"Kau biar betul ?"
"Misya , suara kau tu . kawal la ." marah aku .
Misya tersengeh mengakui kesalahannya . " Jadi start kau pindah sekolah agama kau berfurdah ? Sampai sekarang ? Tak pernah buka ? Kau biar betul ?"
Aku mengganguk ."iya . Aku dah bertekad nak kurus dan akhirnya aku berjaya . 4 tahun Misya aku cuba nak kurus dan Alhamdulilah berkat kawan baik aku , umairah aku .. Macam yang kau tengok sekarang ."
"Damn , habis sekarang kau tak pakai la ?"
"Sekolah kerajaan kan tak membenarkan ? Jadi aku terpaksa relakan aje la . Suami .." ahh , sudahh terlepas cakap pula .
"Apa , husband ? Kau dah kahwin Lina ?"
Aku menampar lengan Misya ."ya Allah , Misya ! Perlahan la suara tu . Kau nak semua orang tau ke pasal ni . Ye , aku dah kahwin . Dah 3 minggu Misya ."
"Dan .. Siapa nama suami kau yang bertuah tu ? Mesti hensem kan ?" duga Misya mngusik aku .
Memang hensem pun . Crush kau juga misya . Abang senior kau .
"Hope kau tak terkejut ye ?"
Misya mengangkat tangan seperti berikrar . "Janji."
Aku mendekati Misya lalu membisikkan pada telinganya yang ditutupi tudung sekolah .
"O.M.G . Linaa ... Weii ,bertuahnya kau babe . Kau betul-betul ke ni ? Macam tak percaya ."
"Kann .. Sama la ."
"Bukan kau dengan dia tak boleh dekat ke ? Yala korang kan , asyik bermasam je tambah lagi senior . Ada aje nak sakiti kau ."
"Dulu . sekarang dia dah tahu siapa aku dan dia terima aku seadanya ." terang aku .
"Pasti , ke sebab kau dah cantik ?"
"Aku pasti , bukan kerana rupa aku Misya . Dia dah luahkan semuanya pada aku . Ikhlas untuk kali ni . Aku percayakan suami aku ."
Misya tersenyum lega . "Bagus la . Eh , nanti cuti ajak la aku pergi rumah kau . Dah lama tak usha crush aku . Weii , senior Asyraf solo lagi tak ?"
Aku mencubit pipi Misya manja ." Gatal kau kan ." aku ketawa gembira . Rindu kau Misya .
"Kau tak nak rehat ke , Lina ? "
"Aku puasa la ."
"Ouh . Kalau macam tu aku pergi bertugas kejap ye . "
Aku hanya mengganguk . Misya bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi.
Gembira . Tipu la kalau aku tak bahagia . Semua masalah sudah selesai . Dan ianya masih dalam keadaan tenang dan aman .
Aku membuka buku teks matematik tambahan untuk di ulang kaji . Sementara menunggu waktu rehat tamat , lebih baik aku baca buku ye tak ?
Tiba-tiba lelaki yang bernama Danial tu memasuki kelas . Dia meletakkan kepalanya dia atas meja . Aku paling kebelakang sekilas . Tidur lagi ?
"Apa yang dia belajar kalau asyik tidur je ?" omel aku .
Aku meneruskan pembacaan aku . Biar lah , itu masalah dia . Sendiri buat la . Sekarang aku hanya perlu fokus aje .
----------------
Asyraf menegur semua pekerja disitu dengan ramahnya . Dia melangkah sehingga ke pintu bilik boss . Apa lagi kalau bukan bilik pengerusi syarikat Green Mara Holdings .
Asyraf mengetuk pintu berkali-kali lalu membukanya perlahan-lahan . Kononya nak bagi kejutan la . Tapi lain pula yang dapatnya , Asyraf menggeleng dan tersenyum memandang rakan baiknya yang tersenyum seorang diri sambil wajahnya memandang siling .
"Woii angau kan siapa , bini ?"
Luqman Rafi'e tersedar . "Bro , bila balik oversea ? " Rafi'e bangun daripada tempat duduknya .
"Dalam dua tiga hari lagi aku balik lah , kau nampak aku dah sah la aku balik sehari lepas ."
Rafi'e tersengeh. Amboi berkasar nampak . "Amacam , dapat takel awek mat salleh kat sana ?"
"Hell , ini asyraf playboy yang paling famous . Of course la dapat ." Asyraf duduk berhadapan dengan Rafi'e setelah selesai berjabat tangan .
Rafi'e ketawa ."masih tak insaf ke asyraf ?"
"Alah , aku tau la kau dah berbini . Aku masih muda Rafi'e . Kalau aku nak kahwin nanti aku insaf la . Kalau boleh aku nak cari isteri macam kau . Rai'a kan nama isteri kau ?"
Rafi'e menganguk .
"Bertudung , berfurdah . Menutup aurat . Sejuk wei mak aku pandang . By the way , bro . Maaf tak dapat hadir ke majlis akad nikah ko . "
"No hal . Nanti kenduri kahwin aku jangan tak datang pula . Oversea kau semua cancel . Ingat , kau tu pengapit aku . Aku cop kau awal-awal . "
"Beres bro ." Asyraf membuat tanda okey . Boleh aje .
"Ah , lupa . Pasal kau dah kahwin ni Yana tau ke ? Yalah , kau dua orangkan dianggap lovely birds waktu sekolah dulu . "
Rafi'e mengeluh . Lehernya digosok lembut . "Aku pun tak tahu , Asyraf . Aku tak pernah nampak dan dengar khabar dia langsung sejak dia cederakan Lina . Dia kan kena gantung sekolah . Dan sejak Lina berpindah aku cuba jauhkan diri aku dengan dia . Entah-entah dah ada anak minah tu . Siapa tahu kan , jodoh awal . " teka Luqman Rafi'e bersahaja .
"Yala ada anak , yang kau bila lagi nak ada anaknya . Aku dah tak sabar nak ada pangkat pakcik ni ."
"Eh , cakap aku . kau tu insaf la cepat sikit and then berumah tangga . Dosa kau tau , bawa anak dara orang sana-sini ." haaa , nasihat daripada seorang suami . haha .
"Aku tahu la , aku bukannya sampai rosakkan dara anak orang . Se'playboy aku pun , aku tau yang mana buruk dan tak . Hanya suka-suka je bro . Jangan risau kalau dah ada yang menarik hati aku ni , cepat-cepat aku pergi meminang . Boleh tara tu ?" ujar Asyraf Iqbal bersahaja . Acehh , betul ke tu ? Boleh percaya ke mamat playboy ni ?
"Aku cabar kau ." Luqman Rafi'e senyum sinis . Games on .
"No hal ."
- isteri 17 tahun -
YOU ARE READING
Isteri 17 Tahun
RomanceLuqman Rafi'e seorang jejaka yang bekerjaya ,setelah tamat berlajar di luar negara.Suatu hari ibubapanya meminta dirinya untuk berkahwin dengan anak kenalan bapanya ; "Papa , are you serious want me to get married with a student ? 17 year old ?" - R...