Pejam celik , pejam celik dah tiba harinya aku ke sekolah baharu . Tak sabar rasanya . Nak tahu kenapa ? Sebab aku akan bersekolah di sekolah aku dahulu . Sewaktu aku berumur 12 tahun . Hm , banyak kenangan pahit dan manis kat sini .Berita buruknya pula , sekolah kerajaan tak dibenarkan aku berfurdah . Bukan la pada aku , lebih kepada semua pelajar dan guru .
Sekolah agama asrama aku , dibenarkan . Mungkin disebabkan sekolah pondok , kami dilatih sebegitu .
Aku nak tak nak , terpaksa la tak pakai furdah tu . Tapi , masalahnya pula Rafi'e minta aku pakainya .
Eh , macam dia pula pengetua sekolah tu . Tampar karang , hilang hensem .
"Sayang , ikatkan tali leher biy . Biy tak pandai la ." rungutnya .
Aku memandangnya tajam . Tengah sibuk lipat sisir tudung ni biar molek . Kalut pula dengan tali leher . Apa sebelum kahwin dengan aku ni siapa yang tolong dia ikatkan ? Mama ? Kalau Nawal memang tak lah .
Nanti , aku tengah merungut ke tadi ? Astafirullah'alazim . Berdoasa Rai'a merungut dengan arahan suami . Senyum .
"Saya pun tak tahu juga ." kataku sambil pergi ke arahnya .
"Tak apa sini biy ajarkan ." katanya lalu menarik tangan aku ke arah tali leher yang belum diikat itu .
"Aik , bukan awak cakap tak pandai ke ? Macam mana nak ajar saya ?" aku menjongket kening ke atas . Haa , kan kantoi .
"Cepat la , sayang lambat nanti ke sekolah tak tahu . First day school pula tu . " ceh , nak berselindung lah tu .
"Yalah . " aku mengalah sahaja . Ada betul juga . Sudah la hari pertama ke sekolah baru . Lambat pula untuk kali pertama .
"Macam mana ni ?" soal aku yang sudah memegang kedua belah hujung tali leher itu .
Aku meninggikan tinggiku , terpaksa la . Nak buat macam mana dah dapat lelaki tinggi .
"Sayang nak pakaikan tali leher ke nak kiss biy . Nak goda biy ye ?" dia tersenyum nakal .
Aku menarik muka geram .
"Nak tangan ke kaki ? Atau kedua-duanya sekali mengikut terma dan syarat ."
"Amboi , ada pakej ."
Aku merengus geram . "Alah , awak ni nak saya pakaikan ke apa? Jangan la memain saya dah lambat ni ."
"Maafkan patik . Yalah , tak memain dah . Tunggu sayang balik sekolah boleh ?"
Aku memandangnya tajam . Malas melayan . Pipi kanannya aku tolak lembut . "Buat sendiri tau , saya tunggu bawah ."
Kataku berlalu pergi setelah menyambat rapi beg sekolah aku di atas katil . Pintu ditutup olehku bersahaja .
"Sayang ... Hm , apa lagi . Terpaksa la pakaikan sendiri . " Rafi'e mengeluh manja . Alah , esok-esok kau suruh la si Rai'a tu pakaikan . Mengada je mamat ni .
--------------
Di dalam kereta , seperti biasa sunyi sepi tanpa bantuan radio meriahkan suasana . Dia senyap , aku lagi la senyap . Kekok . Tetiba .
Aku memandangnya yang sedang fokus memandu . Segak juga rupanya suami aku ni ye ? Kali terakhir tengok dia bertali leher pun waktu zaman sekolah . Rafi'e .. Rafi'e .
"Ada apa sayang ?" soalnya . perasan mungkin aku memandangnya .
Aku menggeleng , tiada apa .
"Betul ?"
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...