya berkali-kali.

Aku memegang kedua belah pipinya . "Abang Man tak nak main ? "

"Eh , koyak nanti baju isteri Abang Man . " tangan kecil cik ditampar oleh Rafi'e . Tampar manja aje pun .

"Werk , nak tarik juga ." kini bukan baju aku dia tarik . kasut Rafi'e dia bawa lari . Haha , berkaki ayam la kau .

"Cik ! Bagi balik kasut abang man ." pintaan Rafi'e dibiarkan basi . Lagi galak cik mengusik Rafi'e .

"Werkk . werkk . Abang man kaki ayam ." kasut Rafi'e dihayunnya perlahan-lahan . nak bagi Rafi'e sakit hati la tu .

Rafi'e sudah berdiri sambil bercekak pinggang . Haa , perlawanan kerja mengerja dah pun bermula . Aku dari tadi senyum je , kalau gelak nanti ada lah jelingan tajam Luqman Rafi'e tu kejap lagi .

"Cik . Sini biar abang man geletek cik sampai lembek . Nak kena ni ."

Amaran pertama telah diberikan .

"Tak takut . " cik masih lagi dengan peragainya tadi .

Luqman Rafi'e apa lagi , start gear kejar cik la . Bukannya jauh pun kawasan depan rumah aje . Seronok tengok . Dah macam ayah dan anak dah dua orang ni .

Aku tak sangka pula peragai kau macam ni Rafi'e . Selalunya , dengan semua orang kau dingin . Apa lagi yang aku tak tahu tentang diri kau sekarang ?

"Cik kereta abang man jangan calarkan , abang man bayar cash tau ." yelatu .

"Tipu , opah cakap guna duit Pak Usu . Ayod , tipu . report kakak . " ugut cik pula . Macam-macam .

"Berani sangat pergi la report kakak . tak takut ."

"Ok ."

Terus cik berlari menuju ke arah aku . Apabila semakin hampir , kasut Rafi'e dibaling kepada aku . Terkejut juga la aku . Tapi sempat tangkap .

Tangan aku ditariknya meminta supaya aku berdiri . cik menyembunyikan dirinya di belakang aku apabila Rafi'e sudah semakin hampir .

"Mana aci guna isteri abang Man , abang man je boleh . "

"Aci la . akak . tadi kan . abang man kan . dia kan . - "

Main acah-acah ugut pula . Rafi'e dah pun berpeluk tubuh seperti tak ambil kesah .

"Berapa banyak kan ni , sayang ." sayang kau aku panggil . Rafi'e jeles la tu aku tak pernah panggil dia sayang .

"Abang man cakap bohong . Dosa kan kak kalau tipu ? Masuk api neraka . ayod . " jari telunjuk dimainnya kepada Rafi'e .

Aku tersengeh . Dengan budak - budak pun nak tipu ke ? Rafi'e ... Rafi'e .

"Tipu sunat tak apa ." nak juga tu menang .

"A'haa , tipu sunat awak . Dengan budak-budak pun nak tipu ?"

" Yalah , salah biy . Hukum la abang man cik . " berdrama betul suami aku ni .

"Yeah . abang Man kena belanja cik makan aiskrim . boleh ? "

"Boleh , tapi sebelum tu ... Erk sayang , daripada sayang peluk kasut tu , apa kata sayang peluk tuan punya kasut ? Lebih afdal orang kata . " keningnya dijongket berkali-kali . Eleh , gatal .

Aku membaling kasut itu kepada tuannya . "Gatal ."

"Dengan isteri sendiri tak salahkan ?" hmm , yalah menang kat awak ye . Malas nak berbalas kata .

- isteri 17 tahun -

Isteri 17 Tahun Where stories live. Discover now